omniture

Forum Ekonomi Astana XII di Kazakhstan Tumpu untuk 'Inspirasikan Pertumbuhan: Penduduk, Bandar, Ekonomi'

Astana Economic Forum
2019-04-25 06:57 340

Sepanjang dua hari, 16 hingga 17 Mei 2019, ibu negara Republik Kazakhstan - Nur-Sultan, akan menyaksikan individu berwawasan global dan pakar antarabangsa terkemuka berhimpun untuk membincangkan isu-isu paling penting yang dihadapi oleh ekonomi dunia dan merumuskan penyelesaian 

NUR-SULTAN, Kazakhstan, 24 April 2019 /PRNewswire/ -- Agenda Forum Ekonomi Astana (AEF) XII melibatkan perbincangan tentang masalah-masalah utama, pembangunan industri-industri dan teknologi-teknologi baharu serta cabaran-cabaran global yang dihadapi oleh Kazakhstan dan negara-negara lain.

Tema utama forum berkenaan ialah "Inspirasikan Pertumbuhan: Penduduk, Bandar, Ekonomi". Peserta-peserta akan membincangkan tentang cara-cara baharu ke arah pertumbuhan yang mampan, pembangunan modal insan dan pembinaan keupayaan di bandar-bandar sebagai pusat-pusat pengetahuan dan inovasi antarabangsa. Acara-acara AEF biasanya berlangsung dalam format sesi-sesi panel, perbincangan meja bulat, persidangan dan dialog perniagaan. Sejumlah 50 sesi dirancang di forum berkenaan.

Paling penting daripada acara-acara tersebut ialah perbincangan meja bulat ketiga tentang pelaburan global (Meja Bulat Pelaburan Global Kazakhstan) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Kazakhstan, Askar Mamin; persidangan antarabangsa bagi memperingati ulang tahun ke-100 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk mengkaji dan membincangkan tentang laporan daripada suruhanjaya global berhubung masa depan tenaga buruh; mesyuarat interim tentang persediaan persidangan menteri ke-12 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2020; forum Kazakhstan pertama tentang matlamat-matlamat pembangunan mampan di bawah naungan PBB; sesi strategik yang melibatkan golongan elit intelektual dunia dan kerajaan Kazakhstan di bawah naungan Sekretariat Antarabangsa G-Global; perbincangan meja bulat antara menteri-menteri kewangan dan ketua-ketua bank pusat bagi negara-negara Caucasus dan rantau Asia Tengah, negara-negara anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia, dan Mongolia.

Forum Ekonomi Astana (AEF) 2019, yang akan diadakan di Pusat Kongres EXPO dan Hilton Astana, bakal menyaksikan penyertaan daripada 3,000 orang. Separuh daripada mereka merupakan delegasi dari 100 negara. Antara tetamu-tetamu antarabangsa yang telah mengesahkan penyertaan ialah Paul Romer, Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pada tahun 2018 dan Ketua Ekonomi di World Bank (2016-18); Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa; Stanley Fisher, Timbalan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (2014-17); Rae Kwon Chung, pemenang hadiah Nobel keamanan 2007 dan profesor kehormat di Incheon State University, Korea Selatan; Risto Siilasmaa, Pengerusi Lembaga Pengarah Nokia dan pengasas F-Secure Corporation; German Gref, Presiden dan Pengerusi Lembaga Sberbank Rusia; Armida Alisjahbana, Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).

Penyertaan daripada ahli-ahli politik dan pakar-pakar terkemuka berkenaan dalam edisi AEF tahun ini bukan sahaja menjadi penunjuk kepada minat yang semakin meningkat terhadap acara itu sendiri, tetapi juga kesediaan untuk mengadakan dialog terbuka dan juga kerjasama bersama. Kira-kira 200 orang penceramah akan berucap di forum tersebut sepanjang dua hari berkenaan.

Pendaftaran untuk peserta-peserta serta akreditasi untuk wakil-wakil media dibuka di laman sesawang forum tersebut: http://astanaeconomicforum.org

 

 

Source: Astana Economic Forum
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Construction/Building Education Environmental Products & Services Green Technology Transportation Economic news, trends, analysis Trade show news Future Events