omniture
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring

Nobu Hospitality Bakal Lancar Di London West End

2019-04-16 01:03

Nobu Hotel London Portman Square Dibuka pada 2020

NEW YORK, 15 April 2019 /PRNewswire/ -- Nobu Hospitality, jenama gaya hidup berkedudukan kukuh di peringkat dunia yang ditubuhkan oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran hotel London West End miliknya.

 

Dijangka dibuka pada musim bunga 2020, Nobu Hotel bertempat di Portman Square W1, beberapa langkah dari restoran-restoran meriah Mayfair dan butik-butik bebas serta terletak di bahagian pinggir teater Soho yang terkenal di dunia, di tengah-tengah West End London. Sebanyak 239 bilik tamu dan suit, berserta restoran Nobu, dewan besar dan kemudahan mesyuarat diilhamkan oleh firma seni bina dan reka bentuk dalaman yang berpangkalan di London, David Collins Studio, bersama-sama Make Architects.

Nobu Hotel London Portman Square dimiliki oleh London + Regional Hotels dan merupakan kolaborasi ketiga mereka dengan Nobu Hospitality termasuk Nobu Hotel Ibiza Bay dan Nobu Restaurant Monte Carlo.

Trevor Horwell, Ketua Pegawai Eksekutif Nobu Hospitality berkata, "Kami benar-benar berbangga untuk mengumumkan pelancaran Nobu Hotel London Portman Square, bersama rakan-rakan kongsi dipercayai kami, London + Regional Hotels. Ini akan menjadi destinasi Nobu ketiga kami bersama London + Regional Hotels dan menyediakan satu lagi platform untuk mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan berkisarkan makanan dan hospitaliti. Tahun 2019 merupakan tahun menarik dengan pembukaan Nobu Hotel - dari Barcelona, Los Cabos ke Chicago."

Latar Belakang Nobu Hotels:
Dinamakan sebagai salah satu daripada 25 Jenama Paling Inovatif yang mewah oleh Robb Report, Nobu Hospitality tersenarai antara pilihan elit bagi jenama-jenama mewah global. Perkembangan semula jadi Nobu Hospitality terbina melalui perkhidmatan, imej dan reputasi, menawarkan spektrum lengkap pengurusan hotel restoran serta kediaman untuk projek-projek unik di seluruh dunia. Dimiliki oleh Nobu Matsuhisa, Robert De Niro dan Meir Teper, dengan operasi-operasi meliputi lima benua, jenama Nobu berkembang maju di ibu kota dunia sebagai pengalaman gaya hidup destinasi terunggul. Nobu Hotels dianugerahkan dengan pelbagai penghargaan termasuk Hotel Baharu Terhangat oleh CNN Travel, Hotel Bandar Kertas Hias Dinding Terbaik, Pembukaan Hotel Amerika Utara Terbaik oleh Luxury Travel Advisor dan Anugerah Kecemerlangan Luxury Travel Advisor. Nobu Hotel pertama dibuka pada tahun 2013 sebagai sebuah hotel butik dalam Caesars Palace Las Vegas, Nobu Hotel City of Dreams Manila dibuka pada tahun 2014, Nobu Hotel Miami Beach pada tahun 2016 Nobu Ryokan Malibu, Nobu Hotel London Shoreditch, Nobu Hotel Ibiza Bay dan Nobu Hotel Palo Alto dibuka pada tahun 2017, Nobu Hotel Marbella dibuka pada tahun 2018 manakala Nobu Hotel Los Cabos baru sahaja dibuka pada tahun 2019. Hotel-hotel Nobu sedang dibangunkan untuk Barcelona, Riyadh, Chicago, Toronto, São Paulo, Atlanta, Tel Aviv dan Warsaw. Nobu memberi tumpuan strategik untuk terus meluaskan portfolio hotel globalnya menerusi rancangan pembangunan yang mantap. www.nobuhospitality.com. Ikuti kami di Instagram @NobuHotels 

Untuk maklumat lanjut tentang Nobu Hotel London Portman Square, sila kunjungi www.london-portman.nobuhotels.com 

Video - https://mma.prnewswire.com/media/871371/Nobu_Hospitality_Video.mp4

 

Source: Nobu Hospitality
from common-pcom:html:key:en_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Featured Video

Related Keywords:

Hotels and Resorts

Travel

from common-pcom:html:key:en_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Advanced Search
Search
  
  1. Products & Services
  2. News Releases
  3. Knowledge Center
  4. Journalists & Media
  5. Multimedia Theater
  6. Contact Us