omniture

Vymo, Pembantu Peribadi didayakan-AI untuk Jualan, Dilancar pada Salesforce AppExchange, Pasaran Aplikasi Perusahaan Utama Dunia

Vymo
2019-03-12 10:00 1585

BANGALORE, India, 12 Mac 2019 /PRNewswire/ --

Vymo hari ini mengumumkan bahawa ia melancarkan Vymo for Salesforce (https://www.getvymo.com/salesforce) pada Salesforce AppExchange, satu penyelesaian yang menumpu untuk mendorong penerimaan, mengumpul secara automatik data tingkah laku bersih dan menggalakkan tindakan terbaik berikutnya.

Dibangunkan pada Platform Salesforce, Vymo for Salesforce kini disediakan pada AppExchange di https://sforce.co/2TGODgT

Ciri-ciri Utama 

Pengurusan panggilan automatik: Rakam panggilan daripada telefon-telefon Android atau iOS kepada Salesforce secara automatik dan tetapkan tugasan susulan dengan campur tangan minimum.

● Pengesanan geo dan kecerdasan: Rakam mesyuarat anda kepada Salesforce secara automatik dan memahami bakal pelanggan atau pelanggan yang mana yang berada berhampiran lokasi anda.

● Cadangan kontekstual: Membuat keputusan lebih baik dan meningkatkan penukaran menerusi cadangan pintar untuk setiap bakal pelanggan berpotensi, disesuaikan untuk menghasilkan keputusan terbaik.

● Penyepaduan & pemasangan mudah: Log masuk ke Vymo dengan ID Salesforce anda dan pastikan semua rekod jualan anda disegerakkan secara automatik tanpa sokongan IT.

Ulasan tentang Berita  

"Kami teruja kerana mempunyai penyambung yang sedia digunakan pada Salesforce AppExchange - pasaran aplikasi perusahaan yang terkemuka di dunia. Ini akan membantu organisasi-organisasi meningkatkan ROI daripada pelaburan CRM mereka dengan mendorong penerimaan dan penglibatan," ulas Yamini Bhat, Ketua Pegawai Eksekutif Vymo.

"Kami teruja dengan adanya Vymo pada platform AppExchange memandangkan mereka menyediakan pelanggan dengan cara baharu yang menarik untuk meningkatkan produktiviti kepada organisasi-organisasi jualan melalui AI," - Mike Wolff, Naib Presiden Kanan, Jualan ISV, Salesforce.

Latar Belakang Salesforce AppExchange 

Salesforce AppExchange, pasaran awan perusahaan yang terkemuka di dunia, memperkasa syarikat-syarikat untuk menjual, membekalkan, memasarkan dan melibatkan diri dengan cara serba baharu. Dengan lebih 5,000 penyelesaian, 6 juta pemasangan pelanggan dan 80,000 penilaian setara, ia merupakan sumber awan, mudah alih, sosial, IoT, analitik dan teknologi kecerdasan buatan yang paling komprehensif untuk perniagaan.

Salesforce, AppExchange dan lain-lain merupakan antara tanda dagangan salesforce.com, inc.

Latar Belakang Vymo 

Vymo mengubah pengalaman CRM Jualan melalui mobiliti dan kecerdasan. Ia dibiayai oleh Sequoia Capital dan diiktiraf oleh Gartner dan CB Insights untuk Jualan Preskriptif. Vymo digunakan oleh lebih 75,000 wakil jualan di Institusi-institusi Global seperti Abu Dhabi Finance, Allianz, AXA, Generali, HDFC Bank, VP Bank dan Zurich.

Sumber-sumber Tambahan

- Lihat video Vymo for Salesforce: https://goo.gl/kLZYUu

- Laman Sesawang - https://www.getvymo.com

- Bantu AXA tingkatkan penukaran jualan (testimonial) - https://goo.gl/eK5nXW

- Muat turun logo - https://goo.gl/cMYxnz

Untuk Pertanyaan:
Asia - +65-9147-2172
AS - +1-844-GET-VYMO
Emel - salesforce@getvymo.com

Jadualkan Demonstrasi - https://www.getvymo.com/demo

 

 

Source: Vymo
Keywords: Internet Technology Telecommunications New products/services