omniture

ShaktiCoin Keluarkan Nota Peringatan kepada Orang Awam Perjelas Siapa Boleh Akses Shakti Coins

Swiss Shakti Stiftung
2019-04-13 00:05 450

Pendaftaran untuk melombong Shakti Coins akan dibuka satu persatu mengikut negara beberapa hari akan datang dan Shakti Coins tidak boleh dibeli

BERKELEY, California, 12 April 2019 /PRNewswire/ -- Swiss Shakti Foundation hari ini menerbitkan nota peringatan kepada orang awam yang mengumumkan bahawa tiada tawaran syiling awal (ICO) yang akan berlaku untuk Shakti Coins. Penerima awal tidak seharusnya terpedaya oleh mana-mana individu atau entiti yang dikatakan mempunyai akses kepada Shakti Coins untuk tujuan pembelian. Shakti Coins hanya boleh dilombong. Oleh itu, tiada syiling yang boleh dibeli daripada sesiapa.

Pendaftaran untuk melombong Shakti Coins akan dibuka satu persatu mengikut negara beberapa hari akan datang. Bilangan terhad lesen perlombongan kuasa akan disediakan kepada pelombong aktif berkadaran dengan populasi. Sebagai contoh, India, China dan A.S. akan mendapat bilangan pelombong kuasa yang sama berkadaran dengan populasi mereka dan disediakan atas dasar 'siapa cepat dia dapat'.

ShaktiCoin menggalakkan keterujaan berkisarkan Shakti Coins namun ingin menggalakkan semua orang untuk memberi perhatian terhadap butiran dan mengelakkan daripada membeli syiling palsu.

Ekosistem Shakti direkayasa untuk mempunyai nilai stabil USD 5.00. Oleh itu, tiada sebarang kemungkinan atau peluang untuk dalang penipuan sekuriti membeli dan menjual longgokan.

Pemilikan Perlombongan Teragih 

Shakti Network akan sentiasa dimiliki dan dikendalikan 100 peratus oleh orang awam. Mana-mana individu atau entiti boleh mengambil bahagian sebagai pengendali nod (pelombong) Shakti Network. Shakti Foundation memelihara mandat tunggal Satoshi untuk memberikan pemilikan dalam tangan pengendali nod. Perlombongan Shakti Coin diagihkan secara demokratik di seluruh dunia dan diperkukuh oleh operasi nod pada kadar satu lesen nod untuk individu biasa. Pejabat Berkeley, California bermandat untuk mencapai pematuhan pengawalseliaan dan memastikan peruntukan nod (pelombong) yang adil ke seluruh dunia.

Protokol PoE menggantikan protokol yang banyak menggunakan kuasa Bitcoin tanpa menjejaskan keselamatan. Sebagai contoh, komputer yang dikhususkan untuk melombong Shakti Coin dengan lesen T400 Power Mining mungkin menggunakan kira-kira kuasa yang sama dengan pelayan emel, namun berkemungkinan mampu menghasilkan pendapatan perlombongan yang diunjurkan sebanyak USD $10,000++ sebulan dengan nilai yang setara dalam SXE bagi tempoh 18 bulan.

Hanya www.shakticoin.com boleh mengedarkan lesen Perlombongan. Sila berhati-hati dengan jemputan daripada emel memancing data atau laman sesawang palsu dengan URL "seakan-akan betul" (cth: twtter.com). Hal sebegini menjadi telah menjadi suatu kebiasaan, maka kami menggesa pelombong-pelombong berpotensi untuk memberi perhatian kepada butiran.

Perlombongan Shakti Coin akan dihadkan, khususnya pada peringkat awal. Bilangan slot perlombongan yang tersedia akan bertambah dalam rangkaian tersebut. Pada masa kini, ekosistem Shakti hanya akan menerima sebilangan kecil pelombong Kuasa atas dasar 'siapa cepat dia dapat'.

Latar Belakang ShaktiCoin :

Projek Shakti ialah satu inisiatif akar umbi bertaraf antarabangsa yang wujud tanpa sebarang gabungan dengan industri, kerajaan, agama mahupun parti politik. Swiss Shakti Foundation ialah sebuah organisasi faedah awam yang berpangkalan di Zug, Switzerland yang bertanggungjawab untuk menyediakan pengawasan yang saksama kepada ekosistem Shakti.

Ketahui lebih lanjut di https://www.shakticoin.com.

- Gambar disediakan di AP Images (http://www.apimages.com) -

Call2Action:
Pelombong - membantu memperkenalkan wang pintar kepada khalayak!

Photo: https://mma.prnewswire.com/media/870859/Swiss_Shakti_Stiftung.jpg

 

Unlike other cryptocurrencies, Shakti Coin is not mined through computational achievement, but rather through human achievement in the advancement of education. We see this as the most direct way to help each person, and each community, achieve their true potential.
Unlike other cryptocurrencies, Shakti Coin is not mined through computational achievement, but rather through human achievement in the advancement of education. We see this as the most direct way to help each person, and each community, achieve their true potential.

HUBUNGAN MEDIA
Swiss Shakti Foundation
Hubungi: secretariat@shakticoin.com
Rigistrasse, 2 CH-6300
Zug, Switzerland
Tel: +41-41-266-07-67

 

 

Source: Swiss Shakti Stiftung
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Public Safety Blockchain Financial Technology