omniture

Syarikat Media Baharu Clozette Kumpul US$10 Juta dalam Pembiayaan Siri C daripada Cool Japan Fund

Clozette
2019-04-09 14:00 664

Syarikat pemasaran kandungan sosial memenangi anugerah percepat inovasi produk, pacu peluasan antarabangsa dan bangunkan Cool Japan Ecosystem interaktif yang membawakan budaya Jepun kepada generasi baharu pengguna.

SINGAPURA, 9 April 2019 /PRNewswire/ -- Clozette, sebuah syarikat media baharu transformatif yang menginspirasikan dan menghubungkan wanita kontemporari dengan kandungan yang memenangi anugerah yang bertumpu pada kecantikan, fesyen, pengembaraan dan kesejahteraan, hari ini mengumumkan pelaburan sebanyak US$10 juta dalam pembiayaan Siri C daripada Cool Japan Fund, dana awam-persendirian di bawah Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun (METI) yang menyediakan modal risiko untuk perniagaan dengan tujuan untuk mengkomersialkan konsep "Cool Japan".   

Ditubuhkan pada tahun 2010, Clozette merintis kategori baharu penceritaan yang menggabungkan editorial berwibawa yang terbaik dengan ketulenan kandungan janaan pengguna yang disusun atur. Dengan pasukan yang pesat berkembang melibatkan lebih 90 kakitangan yang beroperasi di Asia Tenggara dan Jepun, Clozette menyediakan kandungan jenama pengubah industri yang menggabungkan karya asal yang dicipta oleh jaringan luas melibatkan lebih 3,500 pencipta serta bakat yang mempunyai capaian sosial kolektif melebihi 600 juta. Syarikat pernah bekerjasama dengan lebih 300 jenama dan agensi media termasuk Estee Lauder, Shiseido, Amore Pacific, Zalora, Charles & Keith, Procter & Gamble, Unilever, Johnson & Johnson, Beiersdorf, GroupM, IPG Mediabrands dan Omnicom Media Group.

Tatkala pemasar berkembang daripada pendekatan bertumpu iklan ke arah pendekatan yang lebih didorong cerita sifatnya, pusingan pelaburan baharu ini akan mendorong dan mengukuhkan momentum serta kepimpinan Clozette dalam bidang pemasaran kandungan sosial. Pembiayaan baharu ini akan digunakan untuk meluaskan platform kandungan dan analitik dipacu data proprietari syarikat, meluaskan kehadirannya dalam pasaran baharu bermula dengan Thailand serta membangunkan Cool Japan Ecosystem yang interaktif.

"Pelaburan daripada Cool Japan Fund ini memberi pengesahan yang kukuh terhadap visi Clozette bahawa pemasaran kandungan tulen mendapat perhatian. Kandungan lebih penting – pengguna hari ini menyekat iklan namun menggunakan kandungan pada kadar yang belum pernah terjadi sebelum ini pada platform pilihan mereka. Dalam masa yang sama, mereka menuntut lebih ketulenan, interaktiviti dan mobiliti dalam pengalaman mereka. Pemasar perlu menerima anjakan penting dalam tingkah laku penggunaan media ini agar dapat seiring dengan anjakan dalam persepsi generasi," kata Roger Yuen, Ketua Pegawai Eksekutif Clozette.

Pusingan pembiayaan Siri C ini mengikuti tempoh pertumbuhan pesat dan keuntungan untuk Clozette dengan pendapatan pada tahun 2018 berkembang lebih 140 peratus sepanjang tahun lalu, dipacu oleh pertumbuhan 200 peratus daripada subsidiarinya di Indonesia, negara keempat terbesar di dunia dengan penduduk seramai lebih 260 juta orang, yang kebanyakannya di bawah umur 35 tahun.

"Kami berasa kagum dengan pasukan pengurusan Clozette yang terdiri daripada veteran dan usahawan digital serta teruja untuk bekerjasama dengan mereka tatkala syarikat mempercepatkan transformasi digital dan pemasaran tradisional di Asia dan selanjutnya," kata Yuji Kato, Ketua Pegawai Operasi dan Ketua Pegawai Maklumat Cool Japan Fund.

"Elemen utama Clozette bersesuaian dengan misi Cool Japan Fund untuk mempromosi fesyen, kecantikan, makanan, pengembaraan dan gaya hidup Jepun kepada pengguna seluruh dunia. Sebahagian daripada pelaburan ini akan disumbangkan kepada penciptaan Cool Japan Ecosystem berbilang bahasa yang mendayakan penemuan kandungan tentang Jepun yang 'menarik', boleh diambil tindakan dan boleh dibeli, memanfaatkan keupayaan penceritaan unik syarikat dan jaringan bakat untuk menarik generasi baharu peminat budaya Jepun di wilayah ini dan selanjutnya," tambah beliau.

Cool Japan Ecosystem yang interaktif oleh Clozette dijadual akan dilancarkan pada Jun 2019.

Pelabur-pelabur sedia ada dalam syarikat termasuk Phillip Private Equity dan Walden International.

Latar Belakang Clozette

Clozette ialah sebuah syarikat media baharu transformatif yang mendayakan jenama-jenama untuk menginspirasikan dan terhubung dengan wanita kontemporari melalui suit penuh penyelesaian pemasaran digital transformatif dan pengalaman omnisaluran yang bertumpu pada penciptaan, pengedaran dan penguatan kandungan memenangi anugerah yang menyatukan kewibawaan editorialnya dengan karya asal oleh jaringan luas pencipta dan bakat yang mencakupi lebih 600 juta capaian sosial. Syarikat mendapat sokongan modal usaha niaga oleh Walden International, Phillip Private Equity dan Cool Japan Fund.

Latar Belakang Cool Japan Fund

Cool Japan Fund ditubuhkan pada November 2013 sebagai dana awam-persendirian dengan tujuan untuk menyokong dan mempromosi pembangunan permintaan luar negara untuk produk dan perkhidmatan Jepun yang cemerlang. Cool Japan Fund bermatlamat untuk mengkomersialkan "Cool Japan" dan meningkatkan permintaan luar negara dengan menyediakan modal risiko untuk perniagaan merentas pelbagai bidang termasuk media & kandungan, makanan & perkhidmatan serta fesyen & gaya hidup.

Source: Clozette
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Travel Financing agreements