omniture

Rancakkan Arena Motosikal Singapura bersama Mereka Berjiwa Bebas Daripada ADV Yard

ADV YARD
2019-04-20 03:02 418

SINGAPURA, 20 April 2019 /PRNewswire/ -- ADV Yard Singapore, dipimpin oleh individu berjiwa bebas dalam bidang motosikal sejak tahun 2017, berharap dapat mewujudkan kehadiran yang kukuh dalam bidang motosikal di Singapura. Beroperasi melalui sebuah kumpulan yang unik namun selesa di Synergy@KB, ADV Yard menawarkan butik perkhidmatan diperibadikan – bermula dengan menambah aksesori kepada motosikal kepada khidmat servis dan jelajah – memasuki negara mahupun ke luar negara.

Fahmy Eskak - Co-Founder of ADV Yard Singapore while on his European Alps tour.
Fahmy Eskak - Co-Founder of ADV Yard Singapore while on his European Alps tour.

 

"Motosikal telah menjadi minat kami sejak kecil lagi dan kami ingin berkongsi kepakaran kami, tawaran dan mencipta nilai untuk peminat-peminat motosikal lain di Singapura. Kami tidak mahu sekadar menjadi sebuah lagi kedai motosikal, sebaliknya, kami beraspirasi untuk menjadi salah sebuah butik motosikal unik yang mana kami memastikan agar penunggang-penunggang berpeluang untuk mendekati kami bagi mendapatkan idea, nasihat malah memanfaatkan kumpulan kami untuk mengadakan sesi perkongsian dengan penunggang-penunggang lain. Di samping itu, di ADV Yard Singapore, setiap motosikal menerima rawatan dan perkhidmatan diperibadikan daripada mekanik khusus kami yang juga merupakan peminat motosikal," kata Fahmy Eskak, Pengasas Bersama, ADV Yard Singapore.

ADV Yard mempunyai pelbagai aksesori motosikal – memperoleh hak menjual terus daripada nama-nama bereputasi seperti Clearwater Lights dari AS, Booster Plug dari Denmark dan hak-hak menjual untuk jenama-jenama popular seperti Wunderlich, Touratech dan jenama-jenama lain dari seluruh dunia – yang sudah biasa dengan arena motosikal. Bukan itu sahaja, satu lagi perkhidmatan unik dan diperibadikan yang disediakan oleh ADV Yard adalah untuk menyumberluarkan komponen dan aksesori ke seluruh dunia.

Bagi menyenggara arena aktiviti-aktiviti dan trend-trend motosikal di wilayah ini, ADV Yard turut bekerjasama dengan ejen-ejen serta agensi-agensi jelajah motosikal di seluruh dunia bagi mempromosikan aktiviti tunggangan dan jelajah kembara.

"Menjalani aktiviti tunggangan kembara boleh menjadi sesuatu yang menakutkan dan menggentarkan. Atas sebab itulah kami berada di sini. Kami menyokong tunggangan yang selamat – mempersiapkan penunggang dan motosikal mereka sebelum mereka memulakan pengembaraan. Tunggangan dan jelajah kembara menjadi semakin popular dalam kalangan penunggang motosikal di Singapura. Kami ingin menukarkan peluang-peluang berkenaan kepada pengalaman yang tidak dapat dilupakan buat mereka." tambah Fahmy.

Baru-baru ini, ADV Yard memanfaatkan perikatan dengan Pemandu Pelancong dan Pengajar Bertauliah BMW Antarabangsa yang terkenal, Faizal Sukree, yang turut mengendalikan FS Adventures di Malaysia untuk Kembara Borneo selama 13 hari. Acara berkenaan turut menerima sokongan daripada pelbagai Pengedar BMW di Malaysia dan juga Brunei.

ADV Yard dibuka setiap hari dan ditutup lewat pada hari minggu dan cuti umum. Sila kunjungi facebook ADV Yard @ADVYard.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190418/2440299-1
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190418/2440299-1LOGO

Source: ADV YARD
Related Links:
Keywords: Auto Retail Travel Corporate Expansion New products/services