omniture

Xi'an Lancar Platform Perkhidmatan Bandar Sehenti

Xi'an Municipal Government
2019-04-11 21:23 356

Keperluan Dokumen Dikurangkan sebanyak 60%

XI'AN, China, 11 April 2019 /PRNewswire/ -- Bandar raya Xi'an di wilayah Shaanxi China melancarkan program khidmat awam sehenti. Dalam talian dan luar talian, program ini akan membolehkan perkongsian pangkalan data dibuat di seluruh jabatan dan membolehkan penduduk serta syarikat mengelakkan penyerahan dokumen berulang kali, mengurangkan keperluan dokumen sebanyak 60%.

Xi’an Releases One-stop City Services Platform.
Xi’an Releases One-stop City Services Platform.

Program ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan yang menjimatkan masa dan kos dengan merangsang aliran data serta maklumat, merendahkan halangan komunikasi dan menyingkirkan pengasingan maklumat dalam seluruh sektor kerajaan. Dengan menyepadukan fungsi dan perkhidmatan kerajaan, lebih 70% perkhidmatan bandar boleh dipesan dan diproses melalui pejabat tunggal, menghapuskan keperluan untuk penduduk menghantar dokumen ke jabatan-jabatan berbeza.

"Kami melancarkan program ini untuk mengatasi masalah-masalah melibatkan masa tindak balas yang perlahan dan ketidakcekapan dalam penyerahan perkhidmatan bandar," kata Bo Wei, Timbalan Pengarah Biro Sumber dan Pengurusan Data Raya Xi'an. "Dengan menyelesaikan isu-isu aliran kerja dalaman, kami dapat mencipta pengalaman khidmat awam sehenti yang akan menjadi model bagi proses pentadbiran pintar serta unsur penting dalam projek bandar pintar lebih besar Xi'an."

Xi'an telah menubuhkan sebuah hab pusat untuk storan, pertukaran perkongsian dan penggunaan data, mewujudkan sistem yang pantas dan cekap bagi tujuan perkongsian data, pengesahan dokumen dan prapesanan serta pemprosesan perkhidmatan.

Satu aplikasi perkhidmatan bandar sehenti dilancarkan pada bulan Mac sebagai hab untuk lebih 500 perkhidmatan yang paling popular di bandar tersebut. Selain itu, mesin layan diri dan peti mel akan digunakan di kawasan-kawasan sesak, mendayakan penerimaan dokumen 24-jam selain pesanan dan penyerahan perkhidmatan. Aplikasi ini akan dihubungkan kepada platform perkhidmatan pentadbiran negara dan wilayah menjelang akhir tahun bagi membentuk jaringan satu-kerajaan antara bandar-bandar dan masyarakat-masyarakat di sekitarnya.

Untuk membawakan lebih kemudahan kepada penduduk, program ini akan mengaplikasikan standard penyerahan perkhidmatan 15-minit di pusat-pusat komuniti serta pejabat-pejabat pentadbiran tempatan. Sebanyak 50% perkhidmatan boleh dipesan melalui pusat komuniti tahun ini, dengan jumlahnya dijangka meningkat kepada 70% menjelang tahun 2020.

Buat orang ramai yang memerlukan perkhidmatan perantara, kerajaan Xi'an akan turut memperkenalkan "pasar raya perkhidmatan perantara" terhadap jaringan perkhidmatan pentadbirannya, seraya terus merendahkan sempadan serantau bagi mengelakkan isu-isu monopoli dalam industri. Pendekatan ini dijangka dapat mewujudkan persaingan yang terbuka, adil dan saksama dengan piawaian yang dipersetujui.

Latar Belakang Xi'an

Ibu kota wilayah barat Shaanxi China, Xi'an merupakan destinasi pelancong antarabangsa dengan lebih 3,000 tahun sejarah dan tarikan terkenal di dunia seperti Pahlawan dan Kuda Terracotta serta Tembok Kota purbanya. Bandar ini, yang dikenali sebagai "Muzium Luar China," ialah titik permulaan Jalan Sutera, jaringan laluan perdagangan purba yang diwujudkan semasa Dinasti Han China yang menghubungkan Timur dan Barat melalui perdagangan. Xi'an kini terus menuju ke hadapan ke arah pembinaan bandar pintar bagi membina metropolis antarabangsa.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190410/2431977-1

Source: Xi'an Municipal Government
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Domestic policy New products/services