omniture

Chongqing Pilih Sepuluh Kes Model Pembinaan Kredit, Mulakan Kempen Pembinaan Bandar Kredit

China Economic Information Service
2019-03-20 19:39 494

CHONGQING, China, 20 Mac 2019 /PRNewswire/ -- Perbandaran Chongqing Barat Daya China mengumumkan pada hari Isnin tentang sepuluh kes model pembinaan kredit di pusat Huaxi Live Daerah Banan, bagi memulakan cara sepanjang minggu untuk mempromosi kredibiliti dan integriti di seluruh bandar. Aktiviti-aktiviti ini diadakan oleh China Economic Information Service (CEIS) dan kerajaan tempatan.

Sepuluh kes tersebut, dipilih daripada 126 calon dan termasuk "penggabungan kredit dan teknologi bagi membendung kesukaran pembiayaan untuk perusahaan kecil-kecilan dan mikro" oleh China Construction Bank Cawangan Chongqing dan "membina jenama berkredibiliti untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan antara negara" oleh Chongqing Foreign Trade and Economic Cooperation (Group) Co., Ltd, bertujuan untuk bertindak sebagai contoh ikutan agar dapat terus menyebarkan budaya kredibiliti selain mewujudkan persekitaran berkredibiliti dan mendukung kredit.

Hari berkenaan turut menyaksikan upacara permulaan untuk perbandaran Chongqing menjalankan aktiviti-aktiviti pembinaan dan promosi kredit seluruh bandar antara 18-24 Mac dalam usaha untuk mempercepatkan pembinaan kredit dan menjadikan Chongqing lebih dikenali sebagai sebuah bandar kredit.

Sidang Kemuncak Kredit Menjadikan Chongqing Lebih Baik (Credit Makes Chongqing Better Summit) selain Pameran Keputusan Pembinaan Kredit dan Produk Kredit Chongqing turut diadakan bersama-sama upacara permulaan berkenaan.

Di samping itu, Chongqing akan menjalankan lebih banyak aktiviti pembinaan kredit berasaskan industri merentas sektor seperti hartanah, bahan bangunan hiasan, kewangan, hartanah serta edaran perdagangan sepanjang April hingga Disember.

Aktiviti-aktiviti khas seperti tinjauan dan pemeriksaan industri, pengumpulan dan pembetulan masalah, seminar pembangunan industri dan pembinaan sistem indeks kredit industri akan dijalankan bagi mengukuhkan kredibiliti dan rasa tanggungjawab merentas perusahaan dan industri, di samping memajukan pembinaan platform maklumat kredit industri.

Turut dimaklumkan bahawa aktiviti-aktiviti pembinaan bandar kredit akan mendapat sokongan daripada China Economic Information Service (CEIS) melalui cabang kreditnya, "Xinhua Credit".

Xinhua Credit membangunkan platform kredit profesional melalui model "produk + perkhidmatan + platform", membantu Chongqing dengan berkesan dalam pembinaan bandar kreditnya dengan mengaplikasikan produk-produk Xinhua Credit dalam hal ehwal pengurusan pentadbiran Chongqing, menjalankan projek penilaian pihak ketiga berkaitan kredit dan penyelidikan utama Chongqing selain menyediakan perkhidmatan kumpulan pemikir untuk kawasan-kawasan dan daerah-daerah Chongqing dalam usaha mereka untuk membangun menjadi demonstrasi kredit kebangsaan, menurut satu sumber dengan CEIS.

Source: China Economic Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Survey, Polls & Research