omniture

Pameran Cenderamata & Barangan Rumah utama China buka tirai di Shenzhen April ini

Reed Huabo Exhibitions
2019-04-04 02:16 565

SHENZHEN, China, 4 April 2019 /PRNewswire/ -- Pameran Cenderamata, Kraftangan, Jam Tangan & Barangan Rumah Antarabangsa China (Shenzhen) ke-27 (ringkasnya "Cenderamata & Barangan Rumah Shenzhen"), anjuran Reed Huabo Exhibitions,  dijadual berlangsung mulai 25 hingga 28 April 2019 di Pusat Konvensyen & Pameran Shenzhen. Sebagai "Acara Ulung Industri di China" dengan lebih 2,500 pempamer dan 5,300 reruai yang dijangkakan, pameran ini akan mempamerkan 500,000 produk cenderamata & barangan rumah meliputi 22 kategori produk dari seluruh China dan dunia.

Sorotan utama pameran 

  • Acara ditempatkan bersama: Pameran Barangan Elektronik Mudah Alih China
    Barangan Elektronik Mudah Alih menjadi trend baharu dalam industri cenderamata. Cenderamata & Barangan Rumah Shenzhen sentiasa seiring dengan trend-trend terkini. Memandangkan Dewan Barangan Elektronik Mudah Alih menerima respons hebat daripada hadirin sejak dua tahun lalu, Reed Huabo Exhibitions memutuskan untuk membawakan pembeli dengan Pameran Barangan Elektronik Mudah Alih profesional tahun ini, seraya menunjukkan kekuatan tapak pembuatan barangan elektronik bertaraf dunia di China Selatan. Lebih 200 pengeluar barangan elektronik mudah alih akan berhimpun bagi mempamerkan produk dan teknologi terkini mereka, seperti produk pintar, telefon & aksesori, barangan elektronik kereta, produk digital 3C, barangan elektronik boleh pakai, AR/VR dan sebagainya. Ia merupakan acara yang harus dihadiri untuk mendapatkan terus barangan elektronik mudah alih berkualiti bagus daripada pengeluar-pengeluar pada harga kompetitif.
  • Kawasan pameran baharu dibuka di tingkat dua
    Bagi memenuhi keperluan pengguna yang lebih tinggi terhadap reka bentuk cenderamata dan bagi menyediakan pembeli dengan lebih banyak pilihan produk, 100 reruai baharu akan ditambah di tingkat dua. Kawasan pameran akan dibahagikan kepada tiga seksyen, iaitu barangan elektronik mudah alih, produk reka bentuk berlesen IP & asli serta barangan rumah.
  • Delegasi kerajaan dan persatuan perindustrian
    Lebih 10 persatuan industri akan menyertai Cenderamata & Barangan Rumah Shenzhen tahun ini. Persatuan-persatuan ini bertaraf profesional, berkepakaran dalam pembuatan dan kaya dengan pengalaman. Barangan pameran termasuk pinggan mangkuk porselin Chaozhou, komoditi Yiwu, pen Fenshui, tuala Gaoyang dan banyak lagi.

Waktu beroperasi

25-27 April, mulai 9:00 pagi hingga 5:00 petang.
28 April, mulai 9:00 pagi hingga 4:00 petang.

Latar belakang penganjur

Reed Huabo Exhibitions - syarikat pameran yang paling berpengaruh di China, merupakan syarikat anggota Reed Exhibitions - penganjur acara yang terkemuka di dunia, berpangkalan di UK. Ia komited untuk memimpin pembangunan industri dan terus mencipta nilai buat pelanggan-pelanggan dari seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut dan bagi mendapat tiket percuma, sila kunjungi kami di: www.chinagiftsfair.com

Source: Reed Huabo Exhibitions
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events