omniture

Great Wall Motor Perkenal Tiga Model dalam Rangkaian Pikap Siri P Baharu

Great Wall Motors
2019-04-25 23:00 393

Rangkaian Pilihan Termasuk Trak Pikap Penumpang Tugas Berat, Trak Pikal Luar Jalan Raya dan Trak Pikap Komersial

Pelancaran Menandakan Penembusan Rasmi Great Wall Motor ke dalam Pasaran Trak Pikap Antarabangsa

SHANGHAI, 25 April 2019 /PRNewswire/ -- Great Wall Motor Company Limited (Great Wall Motor), pengeluar SUV dan kenderaan pikap yang terbesar di China, melancarkan tiga trak pikap baharu sebagai sebahagian daripada siri P baharu mereka di Auto Shanghai 2019.

Alami Hebahan Berita Berbilang Saluran yang interaktif di sini: https://www.prnasia.com/mnr/gwm_20190424.shtml

The release of the P series marks the entry of GWM into the international pickup truck market.
The release of the P series marks the entry of GWM into the international pickup truck market.

Pengenalan kepada siri P Great Wall Motor menandakan penembusan rasmi pembuat auto tersebut ke dalam pasaran trak pikap antarabangsa. Dibina menggunakan platform P71 baharu, siri P merupakan keluaran sulung dalam strategi pikap "5+N" tiga tahun oleh Great Wall Motor.

Reka bentuk keseluruhan bagi pikap penumpang siri P sarat dengan kuasa. Model ini dilengkapi dengan kotak gear ZF 8AT dan gantungan belakang berbilang pautan dan dilengkapi dengan pengawal luncur adaptif ACC, kemudahan meletakkan kenderaan automatik, pemanasan roda stereng, kawalan jauh dan kawalan suara. Pelbagai konfigurasi telah dioptimumkan untuk mencipta kenderaan keluarga versatil yang menggabungkan ciri keselesaan, luar jalan raya dan kebolehmuatan.  

Pikap luar-jalan raya siri P direka agar berani dan mantap. Model ini didatangkan standard dengan tiga kunci pembeza di depan dan belakang, hos harung, winc, tangki pusing-U dan banyak lagi konfigurasi luar-jalan raya profesional yang lain termasuk kedalaman mengharung 900 mm. Penampilan sulung ini menjadi salah satu model paling hangat dalam pameran auto tahun ini.

Satu lagi model yang dipamerkan di acara tahun ini ialah kenderaan pikap komersial elektrik siri P yang dilengkapi dengan jarak jelajah sehingga 500 km, membolehkan pengecasan cekap selama 2 jam.

Siri P Great Wall Motor akan bersaing dengan trak-trak pikap mantap yang dikeluarkan oleh Toyota dan Ford serta merupakan sebahagian daripada cita-cita pembuat kereta ini untuk menjadi peneraju dalam segmen pikap.

Latar Belakang Great Wall Motor 

Ditubuhkan pada tahun 1984, Great Wall Motor Company Limited (Great Wall Motor) ialah pengeluar SUV dan kenderaan pikap yang terbesar di China. Diberi kedudukan antara 10 syarikat swasta tersenarai teratas China dan Asia Fabulous 50 Forbes, pada masa kini Great Wall Motor memiliki 30 subsidiari pemegangan, empat tapak pengeluaran dan menggaji lebih 60,000 kakitangan. Dengan empat jenama dalam portfolio mereka - Great Wall, Haval, WEY dan Ora – serta tumpuan yang dipertingkat terhadap pasaran-pasaran luar negara, Great Wall Motor menyasarkan untuk menyediakan kenderaan SUV dan pikap yang berkualiti tinggi kepada pelanggan seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut tentang Great Wall Motor, sila kunjungi http://www.gwm-global.com.

The P series passenger pickup combines luxury with convenience for the ultimate off-road experience.
The P series passenger pickup combines luxury with convenience for the ultimate off-road experience.

Gambar - https://www.multivu.com/players/English/8533351-great-wall-motor-p-series-pickup-range/image/PSeriesBrown_1555966456870-HR.jpg
Gambar - https://www.multivu.com/players/English/8533351-great-wall-motor-p-series-pickup-range/image/passengerpickup_1555966539798-HR.jpg

Source: Great Wall Motors
Keywords: Auto Transportation Broadcast feed announcements New products/services Trade show news