omniture

ZValley Tandatangani MOU dengan Trans Elite Di bauma 2019

Zoomlion
2019-04-11 21:55 450

MUNICH, 11 April 2019 /PRNewswire/ -- ZValley Technology Co. Ltd. (ZValley), syarikat Internet Perindustrian milik Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Trans Elite Group Sdn Bhd (Trans Elite) Malaysia semasa bauma 2019.

ZValley Signs MOU with Trans Elite at bauma 2019
ZValley Signs MOU with Trans Elite at bauma 2019

ZValley dan Trans Elite akan bekerjasama dalam bidang-bidang analisis keadaan peralatan, keselamatan operasi, analisis pasaran, pengurusan sewaan dan pembangunan perniagaan baharu di Malaysia, menggabungkan operasi luar negara Zoomlion dan kelebihan ZValley dalam Internet Pelbagai Benda (IoT) perindustrian, data raya dan kecerdasan buatan (AI).

ZValley mengumpul kepakaran padu dan pengalaman langsung di China, mengubah teknologi baharu kepada produktiviti dan keselamatan pelanggan. Menerusi misinya untuk 'Menjadikan AI Tersedia kepada Industri-industri', ZValley akan terus memperkasa pelanggan antarabangsa untuk mengurangkan kos, meningkatkan kecekapan, menjamin keselamatan dan mencipta model perniagaan baharu demi memaksimumkan nilai pelanggan.

Pengurusan pintar dalam era pintar

Di bauma 2019, ZValley mendemonstrasikan dua aplikasi IoT kepada pelanggan jentera pembinaan luar negara: alatan pengurusan peralatan pintar, Z-Asset Management (ZAM) dan alatan pengurusan sewaan, Z-Rental Management (ZRM).

Tersedia melalui peranti mudah alih dan komputer peribadi (PC), penyelesaian Perisian-sebagai-satu-Perkhidmatan (SaaS) ini didayakan oleh platform awan AIoT (kecerdasan buatan dan IoT) Perindustrian ZValley, ZValley OS. Penyelesaian ini juga boleh digunakan di-premis, mengikut keperluan pelanggan dan pengawalseliaan.

Menggunakan IoT dan analitik data raya, ZAM membolehkan pelanggan untuk mengurus peralatan, projek, kesihatan peralatan dan perkhidmatan selain memesan komponen untuk mengurangkan kos peralatan, meningkatkan kecekapan dan merangsang keuntungan.

ZRM ialah padanan hebat buat syarikat-syarikat sewaan berskala sederhana dan besar. Ia menggabungkan IoT dan teknologi maklumat bagi membantu mengurus aset serta kontrak dengan lebih cekap menerusi ciri-ciri seperti lokasi peralatan, pemantauan keadaan dan juga pelaksanaan kontrak sewaan.

Latar Belakang Trans Elite

Trans Elite Group Sdn Bhd ialah pengedar tunggal dan eksklusif bagi kren dan rig gerudi Zoomlion di Malaysia. Syarikat mengkhusus dalam dagangan dan sewaan kren, kontrak mengangkat berat dan pembaikan jentera. Perkongsian mereka dengan Zoomlion bermula pada tahun 2009 dan Trans Elite meletakkan Zoomlion sebagai jenama terbaik di Malaysia.

Latar Belakang ZValley

Ditubuhkan pada tahun 2018, ZValley ialah syarikat Internet Perindustrian milik Zoomlion yang beribu pejabat di Shanghai. Ia mengkhusus dalam IoT perindustrian, data raya dan AI. Platform AIoT perindustriannya ZValley OS kini menghubungkan lebih 200,000 unit peralatan dan mencakupi lebih 9,000 parameter data pada tahap jumlah data PB, lalu mengubah data menjadi wawasan dan nilai saban hari.

Latar Belakang Zoomlion

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion) ialah perusahaan pembuatan peralatan berkualiti tinggi yang menggabungkan jentera kejuruteraan, jentera pertanian dan perkhidmatan kewangan. Syarikat kini menjual hampir 460 produk canggih daripada 55 barisan produk meliputi sepuluh kategori utama. Zoomlion ialah syarikat jentera pembinaan pertama China yang disenaraikan dalam bursa saham Shenzhen dan Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://en.zoomlion.com/.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190410/2432088-1

Source: Zoomlion
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Construction/Building Telecommunications