omniture

Eff Creative Menang Anugerah Pertama Di Rantau Asia-Pasifik Atas Kehadiran Di Singapura Hanya Setahun Selepas Pembukaan

Eff Creative Pte., Ltd.
2019-04-25 21:23 248

Eff Creative Pte. Ltd. Menang Beberapa Anugerah Stevie® Menerusi Anugerah Stevie Asia-Pasifik 2019

SINGAPURA, 25 April, 2019 /PRNewswire/ -- EFF Creative Pte., Ltd. dinamakan sebagai pemenang bagi Anugerah Perak dan Gangsa Stevie® untuk kategori-kategori Pengurusan Inovatif dan Inovasi dalam Laman Sesawang Korporat menerusi Anugerah Stevie Asia-Pasifik tahunan kali keenam.

Sejak tahun 2014, Eff Creative Group, LLC telah diiktiraf sebanyak dua kali sebagai salah sebuah syarikat yang paling pantas berkembang di Amerika menurut senarai Inc 5000 Inc Magazine. Menerusi pertumbuhan pesat dan pelanggan yang meliputi benua dan vertikal, pada tahun 2018, Eff Creative berkembang ke rantau APAC menerusi pelancaran sebuah syarikat saudara, Eff Creative Pte., Ltd, Singapura.

Meskipun laman sesawang Eff Creative baharu yang memenangi anugerah itu hanyalah sebagai jendela dalam talian untuk melihat budaya dan penetapan minda syarikat, magnitud sebenar Eff Creative berpunca daripada tahap kepimpinan.

"Membina sebuah perniagaan yang berjaya di tempat yang jauh dari tempat asal bukanlah untuk si pengecut," kata Doron J. Fetman, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Eff Creative Group LLC, Eff Creative Pte., Ltd. dan mantan Eksekutif Terbaik Tahun 2018. "Saya berbangga dengan kejayaan peluasan oleh Eff ke rantau APAC serta projek-projek menarik yang kini kami usahakan di India, Indonesia, Korea Selatan, Singapura dan Hong Kong. Saya tidak sabar-sabar menantikan pelancaran projek-projek tahun ini ketika kami membantu pelanggan baharu membawakan produk digital dan pengguna ke dalam pasaran-pasaran seluruh dunia. Saya juga berbangga kerana dapat menjadi peserta dalam Anugerah Stevie yang berprestij sebagai hakim, bekas pengerusi dan pemenang daripada American Business Awards, International Business Awards dan kini Asia-Pacific Business Awards."

Latar Belakang Eff Creative Pte., Ltd.
Eff Creative Pte., Ltd. ialah sebuah syarikat saudara Eff Creative Group, LLC. Eff Creative Group ialah syarikat yang dua kali memenangi anugerah Inc. 500 dan Entreprenuer360 yang beribu pejabat di Times Square, New York. Dengan pasukan penginovasi kreatif yang berpengalaman, Eff mereka bentuk, membangunkan dan memasarkan secara strategik kempen-kempen pelancaran produk-produk digital dan pengguna rintis untuk perniagaan menerusi penyelesaian pasaran yang dipesan terlebih dahulu. Dengan pejabat-pejabat yang terletak di NYC, Singapura dan Hong Kong, Eff ialah sebuah agensi kreatif butik yang bersepadu secara vertikal dan terkenal di seluruh dunia, berpengalaman dalam pelbagai industri dan tekal mencipta semula dunia reka bentuk, media dan teknologi.

Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi: www.EffCreative.com/Asia

Perhubungan media:
Danielle Noy
Danielle@EffCreative.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/710458/Eff_Creative_Group_Logo.jpg

Source: Eff Creative Pte., Ltd.
Keywords: Advertising Awards