omniture

Dachser Singapore pindah pejabat ke lokasi utama

Dachser Asia Pacific
2019-04-12 14:50 386

SINGAPURA, 12 April 2019 /PRNewswire/ -- Dachser Singapore baru-baru ini berpindah ke premis Synergy yang terkenal di International Business Park (IBP) di Daerah Jurong. Pejabat baharu itu dirasmikan hari ini, 29 Mac 2019, semasa majlis perasmian yang meriah. Bersama pejabat lapangan terbang sedia ada dan kemudahan gudang syarikat, Dachser Singapore bersedia untuk memenuhi keperluan logistik syarikat-syarikat antarabangsa.

(Dari kiri ke kanan) Frank Stadus, Managing Director Air & Sea Logistics Singapore, Jochen Mueller, COO Air & Sea Logistics dan Edoardo Podesta, Managing Director Air & Sea Logistics semasa majlis perasmian pejabat Dachser Singapore baharu.
(Dari kiri ke kanan) Frank Stadus, Managing Director Air & Sea Logistics Singapore, Jochen Mueller, COO Air & Sea Logistics dan Edoardo Podesta, Managing Director Air & Sea Logistics semasa majlis perasmian pejabat Dachser Singapore baharu.

Kemudahan baharu ini berada di kedudukan strategik di Taman Perniagaan Antarabangsa di Jurong di bahagian barat negara bandar yang beraspirasi ini. Pejabat yang luas dan dilimpahi cahaya ini tidak hanya memberikan ruang kepada 46 pekerja Dachser Singapore. Ia juga merupakan pejabat bagi pasukan pengurusan akaun utama Dachser Asia Pacific.

Kawasan IBP terhubung dengan baik dengan bandar dan lapangan terbang dan pada masa yang sama berada berdekatan dengan Tuas Megaport. Pelabuhan kontena Singapura yang terbaharu ini adalah yang kedua terbesar di dunia dan telah direka khusus untuk kapal-kapal mega 22.000 TEU yang baharu. Dachser, yang telah menetapkan laluan gerbang lautnya untuk Asia Pasifik di Singapura, memanfaatkan infrastruktur dan lokasi strategik di rantau ini untuk menyediakan rantaian bekalan global.

Singapura merupakan pengeksport elektronik keempat terbesar di dunia dan oleh itu bukan sahaja menjadi tempat kepada ramai pengusaha teknologi dan teknologi tinggi tetapi juga pelbagai syarikat antarabangsa.

"Banyak persatuan perniagaan penting dan syarikat multinasional yang meletakkan kedudukan strategic mereka di IBP," jelas Frank Stadus, Managing Director Air & Sea Logistics Singapore. "Sebagai pengusaha logistik global yang berasal dari Jerman, syarikat kami kini sangat cemerlang. Lokasi baharu ini meningkatkan dialog peribadi dengan pelanggan kami dan memberikan sumbangan yang besar dalam menyediakan perkhidmatan terbaik mengikut pengertian Dachser," tambahnya.

Kecemerlangan perkhidmatan pelanggan ialah tunggak utama pendekatan pasaran Dachser. Meskipun strategi IT syarikat telah memberi tumpuan kepada pendigitalan proses logistik standard selama lebih daripada 30 tahun, penyedia perkhidmatan logistic ini berusaha bersungguh untuk perkhidmatan pelanggan peribadi dan individu.

"Di Dachser, kami menyedari bahawa logistik ialah perniagaaan dengan orang ramai," Stadus merujuk kepada strategi syarikatnya. "Saya dan pasukan saya sangat komited terhadap falsafah ini dan berharap untuk terlibat dalam dialog dengan rakan perniagaan kami. Ini ialah cara terbaik untuk menentukan penyelesaian yang optimum, yang terdiri daripada proses standard digital dan perkhidmatan individu yang mencerminkan kekompleksan pelanggan," tambah beliau.

Pejabat baharu ini menandakan satu lagi kejayaan penting untuk Dachser di Asia Tenggara.

"Kami berada di landasan yang dirancang dengan baik dalam pembangunan rangkaian berterusan di negara-negara ASEAN yang mempunyai kepentingan ekonomi," kata Christophe Vincent, Managing Director Thailand, Singapore, Malaysia and Vietnam. "Pejabat baharu kami dan pasukan bermotivasi merupakan tunggak penting dalam memacu pengembangan portfolio perkhidmatan kami untuk kepentingan para pelanggan, seperti LCL atau trak rentas sempadan," tambahnya.

Sambungan tetap LCL (kurang daripada beban kontena), dengan Singapura yang berfungsi sebagai gerbang kargo laut untuk rantau Asia Pasifik, membolehkan pengendalian kargo yang boleh dimanfaatkan bukan sahaja di Intra-Asia tetapi juga antara Eropah, Asia dan sebaliknya. Perkhidmatan trak rentas sempadan melengkapkan hubungan antara Singapura, Malaysia dan Thailand untuk memacu perdagangan antara ketiga-tiga negara.

"Keandalan merupakan perkara penting dalam persekitaran perniagaan hari ini," kata Stadus. "Di Dachser Singapore, kami mempunyai persediaan sempurna untuk menawarkan penyelesaian rantaian bekalan global yang mantap kepada pelanggan kami," simpul beliau.

Latar Belakang Dachser 

Hasil usaha kira-kira 30,600 pekerja di 399 lokasi di seluruh dunia, Dachser menjana pendapatan bersih disatukan kira-kira EUR 5.6 bilion pada tahun 2018. Pada tahun yang sama, penyedia logistik mengendalikan sejumlah 83.7 juta penghantaran dengan berat 41.3 juta tan metrik. Dachser kini diwakili di 44 negara.  

Di Asia, Dachser menggunakan lebih daripada 1,817 kakitangan di 49 pejabat di sebelas negara. Ibu Pejabat Serantau Asia Pasifik terletak di Hong Kong.

Untuk maklumat lanjut tentang Dachser, sila lawati www.dachser.hk

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190329/2418646-1

Source: Dachser Asia Pacific
Keywords: Air Freight Maritime/Shipbuilding Transportation Trucking and Road Transportation Corporate Expansion