omniture

Setiausaha Agung Liga Dunia Islam Kutuk Serangan terhadap Penganut Islam di New Zealand

Muslim World League
2019-03-16 09:37 1292

MAKKAH, Arab Saudi, 16 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Tuan Yang Terutama Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Pengerusi Lembaga Pengarah Pertubuhan Dunia Cendiakawan Islam Sheikh Dr. Mohammad bin Abdulkarim Alissa mengeluarkan kenyataan berikut:

Liga Dunia Islam mengutuk serangan di masjid-masjid New Zealand yang telah meragut nyawa berpuluh-puluh jemaah yang tidak bersalah dan meninggalkan banyak yang lain cedera parah. Liga Dunia Islam juga mengungkapkan kesedihan yang mendalam dan takziah buat keluarga, sahabat dan komuniti mangsa.

Serangan pengganas terhadap orang-orang yang beriman merupakan salah satu bentuk penghinaan dan kebencian yang paling kejam dan jahat. Kekejaman, kebencian dan niat jahat tindakan pengganas ekstremis ini adalah sama dengan tindakan kekerasan Al-Qaeda dan Daesh.

Dalam menghadapi kejahatan sebegini, masyarakat global hanya dapat menjawabnya dengan nilai-nilai cinta, keharmonian dan kedamaian.

Untuk menangani keganasan ekstremisme dan Islamofobia, kita memerlukan organisasi kerajaan dan agama di seluruh dunia untuk bekerjasama dalam menggalakkan toleransi dan kefahaman agama dan menghalang semua bentuk penghasutan dan kebencian, termasuk semua jenis kebencian yang ditujukan kepada sebarang agama atau etnik.

Tanpa tindakan pencegahan yang berusaha memupuk nilai-nilai kemanusiaan dan moral dalam generasi muda kita, kita akan menghadapi risiko kitaran keganasan yang berlanjutan. Liga Dunia Islam akan meningkatkan usaha untuk bekerja dengan kumpulan berbilang agama untuk mewujudkan inisiatif untuk menggalakkan kemahaman dan toleransi yang lebih besar.

Liga Dunia Islam merancang untuk menghantar delegasi ke New Zealand untuk menawarkan ucapan takziah bagi pihak Tuan Yang Terutama Dr. Alissa dan memberi sokongan kepada keluarga dan komuniti yang terlibat.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/836580/Muslim_World_League_Logo.jpg

Source: Muslim World League
Keywords: Religion