omniture

XCMG Umum Rancang Lancar 84 Kren Siri-G Pada 2019 Dalam Pasaran Luar Negara

XCMG
2019-02-28 20:50 1652

XUZHOU, China, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di China, merancang untuk melancarkan sejumlah 84 produk kren siri-G tersuai yang baharu ke seluruh dunia pada lewat tahun 2019 dengan 25 daripadanya merupakan produk direka dan diperkenalkan untuk pasaran-pasaran Asia Tenggara, Timur Tengah dan Afrika.

XCMG Announces Plan to Release 84 G-Series Cranes In 2019 In Overseas Markets.
XCMG Announces Plan to Release 84 G-Series Cranes In 2019 In Overseas Markets.

Produk ini menjalani tinjauan dan kajian meluas selama bertahun-tahun dalam pelbagai pasaran di seluruh dunia, XCMG menjadi syarikat pertama di dunia untuk membangunkan siri produk yang disesuaikan mengikut keperluan pelanggan yang bekerja di kawasan dan persekitaran yang berbeza.  

"Kami yakin bahawa barisan kren baharu kami akan mencapai kejayaan di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara," ujar Liu Jiansen, Penolong Presiden XCMG Machinery dan Pengurus Besar XCMG Import and Export. Kren XCMG amat kompetitif di peringkat dunia dan model-model generasi-G1, dibangunkan mengikut standard emas 'Termaju dan Berdaya Tahan' kami, merupakan yang terbaik antara terbaik.

"Dengan memanfaatkan platform teknologi-G pertama dalam industri, XCMG akan membuat pencapaian penting dengan beradaptasi kepada keperluan pelanggan menerusi produk-produk berbeza dan teknologi-teknologi canggih. Pada masa depan, XCMG bukan sahaja akan menjadi pengeluar kren bergerak yang ulung di dunia, tetapi turut mendepani dalam kekuatan yang komprehensif," kata Jiansen.

Siri-G kren yang inovatif yang rintis itu direka secara kolaboratif oleh penyelidik-penyelidik XCMG utama di Eropah, Amerika Utara, Brazil dan China. Reka bentuk mesra penggunanya, proses pembinaan yang lestari dan kebolehsuaian kepada persekitaran yang berbeza dan pelbagai meletakkannya jauh di hadapan mana-mana kren lain dalam industri.

Pada tahun 2018, Bahagian Perniagaan Jentera Pengangkat XCMG menyaksikan peningkatan sebanyak 33% berbanding tahun sebelumnya dalam jualan luar negara, yang jauh mendahului purata industri iaitu 9.6%. Produk-produk kren XCMG turut mencapai kejayaan awal dalam pasaran berkualiti tinggi, dengan eksport-eksport kepada pelanggan-pelanggan Eropah dan Amerika Utara meningkat sebanyak 50% tahun lalu, dengan 30 kren semua rupa bumi XCA60E terjual di Eropah manakala kren semua rupa bumi XCA300U membuat penampilan sulung yang berjaya di Amerika Utara.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 75 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di FacebookTwitterYouTubeLinkedIn dan Instagram.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190227/2387488-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Machinery Mining/Metals Transportation