omniture

ZEE5 Mulakan Mania Mac Dengan Barisan Rancangan Asli Baharu untuk Pasaran Globalnya

ZEE5
2019-03-13 11:33 820

KUALA LUMPUR, Malaysia, 13 Mac 2019/PRNewswire/ --

Sebagai sebahagian daripada barisan 72 rancangan asli untuk tahun 2019-20, ZEE5 memperkenalkan himpunan rancangan Asli yang menarik dalam pelbagai bahasa yang ditayangkan buat julung kalinya pada bulan Mac untuk penonton globalnya.

generated by system

generated by system

The Sholay Girl ditayangkan julung kalinya tepat pada 8 Mac 2019 dan mengikuti perjalanan Reshma Pathan, pelagak ngeri wanita pertama dalam industri filem Hindi yang merupakan pelakon pengganti untuk Hema Malini. Hanya segelintir, kecuali peminat-peminat setia 'Sholay'di seluruh dunia mengetahui bahawa beliau merupakan pelakon pengganti Basanti dalam babak kejar mengejar 'tanga' yang terkenal dalam filem blokbuster tersebut.

Mrs. Subbalakshmi ialah rancangan Asli Telugu tentang wanita yang melarikan diri daripada suaminya yang kuat bekerja tetapi terlibat dalam kejadian rompakan berlian. Lakshmi Manchu, pelakon Tollywood dan pengacara televisyen membuat penampilan sulung digital beliau dalam siri web baharu yang lucu ini.

Sex, Drugs and Theatre ialah Rancangan Asli Marathi yang bergerak pantas dan mendebarkan, dicipta oleh pembikin filem yang memenangi Anugerah Kebangsaan Sujay Dahake. Siri ini merupakan kisah menuju kedewasaan tentang enam orang pelajar kolej yang melalui kembara penemuan diri.

"Menerusi pelancaran rancangan Asli ini merentas pelbagai bahasa, kami dapat mengukuhkan lagi kehadiran kami dalam seluruh pasaran global. Kami mempunyai barisan 72 rancangan Asli tahun ini, dengan kisah-kisah definitif yang mendebarkan dan ini akan membantu kami memanfaatkan lagi sambutan yang sudah ternyata luar biasa yang kami terima daripada pasaran-pasaran global," kata Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan - ZEE5 Global

Turut tersenarai untuk bulan Mac ialah episod-episod baharu The Final Call (Arjun Rampal), Abhay (Kunal Khemu) dan Parchayee-Ghost Stories by Ruskin Bond. Rancangan Asli Tamil ZEE5, Kallachirippu (diterbitkan oleh Karthik Subbaraj) dan D7 kini turut tersedia dalam bahasa Hindi, Telugu, Bangla, Kannada, Marathi dan Malayalam.

Dengan lebih 100,000 jam Rancangan TV, Filem, Berita dan Video India, ZEE5 menawarkan himpunan kandungan terbesar daripada 12 bahasa untuk penonton Asia Selatan dan di seluruh dunia. ZEE5 turut menawarkan lebih 60 saluran TV Langsung popular, termasuk saluran paling disukai ZEE yang disediakan secara eksklusif pada platform tersebut.

ZEE5 disediakan di Google Play Store, iOS App Store, http://www.ZEE5.com selain melalui Samsung Smart TV, Apple TV, Android TV dan Amazon Fire TV.

Hubungan Akhbar: 
Cik Rashmi Punshi
Rashmi.Punshi@zee.esselgroup.com
+91-98202-98575

Sumber: ZEE5

Source: ZEE5
Keywords: Computer/Electronics Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet