omniture

Kejayaan di Jepun: Infineon berkembang lebih pantas berbanding mana-mana pembekal utama semikonduktor automotif lain

Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
2019-04-24 08:00 485

MUNICH dan TOKYO, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- Pertumbuhan kukuh dalam pasaran yang penting secara strategik: Menurut kajian terkini daripada Strategy Analytics*, Infineon Technologies AG (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) meningkatkan perniagaan automotifnya di Jepun sebanyak hampir 25 peratus pada tahun 2018. Ia berkembang lebih pantas berbanding mana-mana daripada sepuluh pembekal semikonduktor automotif terbaik yang lain di negara ini. Jepun menyumbang kira-kira sebanyak 10 peratus daripada pengeluaran kereta global. Tunggak utama kejayaan Infineon ialah strategi kepimpinan berkualitinya. Jumaat lalu, pengeluar kereta Jepun yang terbesar, Toyota sekali lagi memberi penghormatan kepada Infineon untuk kejayaan lima tahun penyerahan tanpa kecacatan kepada kilang Hirose miliknya.

Tunggak utama kejayaan Infineon ialah strategi kepimpinan berkualitinya. Sekali lagi Toyota memberi penghormatan kepada Infineon atas lima tahun penyerahan tanpa kecacatan kepada kilang Hirose miliknya.
Tunggak utama kejayaan Infineon ialah strategi kepimpinan berkualitinya. Sekali lagi Toyota memberi penghormatan kepada Infineon atas lima tahun penyerahan tanpa kecacatan kepada kilang Hirose miliknya.

"Kehendak kualiti adalah tinggi khususnya dalam kalangan pengeluar kereta Jepun," kata Peter Schiefer, Presiden Bahagian Automotif di Infineon. "Penerimaan anugerah bagi separuh dekad penghantaran yang sempurna membuatkan kami berasa amat bangga. Komitmen kukuh kami terhadap kecacatan sifar merupakan salah satu faktor yang membuatkan kami terus berkembang lebih pantas dalam pasaran semikonduktor automotif di Jepun sejak tahun 2010." Data daripada Strategy Analytics menunjukkan bahawa Infineon telah meningkatkan bahagian pasaran masing-masing sebanyak lebih dua kali ganda sejak awal dekad ini.

Sekali setahun, kilang Hirose Toyota memberi penghormatan kepada pembekal-pembekal atas kualiti tinggi mereka. Infineon menyerahkan alat penghantar-terima CAN kepada kilang tersebut - alat yang membolehkan pelbagai unit kawalan elektronik di dalam kereta bertukar-tukar data. Buat kali kedua berturut-turut, Infineon telah menerima hadiah yang paling berprestij: Honor Quality Award, yang disampaikan hanya kepada pembekal-pembekal yang memegang rekod kualiti sempurna selama empat tahun berturut-turut.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Infineon turut menerima anugerah-anugerah daripada pengusaha-pengusaha global automotif yang lain seperti Hyundai-Kia, Bosch, UAES, Denso dan Mitsuba. Pada tahun fiskal 2018, Infineon menghantar lebih tujuh bilion komponen automotif ke seluruh dunia - walau hanya 0.00001 peratus daripadanya tidak menjadi bahan aduan pelanggan.

Maklumat lanjut disediakan di www.infineon.com  

Ikuti kami:
Twitter - Facebook - LinkedIn

*Strategy Analytics Ltd., "Automotive Semiconductor Vendor 2018 Market Shares", April 2019. Maklumat berkenaan bukan satu pengendorsan untuk Infineon Technologies AG. Sebarang kebergantungan kepada keputusan ini adalah atas risiko pihak ketiga itu sendiri. Kunjungi strategyanalytics.com untuk butiran lanjut.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190419/2441300-1

Source: Infineon Technologies Asia Pacific Pte Ltd
Keywords: Auto Banking/Financial Service Transportation