omniture

Ahli-ahli Radisson Rewards Kini Dapat Tebus Mata dengan Lebih 35 Syarikat Penerbangan

Radisson Hotel Group
2019-03-19 20:00 892

Tetamu-tetamu ingin berlepas dengan Radisson Rewards dapat nikmati semua faedah menjadi ahli dan tebus mata untuk batu perjalanan syarikat penerbangan  

MINNEAPOLIS, 19 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Radisson Rewards™, program ganjaran global Radisson Hotel Group™, meluaskan portfolio rakan kongsi syarikat penerbangannya bagi membolehkan ahli-ahli untuk berlepas dengan Radisson Rewards dan menebus mata mereka dengan lebih 35 syarikat penerbangan, setakat 1 Mac 2019.

Radisson Rewards Members Can Now Redeem Points with Over 35 Airlines
Radisson Rewards Members Can Now Redeem Points with Over 35 Airlines

"Kami teruja untuk meluaskan nilai keahlian kami dengan menyediakan tetamu-tetamu dengan cara yang mudah untuk memperoleh batu perjalanan syarikat penerbangan sambil turut menikmati faedah-faedah menjadi ahli Radisson Rewards," kata Efrem Berman, Ketua Kesetiaan dan Penglibatan Global, Radisson Hotel Group. "Dengan menyertai Radisson Rewards, ahli-ahli akan menerima kadar untuk ahli sahaja dan mendapat akses kepada faedah-faedah eksklusif yang semestinya dapat mencipta detik-detik yang tidak dapat dilupakan."

Bermula bulan ini, semua tetamu yang ingin mendapatkan batu perjalanan syarikat penerbangan untuk penginapan hotel mereka perlu menjadi ahli Radisson Rewards. Ahli-ahli boleh memilih untuk menetapkan profil akaun Radisson Rewards mereka untuk menukar secara automatik mata mereka dengan syarikat penerbangan pilihan mereka setiap kali akaun mereka mencecah 10,000 mata, atau ahli-ahli dapat menebus mata mereka dengan 2,000, 50,000 atau 100,000 dalam peningkatan mata setiap kali mereka memilihnya.

Kunjungi www.radissonhotels.com/rewards/airlines untuk senarai rakan kongsi syarikat penerbangan kami.

LATAR BELAKANG RADISSON REWARDS
Radisson Rewards™, program ganjaran hotel global untuk Radisson Hotel Group™, menyediakan ahli-ahli dengan pengalaman yang dipertingkat bermula ketika menempah hinggalah mendaftar keluar dan pada setiap saat di antaranya. Ahli-ahli dapat menikmati Kadar Ahli Sahaja, mendapat akses kepada faedah-faedah eksklusif dan berpeluang mendapat penginapan bermalam percuma. Ahli-ahli Radisson Rewards dapat menikmati semua faedah ini di mana-mana daripada lebih 1,100 hotel kami di seluruh dunia termasuk: Radisson Collection™, Radisson Blu®, Radisson®, Radisson RED®, Park Plaza®, Park Inn® by Radisson dan Country Inn & Suites® by Radisson. www.radissonhotels.com/rewards

Radisson Rewards™ for Business, diwujudkan untuk golongan profesional, ialah program ganjaran hotel global untuk Radisson Hotel Group. Sebagai ejen pelancongan, perancang mesyuarat dan acara, mahupun pengatur perjalanan yang menempah bagi pihak syarikat bersaiz kecil hingga sederhana mereka, ahli-ahli mendapat manfaat dan memperoleh mata bagi menerima ganjaran berharga untuk menempah di mana-mana daripada tujuh jenama hotel kami yang tersendiri.

HUBUNGAN MEDIA
Laura Langemo
Laura.langemo@radissonhotels.com

Peggy Snook
Peggy.snook@radissonhotels.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/831795/Radisson_Rewards_Airlines.jpg

Source: Radisson Hotel Group
Keywords: Air Freight Airlines/Aviation Hotels and Resorts Transportation Travel New products/services