omniture

Lightweight Asia 2019 Sambut Era Ringan

Reed Exhibitions (China)
2019-05-07 18:59 384

SHANGHAI, 7 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Lantaran gabungan tekanan untuk menyediakan perlindungan terhadap alam sekitar dan kecekapan tenaga, industri automotif berusaha untuk melakar kejayaan cemerlang yang utama dalam pengurangan berat dan emisi rendah. Ini merupakan tema utama untuk Lightweight Asia 2019 yang berlangsung mulai 10-12 Julai di Shanghai yang akan menyediakan platform untuk syarikat-syarikat dari seluruh dunia bagi mempamerkan produk dan kajian terkini mereka untuk pembuatan ringan generasi seterusnya.

Lightweight Asia, yang diadakan oleh Reed Exhibitions, berlangsung bersama-sama acara Aluminium China ke-15 dan kedua-dua acara ini dijangka dapat menarik lebih 25,000 pengunjung. Tahun ini, acara ini telah berkembang untuk memaparkan bahan-bahan, teknologi dan komponen ringan untuk kereta penumpang dan kenderaan komersial, berserta peralatan pemprosesan dan juga penyelesaian pembuatan ringan yang lain.

Pasaran untuk kenderaan ringan terus dipacu oleh direktif dan rangka masa dasar baru-baru ini termasuk lanjutan rebat cukai pembelian untuk EV (Kenderaan Elektrik) dan dasar sokongan untuk HFCV (Kenderaan Sel Bahan Api Hidrogen) bagi mempercepatkan pembangunan dan juga jualan selanjutnya. Menerusi kemajuan pesat EV, industri auto menuntut lebih lagi daripada teknologi ringan demi kawalan kos yang lebih besar, peningkatan prestasi dan juga kecekapan tenaga.

Susulan kejayaan Arena Pameran Pencapaian Ringan tahun lalu, yang menghimpunkan lebih 100 syarikat terkemuka, acara tahun 2019 akan memaparkan lebih banyak teknologi ringan yang berteknologi tinggi daripada syarikat-syarikat seperti Novelis, Chalco, Nanshan Aluminum, Nanjing Yunhai, PTG Holroyd Powerstir, Aerospace Engineering, Arnold, Weibo Automation, PennEngineering Automotive Fasteners dan AVIC Composite.

Logam dan banyak lagi

Bahan-bahan automotif ringan berkembang pesat hasil daripada inovasi yang berkembang maju. Di samping aluminium dan magnesium, Lightweight Asia akan mempamerkan pelbagai jenis bahan bukan logam seperti komposit baharu. "Demi menyediakan platform yang hebat untuk industri auto, acara tahun ini akan menyediakan forum antarabangsa berkisarkan EV dan inovasi bahan-bahan komposit," kata Chris Zang daripada Reed Exhibitions. "Perbincangan akan dibuat berhubung teknologi ringan termasuk jenis bahan-bahan kompositi berprestasi tinggi yang baharu serta proses-proses yang membuahkan hasil, yang akan memberi impak utama terhadap pengilangan EV. Maklumat menyeluruh tentang trend dasar industri EV serta landskap pasaran akan turut dikongsi oleh pakar-pakar industri."

Pengunjung-pengunjung kini boleh membuat prapendaftaran secara dalam talian melalui laman sesawang rasmi https://www.lightweightasia.com/en/ atau dengan menggunakan akaun WeChat LWA.

Perhubungan media:
Julia Zhu
Tel: +86 010 5933 9054
Emel: julia.zhu@reedexpo.com.cn

Source: Reed Exhibitions (China)
Keywords: Auto Mining/Metals Transportation Trade show news Future Events