omniture

Shanghai Electric Tandatangani MOU dengan ACWA Power Saudi Bersama-sama Bangunkan Projek-projek Solar Global

Shanghai Electric
2019-04-28 12:31 526
  • MOU menandakan peluasan dalam operasi Shanghai Electric di negara-negara Inisiatif Jalur dan Jalan.
  • Tonjolkan langkah seterusnya ke arah matlamat ACWA Power untuk menjana kapasiti kuasa elektrik sebanyak 150GW daripada Power menjelang tahun 2030.

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 28 April 2019 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric Group Co., Ltd. ("Shanghai Electric" atau "Kumpulan"), konglomerat penjanaan kuasa dan pengilangan peralatan elektrik multinasional yang terkemuka, telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) untuk berkolaborasi dengan ACWA Power Arab Saudi untuk projek-projek tenaga bersih global, untuk meneruskan peluasan kumpulan ini dalam negara-negara inisiatif Jalur dan Jalan (negara-negara inisiatif).

Dua penyedia tenaga bersih ini menandatangani perjanjian perkongsian strategik semasa kunjungan oleh Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Shanghai Electric Zheng Jianhua ke Arab Saudi pada 16 April lalu. Skop kerjasama ini meliputi pelbagai projek tenaga, termasuk pembinaan turbin gas, pembangunan penyahgaraman, penjanaan kuasa kitaran terma, fotovolta, terma solar, angin dan tergabung.

Jianhua Zheng (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Shanghai Electric dan Muhammed A.Abunayyan (kanan), Pengerusi ACWA Power
Jianhua Zheng (kiri), Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengerusi Shanghai Electric dan Muhammed A.Abunayyan (kanan), Pengerusi ACWA Power

Sebagai sebahagian daripada pelan reformasi "Wawasan 2030", kerajaan Saudi menyasarkan untuk meluaskan penjanaan tenaga boleh diperbaharui untuk mewakili 30% daripada bekalan tenaga negara menjelang tahun 2030. Shanghai Electric bekerjasama dengan ACWA Power untuk membina kemudahan-kemudahan solar sejak April 2018 sebagai sumbangan ke arah sasaran ini.

"Perkongsian yang saling menguntungkan ini akan membolehkan kami bekerjasama dengan lebih erat bersama ACWA Power untuk membangunkan projek-projek tenaga bersih di seluruh dunia dan untuk membina jenama kami di peringkat antarabangsa tatkala kami terus meluaskan operasi sepanjang negara-negara inisiatif," kata Zhang, menambah bahawa Kumpulan ini merancang untuk melabur lebih banyak di rantau tersebut sepanjang beberapa tahun akan datang.

Shanghai Electric telah melaksanakan usaha-usaha untuk berkembang ke luar negara. Pada tahun 2018, pendapatan perniagaan luar negara Kumpulan melangkaui RMB 11.2 bilion (sekitar US$1.67 bilion). Kira-kira 11% daripada pertumbuhan ini adalah hasil daripada pendapatan perusahaan pelaburan global, pendapatan kejuruteraan antarabangsa dan pendapatan perniagaan eksport.

Bagi menyokong peluasan jenama, Shanghai Electric mengikuti kaedah-kaedah untuk pembangunan global. Kaedah pertama telah menyaksikan syarikat menubuhkan perusahaan baharu dalam sembilan negara Jalur dan Jalan, termasuk Vietnam, India, Arab Saudi, Iraq dan Malaysia. Fasa pembangunan serentak kedua menyaksikan jenama ini meluaskan jejak projeknya dalam negara-negara inisiatif. Kejayaan terkini melibatkan projek penyepaduan kuasa elektrik arang batu dalam Pakistan Thar; projek kuasa solar-terma di Dubai; projek-projek kuasa di Pakistan Qasim dan Sahiwal; serta pembinaan projek-projek turbin gas Panama dan Serbia.

Latar Belakang Shanghai Electric Group Co., Ltd.

Shanghai Electric Group Co., Ltd. (Shanghai Electric), disenaraikan di Shanghai dan Hong Kong, ialah sebuah perusahaan pengilangan peralatan bersepadu yang besar, mengkhusus dalam peralatan tenaga, peralatan perindustrian dan perkhidmatan penyepaduan. Sejak tahun 1990-an, pendapatan jualan Shanghai Electric telah tersenarai sebagai 3 pengeluar peralatan Cina terbaik. Pada tahun 2017, Shanghai Electric dipilih sebagai salah satu daripada 500 Syarikat Pengilangan Global Terbaik, memasuki senarai Fortune China Top 500 pada tahun yang sama. Kumpulan ini tersenarai antara 100 terbaik bagi 250 Kontraktor Antarabangsa Terbaik 2018 ENR dan mempunyai nilai jenama 70.6 bilion yuan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190425/2446566-1

Source: Shanghai Electric
Keywords: Alternative Energies Electrical Utilities Environmental Products & Services Green Technology Utilities Water Utilities Contracts