omniture

Trend Penerbitan Iklan Tahunan APR Tonjol Keperluan Mempunyai Strategi Penerbitan Kandungan

APR
2019-04-25 00:26 208

Penghasilan Kandungan yang Banyak dan Berterusan Akan Memerlukan Pendekatan Keusahawanan untuk Pemasar

DENVER, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Advertising Production Resources [APR] telah menerbitkan trend-trend penerbitan pengiklanan tahunan ke-18. Trend-trend ini merupakan penggabungan antara pemahaman dan pemerhatian APR dari seluruh dunia menerusi pengurusan mereka melibatkan lebih $1 bilion perbelanjaan pengeluaran pemasaran tahunan oleh jenama-jenama global. Trend-trend tersebut mendedahkan apa yang ditemui oleh APR hasil daripada jalinan kerjasama dengan lebih 60 syarikat merentas banyak industri berbeza dan membantu memberi pemahaman tentang cara untuk menghasilkan kandungan dengan cekap dan berkesan dalam landskap pemasaran moden hari ini.

Trend utama ini merupakan keperluan segera untuk huluan perancangan aset yang akan mencapai titik kritikal tahun ini memandangkan jumlah kandungan yang belum pernah dilihat sebelum ini akan dicipta oleh jenama-jenama. Menilai seluruh ekosistem penerbitan kreatif dan penentuan kandungan yang dihasilkan paling baik oleh setiap penyedia (agensi luar, agensi dalaman, syarikat penerbitan berkualiti tinggi, enjin kandungan berjumlah tinggi dan sebagainya); merundingkan hak penggunaan merentas medium dan/atau geografi; membangunkan strategi penerbitan kandungan yang lebih pintar dan lebih cekap untuk kerja berjumlah tinggi, seperti e-dagang, media sosial, pempengaruh dan sebagainya. Beberapa hasil kritikal daripada perancangan aset berkenaan termasuk ROI dipertingkat, menghubungkan titik penghubung antara kreatif, penerbitan dan media dengan lebih baik, serta keyakinan pemasar yang lebih tinggi dalam keputusan penerbitan kandungan mereka.

"Kami mempunyai peluang kolektif untuk membina, meneroka dan mempersoalkan segala-galanya agar kami dapat merevolusikan industri pengiklanan untuk kebaikan semua," kata Jillian Gibbs, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif APR. "Ayuh kita beri ruang kepada diri kita [pemasar] untuk gagal dengan pantas, belajar dan berkembang."

Dapatan dan analisis penuh tentang apa yang boleh diharapkan pada tahun 2019 dan seterusnya diterbitkan secara eksklusif pada webinar yang disediakan kepada ahli-ahli profesional industri di APRTrends.com.

Latar Belakang APR
Sebuah perniagaan bertaraf global, beribu pejabat di Denver, Colorado, Advertising Production Resources (APR) ialah perunding pengoptimuman penerbitan kreatif yang membantu pemasar menentukan cara bagi menakrifkan ekosistem penerbitan kreatif yang moden. APR mempunyai 200 pakar di 28 negara, yang bekerjasama dengan jenama, agensi dan pembekal global merentas semua platform kandungan termasuk iklan TV, video dalam talian, kandungan sosial, laman sesawang, iklan sepanduk, aplikasi, kandungan mudah alih, cetakan dan fotografi, pengalaman dan acara. APR ialah sebuah syarikat persendirian milik wanita yang terdiri daripada 62% wanita dalam tenaga kerjanya dan diperakui sepenuhnya oleh Majlis Kebangsaan Perusahaan Perniagaan Wanita (WBENC) serta WEConnect International. APR ialah ahli fakulti Persatuan Pengiklan-pengiklan Kebangsaan (ANA) untuk subjek penerbitan iklan dan rakan kongsi strategik rasmi bagi Persekutuan Pengiklan-pengiklan Dunia (WFA). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi http://www.aprco.com/

Source: APR
Related Links:
Keywords: Advertising Survey, Polls & Research