omniture

Wyndham Rewards bakal Perluas Program Menang Anugerah dengan Cara Lebih Pantas untuk Penginapan Bermalam Percuma, Tempat Baharu untuk Menginap dan Lebih Banyak Cara untuk Memperoleh dan Menebus

Wyndham Hotels & Resorts
2019-02-20 06:30 1665

PARSIPPANY, New Jersey, 20 Februari 2019 /PRNewswire/ -- Wyndham Rewards®, program ganjaran paling murah hati di dunia, bakal menjadi lebih bermanfaat pada April ini dengan rancangan untuk memperkenalkan pelbagai ciri baharu—bermula dengan penginapan bermalam percuma di ribuan hotel bermula dengan hanya 7,500 mata (separuh daripada kos penebusan asal mereka), kepada penambahan lebih 900 hotel La Quinta®, kepada kebolehan untuk memperoleh dan menebus mata bersama pelbagai rakan kongsi baharu dan diperluas.

Respons langsung kepada kajian dan maklum balas daripada ahli-ahli program, usaha tersebut menekankan komitmen berterusan Wyndham untuk menyediakan program ganjaran yang ringkas dan bermurah hati yang direka unik demi keperluan pengembara harian. Wyndham Rewards kini mempunyai kira-kira 61 juta ahli berdaftar di seluruh dunia.

"Kami sedia maklum bahawa ahli-ahli gemarkan kesederhanaan dan kemurahan hati Wyndham Rewards, namun kami juga tahu bahawa mereka inginkan lebih kefleksibelan apabila melibatkan tempat dan cara mereka dapat menebus mata mereka," kata Eliot Hamlisch, naib presiden kanan kesetiaan dan perkongsian global di Wyndham Hotels & Resorts. "Menerusi perubahan ini, kami menjadikan ribuan hotel terbuka untuk separuh mata dan ditambah dengan pengembangan cara mereka dapat memperoleh dan menebus mata berkenaan, seraya menjadikannya lebih mudah berbanding sebelum ini untuk terlibat dalam program tersebut."

Inilah yang boleh diharapkan oleh ahli-ahli Wyndham Rewards bermula pada April ini:

Cara Lebih Pantas untuk Penginapan Bermalam Percuma dan Berdiskaun 
Lebih ramai ahli akan berpeluang menebus mata di mana-mana dan menerusi cara yang mereka inginkan, memandangkan Wyndham Rewards akan mula menawarkan tiga peringkat dan bukannya satu peringkat untuk kedua-dua penebusan bermalam percuma (go free) dan penebusan mata + tunai (go fast). Ahli-ahli akan mula mendapat mata untuk bahagian tunai daripada penebusan mata + tunai, yang sebelum ini tidak disediakan kepada mereka.

  • Penginapan Bermalam Percuma dengan Hanya 7,500 Mata 
    Penebusan bermalam percuma akan disediakan dengan 7,500 mata, 15,000 mata dan 30,000 mata, manakala penebusan mata + tunai akan disediakan masing-masing dengan 1,500 mata + tunai, 3,000 mata + tunai serta 6,000 mata + tunai. Kesemua penebusan akan menyediakan satu bilik tidur, semalam. Kira-kira satu pertiga daripada portfolio hotel program tersebut—hampir 3,000 hotel—dijangka beralih kepada peringkat 7,500 mata yang lebih berpatutan manakala kira-kira 200 hartanah akan beralih kepada peringkat 30,000 mata baharu.

Lebih 30,000 Hotel, Pusat Peranginan Kelab, Sewaan Percutian dan Banyak Lagi
Wyndham Rewards telahpun menawarkan salah satu portfolio penebusan yang terbesar dan paling pelbagai di dunia dan kini ia menjadi lebih besar, dengan ribuan pusat peranginan kelab dan sewaan percutian kepada lebih 900 hotel La Quinta.

  • Wyndham Rewards Alu-alukan La Quinta
    Hotel-hotel La Quinta secara rasminya akan menjadi sebahagian daripada Wyndham Rewards pada 3 April. Penebusan bermalam percuma akan bermula serendah 7,500 mata dan dengan setiap penginapan yang layak, ahli-ahli akan mendapat 10 mata bagi setiap dolar yang dibelanjakan atau minimum 1,000 mata, mana-mana yang lebih tinggi.

Lebih Banyak Cara Memperoleh, Lebih Banyak Cara Menebus
Menyediakan lebih banyak cara untuk memperoleh dan menebus mata berbanding sebelum ini, Wyndham Rewards akan memperkenalkan buat julung kalinya pelbagai perkongsian baharu dan diperluas pada April ini. Antaranya, ahli-ahli boleh mengharapkan untuk memperoleh dan menebus mata dengan Viator apabila menempah lawatan dan aktiviti di seluruh dunia. Program tersebut juga akan memperkenalkan portal beli belah baharu, membolehkan ahli-ahli mendapat mata menerusi pembelian dengan ribuan penjual dalam talian.

  • Mata Tambahan untuk Penginapan 
    Selain rakan-rakan kongsi perolehan dan penebusan baharu, ahli-ahli Gold, Platinum dan Diamond Wyndham Rewards akan berpeluang memperoleh mata tambahan menerusi penginapan berkelayakan mereka dengan pengenalan kepada perolehan yang dipercepat. Ahli-ahli Gold akan memperoleh tambahan 10% mata asas, ahli-ahli Platinum akan memperoleh tambahan 15% mata asas manakala ahli-ahli Diamond akan memperoleh tambahan 20% mata asas. Perolehan dipercepat menggantikan bonus-bonus mata, yang dahulunya diberikan setiap tahun untuk ahli-ahli Platinum dan Diamond.

Sebahagian besar daripada perubahan program yang disebutkan di atas dijangka akan berkuat kuasa bermula pada 3 April 2019. La Quinta Returns® akan berakhir secara rasminya pada jam 11:59 malam ET pada 2 April 2019. Maklumat tambahan berkaitan dengan peluang-peluang memperoleh atau menebus bersama rakan-rakan kongsi baharu dijangka tersedia pada lewat Mac. Untuk maklumat lanjut tentang Wyndham Rewards, butiran penuh tentang perubahan dan faedah-faedah baharu yang disenaraikan di atas, atau untuk menyertai program tersebut kunjungi www.wyndhamrewards.com/comingsoon.  

Latar Belakang Wyndham Rewards 
Baru-baru ini dinamakan sebagai program ganjaran hotel nombor satu oleh pembaca-pembaca USA TODAY, Wyndham Rewards® merupakan program ganjaran paling murah hati di dunia menerusi lebih 30,000 hotel, pusat peranginan kelab dan sewaan percutian di seluruh dunia. Diwujudkan untuk pengembara harian, ahli-ahli berpeluang memperoleh 1,000 mata jaminan dengan setiap penginapan yang layak dan dapat menebus mata untuk pelbagai ganjaran, termasuk penginapan bermalam percuma di mana-mana daripada lebih 8,000 hotel atau puluhan ribu pusat peranginan kelab dan sewaan percutian melalui perkongsian dengan Wyndham Destinations (NYSE: WYND) dan lain-lain. Sertai secara percuma hari ini di www.wyndhamrewards.com. Anda layak mendapatkannya.® (You've earned this.®)

Latar Belakang Wyndham Hotels & Resorts
Wyndham Hotels & Resorts (NYSE: WH) ialah syarikat pemfrancaisan hotel yang terbesar di dunia, dengan kira-kira 9,200 hotel merentas lebih 80 negara di enam benua. Melalui jaringannya yang terdiri daripada kira-kira 810,000 bilik yang menarik untuk pengembara harian, Wyndham mendominasi kedudukan utama dalam segmen-segmen ekonomi dan skala pertengahan dalam industri penginapan. Syarikat tersebut mengendalikan portfolio yang mencakupi 20 jenama hotel termasuk Super 8®, Days Inn®, Ramada®, Ramada Encore®, Microtel Inn & Suites®, La Quinta®, Wingate®, AmericInn®, Hawthorn Suites®, The Trademark Collection® dan Wyndham®. Wyndham Hotels & Resorts juga merupakan penyedia utama bagi perkhidmatan pengurusan hotel, dengan lebih 400 hartanah diuruskan. Program kesetiaan Wyndham Rewards Syarikat yang memenangi anugerah menawarkan kira-kira 61 juta ahli berdaftar dengan peluang untuk menebus mata di ribuan hotel, pusat peranginan kelab dan sewaan percutian di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.wyndhamhotels.com.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/460927/wyndham_rewards_logo.jpg

Source: Wyndham Hotels & Resorts
Related Stocks:
NYSE:WH NYSE:WYND
Keywords: Hotels and Resorts Travel New products/services Future Events