omniture

Rig Perlombongan OnMiners Tawar ROI Paling Pantas dalam Pasaran

OnMiners S.A.
2019-03-15 00:13 1618

LUXEMBOURG, 14 Mac 2019 /PRNewswire/ -- OnMiners S.A (http://www.onminers.com) dengan pantas memberi kesan yang kukuh dalam industri perlombongan kripto dengan menawarkan pulangan pelaburan yang paling pantas dalam pasaran. Baru-baru ini, syarikat menjadi tumpuan utama dengan memperkenalkan tiga rig perlombongan berbilang algoritma yang menjamin 100% pulangan pelaburan dalam tempoh hanya sebulan. Direka untuk peserta baharu selain pelombong kripto yang berpengalaman, ketiga-tiga produk mudah digunakan memandangkan ia didatangkan dengan prakonfigurasi dan pengguna hanya perlu memasang dan mula melombong.

Biarpun populariti perlombongan kripto meningkat dengan pesat dalam tempoh beberapa tahun ini, perolehan keuntungan secara tekal menjadi kebimbangan banyak penggemar perlombongan. OnMiners S.A merupakan idea oleh sepasukan pelabur yang berdedikasi untuk menjadikan perlombongan mata wang kripto lebih mudah dan menguntungkan untuk semua. Pasukan ini telah mencapai objektif mereka baru-baru ini dengan memperkenalkan tiga perkakas perlombongan termaju iaitu On2U, On4U dan OnTower, setiap satunya dilengkapi dengan kuasa cincangan yang belum pernah dilihat sebelum ini dalam pasaran.

Rig perlombongan daripada OnMiners berupaya melombong Bitcoin, Litecoin, Ethereum, Monero, Dash dan Zcash. Turut disebutkan di bawah ialah kadar cincangan yang ditawarkan oleh produk-produk tersebut untuk melombong syiling-syiling berbeza.

  • Bitcoin: 140 TH/s untuk On2U, 270 TH/s untuk On4U dan 1620TH/s untuk OnTower
  • Litecoin: 38 GH/s untuk On2U, 75 GH/s untuk On4U dan 450 GH/s untuk OnTower
  • Ethereum: 5 GH/s untuk On2U, 9 GH/s untuk On4U dan 54 GH/s untuk OnTower
  • Monero: 230 KH/s untuk On2U, 450 KH/s untuk On4U dan 2700 KH/s untuk OnTower 
  • Dash: 1.3 TH/s untuk On2U, 2.5 TH/s untuk On4U dan 15 TH/s untuk OnTower
  • Zcash: 1.1 MH/s untuk On2U, 2.1MH/s untuk On4U dan 12.6MH/s untuk OnTower

 

Pelombong-pelombong daripada OnMiners bukan sekadar memberikan kadar cincangan yang lebih tinggi kepada mana-mana kelengkapan perlombongan lain dalam pasaran. Mesin-mesin ini juga merupakan perkakas perlombongan endotermik yang pertama seumpamanya yang akan dilancarkan. Memanfaatkan teknologi cip endotermik proprietari syarikat, pelombong-pelombong ini menyerap haba dan bukannya membebaskannya ke persekitaran. Hasilnya, pengguna-pengguna OnMiners membayar bil tenaga yang jauh lebih rendah untuk melombong berbanding yang lain. Penggunaan tenaga untuk On2U dan On4U masing-masing ialah 600W±7%, 1200W±7%.

OnMiners mengambil kira beberapa parameter lain bagi menjamin pengalaman perlombongan yang menyenangkan kepada pelanggan mereka. Bagi menyingkirkan kebimbangan biasa tentang penjanaan haba berlebihan, setiap produk didatangkan dengan sistem penyejukan udara tanpa hingar. Tambahan pula, kesemua produk mereka serasi dengan soket 110v-240v sejagat. Rig perlombongan ini disediakan di serata dunia kecuali negara-negara dalam zon perang, dengan masa penyerahan adalah antara empat hingga enam hari dari tempoh membuat pesanan.

Latar Belakang: OnMiners ialah sebuah syarikat yang diasaskan oleh sekumpulan pelabur yang melabur dalam generasi baharu CHIP Berbilang Algoritma Endotermik. Matlamat mereka adalah untuk menyediakan pelombong mata wang kripto yang berkuasa, namun mempunyai penggunaan kuasa yang lebih rendah. Memanfaatkan teknologi cip endotermik, OnMiners menawarkan rangkaian komprehensif rig perlombongan yang lebih mudah dipasang, membebaskan sedikit haba berbanding yang lain dan menjimatkan bil tenaga untuk pengguna.

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/835095/On2U_Mining_Rig.jpg

On2U Mining Rig
On2U Mining Rig

 

Source: OnMiners S.A.
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer Hardware Computer/Electronics New products/services Blockchain Financial Technology