omniture

Hadiah LUI Che Woo Alu-alukan Yang Amat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand dalam Majlis Hadiah

LUI Che Woo Prize Limited
2019-04-10 23:45 636

Yang Amat Mulia akan sokong Hadiah untuk teruskan usaha antarabangsa dalam memperjuangkan individu serta organisasi yang berusaha membina dunia lebih baik

HONG KONG, 10 April 2019 /PRNewswire/ -- Terus berkembang sebagai anugerah kemanusiaan global dengan perwakilan dari seluruh dunia, Hadiah LUI Che Woo – Hadiah untuk Peradaban Dunia berbesar hati untuk mengumumkan bahawa Yang Amat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn dari Thailand akan menyertai Majlis Hadiah. Menerusi peranan ini, baginda akan membantu Hadiah ini mendukung misinya untuk mendorong perubahan positif dengan memperjuangkan usaha-usaha yang tidak mementingkan diri sendiri oleh individu dan organisasi yang berusaha untuk membina dunia yang lebih baik.

The LUI Che Woo Prize team hosts a cocktail reception to welcome HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn to the Prize Council. (From left: Ms. Yvonne Lai, General Manager; Dr. Moses Cheng and Prof. Lap-Chee Tsui, Members of the Board of Governors; The Hon. Tung Chee-hwa, Member of the Prize Council; HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn; Dr. Lui Che Woo, Founder; Mrs. Lui Chiu Kam Ping; Prof. Frederick Ma, Member of the Board of Governors and Prof. Lawrence J. Lau, Chairman of the Prize Recommendation Committee)
The LUI Che Woo Prize team hosts a cocktail reception to welcome HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn to the Prize Council. (From left: Ms. Yvonne Lai, General Manager; Dr. Moses Cheng and Prof. Lap-Chee Tsui, Members of the Board of Governors; The Hon. Tung Chee-hwa, Member of the Prize Council; HRH Princess Maha Chakri Sirindhorn; Dr. Lui Che Woo, Founder; Mrs. Lui Chiu Kam Ping; Prof. Frederick Ma, Member of the Board of Governors and Prof. Lawrence J. Lau, Chairman of the Prize Recommendation Committee)

 

Dr. Lui Che Woo presents a double-sided embroidery of a Buddhist Pine to Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn. The Buddhist Pine is part of the LUI Che Woo Prize logo, and symbolises sustainability, virtue and vitality, which corresponds with the three objectives of the LUI Che Woo Prize.
Dr. Lui Che Woo presents a double-sided embroidery of a Buddhist Pine to Her Royal Highness Princess Maha Chakri Sirindhorn. The Buddhist Pine is part of the LUI Che Woo Prize logo, and symbolises sustainability, virtue and vitality, which corresponds with the three objectives of the LUI Che Woo Prize.

 

Yang Amat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn ialah seorang dermawan setia yang berusaha tanpa mengenal penat lelah selama lebih empat dekad untuk menyokong rakyat baginda dan membantu membangunkan Kerajaan Thailand. Pelbagai inisiatif sosial dan komuniti yang dimajukan oleh Yang Amat Mulia termasuk menyediakan pendidikan asas untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik; mendorong program sokongan bantuan bencana untuk mangsa bencana alam; memimpin kempen pemakanan untuk kanak-kanak dan wanita mengandung di kawasan terpencil; dan melanjutkan usaha IT bagi memudahkan hidup secara berdikari dalam kalangan orang kurang upaya. 

Komitmen mendalam dan sekian lama baginda terhadap perkhidmatan kebajikan yang tidak mementingkan diri sendiri benar-benar selari dengan visi Hadiah LUI Che Woo untuk memajukan peradaban dunia dan menginspirasikan orang ramai bagi membina dunia yang lebih harmoni. Mengalu-alukan Yang Amat Mulia ke dalam Majlis tersebut menyokong pertumbuhan Hadiah ini sebagai anugerah antarabangsa yang mengiktiraf usaha-usaha luar biasa oleh orang ramai di seluruh pelosok dunia yang berusaha untuk meningkatkan kemampanan, menambah baik kebajikan manusia dan membawakan tenaga positif kepada kelompok individu berbeza.

Dr. Lui Che Woo, Pengasas & Pengerusi Lembaga Gabenor merangkap Majlis Hadiah bagi Hadiah LUI Che Woo berkata, "Ia merupakan suatu penghormatan tertinggi untuk mengalu-alukan Y.A.M. Puteri Maha Chakri Sirindhorn ke dalam Majlis Hadiah LUI Che Woo. Baginda telah menunjukkan dedikasi sepanjang hayat kepada kesejahteraan manusia dan merupakan daya penggerak untuk inisiatif sosial dan komuniti yang tidak terkira banyaknya. Memupuk semangat dan keinginan luar biasa untuk berkhidmat kepada golongan kurang bernasib baik, usaha-usaha berterusan baginda untuk meningkatkan kualiti hidup buat semua telah mengurniakan baginda dengan limpahan kekaguman dan penghormatan yang layak diterima oleh baginda. Mengalu-alukan Yang Amat Mulia ke dalam Majlis Hadiah merupakan langkah penting dalam meluaskan capaian global Hadiah LUI Che Woo agar kami dapat terus membentuk kehidupan demi masa depan yang lebih baik."

Bersama-sama empat anggota Majlis Hadiah yang lain. Y.A.M. Puteri Maha Chakri Sirindhorn akan bertanggungjawab untuk pertimbangan dan kelulusan para penerima hadiah yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Cadangan Hadiah. Mewakili lima tokoh dan pemimpin antarabangsa, anggota-anggota Majlis Hadiah kini terdiri daripada Yang Amat Mulia Puteri Maha Chakri Sirindhorn, Yang Berhormat Tung Chee-hwa, Sir James D. Wolfensohn, Dr. Rowan Douglas Williams dan Dr. Lui Che Woo. Y.A.M. Puteri Maha Chakri Sirindhorn mengambil tempat dalam Majlis Hadiah yang dikosongkan oleh Dr. Condoleezza Rice, yang baru-baru ini telah tiba ke penghujung tempoh perkhidmatan beliau.

Dr. Lui menambah, "Tatkala kami mengalu-alukan Y.A.M. Puteri Maha Chakri Sirindhorn ke dalam Majlis Hadiah, saya juga ingin mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada Dr. Condoleezza Rice atas khidmat mulia beliau kepada Hadiah LUI Che Woo. Seorang tokoh yang tersohor dan berpengaruh dalam dunia akademik dan hubungan global, usaha beliau terhadap Majlis Hadiah adalah sangat berharga untuk kerja-kerja kami bagi melanjutkan skop dan capaian Hadiah ini bagi membantu membangunkan dunia yang lebih baik buat semua."

Hadiah LUI Che Woo kini memasuki tahun keempatnya dan akan menganugerahi para penerima Hadiah 2019 pada penghujung tahun ini. Oktober lalu, Hadiah LUI Che Woo 2018 dianugerahkan kepada tiga penerima hadiah di Majlis Penyampaian Hadiah di Hong Kong. En. Hans-Josef Fell dianugerahkan dengan Hadiah Kemampanan atas usaha beliau dalam menggalakkan gerakan tenaga boleh diperbaharui global; Pertubuhan Meterologi Dunia dianugerahkan dengan Hadiah Pembaikan Kebajikan atas kejayaannya dalam mengurangkan impak bencana alam; dan Yayasan Pendidikan Pratham dianugerahkan dengan Hadiah Tenaga Positif atas peningkatan kualiti pendidikan dan pencapaian celik huruf.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hadiah LUI Che Woo, sila kunjungi laman sesawang rasmi www.luiprize.org.

– Tamat –

Latar Belakang Hadiah LUI Che Woo

Diasaskan oleh Dr. LUI Che Woo pada tahun 2015, Hadiah LUI Che Woo – Hadiah untuk Peradaban Dunia ialah anugerah rentas sektor bertaraf antarabangsa yang memajukan peradaban dunia dan mengilhamkan orang ramai demi membina dunia yang lebih harmoni. Anugerah inovatif ini diadakan setiap tahun dengan tujuan untuk mengiktiraf dan memberi penghormatan kepada individu mahupun organisasi di serata dunia atas sumbangan luar biasa dan menggalakkan kesinambungan usaha tersebut menerusi tiga objektif: pembangunan dunia yang mampan, pembaikan kebajikan umat manusia dan galakan terhadap sikap hidup yang positif serta peningkatan tenaga yang positif.

Setiap penerima hadiah menerima anugerah wang tunai bernilai HK$20 juta (bersamaan kira-kira US$2.56 juta), sijil dan trofi. Setiap Hadiah dianugerahkan kepada satu penerima, sama ada individu mahupun organisasi.

Hadiah LUI Che Woo dikelolakan dan diurus oleh LUI Che Woo Prize Limited, sebuah syarikat amal yang dihadkan menerusi jaminan yang diperbadankan di Hong Kong.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190410/2425016-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190410/2425016-1-b
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20180821/2217142-1LOGO  

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Keywords: Art Education Entertainment Environmental Products & Services Awards Not for profit Personnel announcements