omniture

Spin Master Menang Kes Paten "Bakugan" di China

Spin Master Corp.
2019-04-24 19:24 233

TORONTO, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- Spin Master Corp. (TSX:TOY; www.spinmaster.com), sebuah syarikat hiburan kanak-kanak yang terkemuka di peringkat global, hari ini mengumumkan bahawa baru-baru ini ia menerima penghakiman muktamad yang memihak kepadanya dalam kes paten terhadap Suzhou HONGTU Film Animation Co., Ltd. ("Hongtu").  Spin Master berjaya dalam tuntutannya bahawa Hongtu melanggar hak paten Bakugan Spin Master menerusi barang mainan "Sky Warrior" derivatifnya.

Spin Master Corp.
Spin Master Corp.

Pada September 2017, Hongtu melancarkan barang mainan derivatif "Sky Warrior" di China, yang melanggar hak-hak paten Spin Master yang berkaitan dengan barang mainan Bakugan yang popular itu.

Pada bulan Mac 2018, Spin Master memfailkan tuntutan undang-undang dalam Mahkamah Perantaraan Rakyat Hangzhou terhadap Hongtu dan tiga defendan lain. Bagi tuntutan pertama, pihak Mahkamah memutuskan bahawa barang mainan "Sky Warrior" berada dalam skop paten Spin Master dan dengan demikian merupakan pelanggaran paten. Mahkamah memerintahkan defendan untuk menghentikan semua pengeluaran dan jualan barang mainan "Sky Warrior" dan mengganjari Spin Master sebanyak RMB 300,000 (kira-kira USD $44,100) sebagai pampasan. Hongtu membuat rayuan kepada Mahkamah Tinggi Rakyat Zhejiang pada April 2019. Kini, pihak Mahkamah mengeluarkan penghakiman akhir yang mengesahkan keputusan bagi tuntutan pertama.

Ben Gadbois, Presiden Global dan Ketua Pegawai Operasi Spin Master menyatakan: "Kami berharap pesaing-pesaing kami menghormati harta intelek Spin Master dan akan mengambil langkah tegas sekiranya kami dapati bahawa hak-hak kami telah dilanggar."

Chris Harrs, Penasihat Undang-undang Utama dan Setiausaha Korporat Spin Master menambah: "Menerusi rancangan Spin Master untuk mengedarkan siri TV Bakugan ke China dan menjual barang mainan berkaitan, kami berasa amat gembira kepada kesahan dan penguatkuasaan paten Bakugan telah diuji dan kami mengharapkan keputusan positif berkenaan akan dapat menjadikan usaha-usaha penguatkuasaan masa depan kami lebih mudah."

Latar Belakang Spin Master dan "Bakugan"

Pada tahun 2007, dengan kerjasama Sega Toys, TMS dan Nelvana, Spin Master menyiarkan rancangan TV Bakugan. Sebagai produk derivatif utama animasi ini, barang mainan Bakugan diterima secara meluas oleh kanak-kanak di seluruh dunia. Spin Master memfailkan pelbagai hak IP di seluruh dunia bagi melindungi Bakugan.

Sejak 10 tahun lalu, Spin Master berusaha bersungguh-sungguh untuk melindungi hak IP Bakugan dan telah memfailkan tuntutan undang-undang sivil di seluruh dunia terhadap banyak pesaing yang mencuba untuk melanggar IP Bakugan. Setakat ini, Spin Master telah mencapai kejayaan yang bermakna. Hak-hak paten Bakugan juga telah dapat bertahan daripada percubaan oleh pesaing-pesaing untuk mentaksahkan hak-haknya daripada Lembaga Pemeriksaan Semula Paten China. Akhirnya, pihak Lembaga menolak semua percubaan pentaksahan berkenaan dan mengesahkan keutuhan paten Bakugan.

Pada tahun 2019, Spin Master melancarkan semula rancangan TV dan barang mainan Bakugan di seluruh dunia.

Latar Belakang Spin Master
Spin Master (TSX:TOY; www.spinmaster.com) ialah sebuah syarikat hiburan kanak-kanak yang terkemuka di dunia yang mencipta, mereka bentuk, mengeluarkan, melesenkan dan memasarkan portfolio yang pelbagai, terdiri daripada barang mainan, permainan, produk dan barangan hiburan yang inovatif. Spin Master amat dikenali menerusi jenama-jenama yang memenangi anugerah termasuk Zoomer®, Bakugan®, Erector® by Meccano®, Hatchimals®, Air Hogs® dan PAW Patrol®. Sejak tahun 2000, Spin Master menerima 103 pencalonan Barang Mainan Terbaik Tahunan (TOTY) TIA dengan 30 kemenangan menerusi pelbagai kategori produk, termasuk 13 pencalonan TOTY untuk Barang Mainan Inovatif Terbaik Tahunan. Setakat ini, Spin Master telah menerbitkan sembilan siri televisyen, termasuk pelancaran semula Bakugan: Battle Planet dan siri terkenal masa kini, PAW Patrol yang ditayangkan di lebih 160 negara dan wilayah seluruh dunia. Spin Master menggaji lebih 1,800 kakitangan di seluruh dunia termasuk Kanada, Amerika Syarikat, Mexico, Perancis, Itali, United Kingdom, Rusia, Slovakia, Poland, Jerman, Sweden, Belanda, China, Hong Kong, Jepun, Vietnam dan Australia. 

Untuk maklumat lanjut: Perhubungan Media: Tammy Smitham, Naib Presiden Komunikasi, 416-364-6002, mediarelations@spinmaster.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/875533/Spin_Master_Corp__Spin_Master_Wins__Bakugan__Patent_Case_in_Chin.jpg

Source: Spin Master Corp.
Keywords: