omniture

Transformasi Pendidikan Untuk Masa Hadapan

Education Malaysia Global Services
2019-04-03 08:00 818

KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 April 2019 /PRNewswire/ -- Education Malaysia Global Services (EMGS) sedang mengadakan proses rombakan jenama secara menyeluruh untuk menjadi agensi perdana yang mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pendidikan ulung dunia.

Dari Pemprosesan Visa Ke Transformasi Digital

Walaupun mempunyai mandat yang lebih besar, EMGS hanya dikenali sebagai syarikat memproses visa yang jauh ketinggalan berbanding British Council atau IDP Australia. Fokus terdahulu ke arah pameran pendidikan adalah kurang berkesan kerana penglibatan para institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah tidak melebihi 5%.

Kedudukan Malaysia yang dahulunya dalam 10 tangga teratas telah jatuh ke tangga ke-12. Jumlah pelajar asing telah merosot sebanyak -39% dalam tempoh 4 tahun kebelakangan ini, dari sekitar 71,000 permohonan baharu kepada 41,000 sahaja pada tahun 2018. Di rantau Asia, negara Thailand, Taiwan, Hong Kong, Korea and Japan melangkau jauh walhal Malaysia terus ketinggalan.

Sejak lewat 2018, Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah untuk menyuntik bakat baharu dari sektor awam dan swasta ke dalam EMGS. Di bawah kepimpinan baharu, EMGS telah memulakan transformasi untuk menjulang sektor pendidikan tinggi Malaysia di persada antarabangsa. Fokus terkini akan beralih kepada pemasaran digital, pembinaan jenama dan pembinaan rangkaian kerjasama.

Model Baharu

EMGS akan lebih mengamalkan pembikinan polisi berlandaskan bukti yang akan melibatkan para pemegang taruh dengan lebih baik. Kerjasama, keberkesanan, mutu dan perkongsian jangka panjang akan semakin diutamakan selari dengan wawasan YB Menteri Pendidikan.

  • Menjenama semula Malaysia sebagai destinasi ulung pengajian dunia.
  • Sebuah strategi pemasaran yang lebih pelbagai dan menglibatan IPT-IPT Malaysia secara lebih aktif bakal merebut peluang yang lebih dari pasaran yang semakin dinamik. Negara-negara membangun seperti di rantau Asia Tenggara, Asia Selatan, Asia Tengah, Asia Timur serta Timur Tengah dan Afrika Utara akan didampingi dengan pendekatan yang berlainan.
  • Rancangan Pemasaran Digital akan dilancarkan pada lewat suku kedua 2019 dengan tujuan untuk menyokong dan melengkapi promosi-promosi EMGS di luar negara, termasuklah di pameran-pameran antarabangsa.
  • Memperkukuh kerjasama dengan ejen-ejen pendidikan dan pihak-pihak ketiga. Ejen membawa lebih 50% daripada jumlah pelajar asing dari negara-negara membangun ke Malaysia.
  • Untuk meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti, EMGS sedang menyemak serta merunding kembali perjanjian dan konsesi lama untuk mengurangkan kos, meningkatkan pulangan dan memberi lebih nilai tambah kepada para pemegang taruh.

Solusi Untuk Masa Hadapan

Demi memanfaatkan Revolusi Industri Ke-4 dengan lebih berkesan, EMGS akan menggunakan teknologi dan inovasi terkini termasuklah kecerdasan buatan (AI).

Rancangan Pemasaran Digital ini, dengan bantuan aktif dari rakan-rakan IPT kami, akan menampilkan kandungan baharu serta meningkatkan penggunaan maklumat dan penyertaan ramai.

Kami akan menawarkan MUET di peringkat antarabangsa sebagai sebuah produk yang kompetitif yang akan turut memudahkan pelajar antarabangsa yang bakal melanjutkan pelajar ke IPT di Malaysia.

Dengan adanya lebih 200 IPT di Malaysia yang menawarkan produk pendidikan bermutu tinggi, Malaysia pada hakikatnya menawarkan kepelbagaian dan kemajmukan ilmu yang menepati falsafah istilah 'universiti' itu sendiri. Pendidikan yang hakiki tidak akan pernah ditelan zaman, dan itulah sebenarnya yang Malaysia tawarkan.

Dalam pada itu, EMGS melalui sebuah penjenamaan semula akan terus menawarkan perkhidmatan pendidikan bermutu tinggi di bawah jenama 'Education Malaysia'.

About Education Malaysia Global Services

Education Malaysia Global Services (EMGS) is a non-profit company, limited by guarantee, wholly owned by the Ministry of Higher Education (MOHE) Malaysia. EMGS acts as a One Stop Centre for international student services. EMGS is responsible for the management and processing of applications for a Student Pass to higher education institutions in Malaysia. EMGS also leads the worldwide promotion of education in Malaysia. At present, higher education institutions in Malaysia hosts over 132,000 international students from more than 120 countries.

Source: Education Malaysia Global Services
Keywords: Advertising Education Higher Education Corporate Expansion