omniture

Vivo Perkasa Pemain di Liga SEA PUBG MOBILE Club Open 2019

Vivo
2019-05-13 10:05 509

24 pasukan dari 5 wilayah SEA gunakan telefon pintar perlawanan rasmi daripada Vivo bersaing untuk meraih kemenangan bagi Kejohanan SEA bermula 8 Mei

SHENZHEN, China, 13 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Diperkasa oleh jenama telefon pintar terkemuka Vivo, pasukan-pasukan terbaik PUBG MOBILE Asia Tenggara, termasuk RRQ Athena dari Thailand (juara global Cabaran Bintang PUBG MOBILE 2018) memulakan pertempuran mereka dalam Liga SEA PUBG MOBILE Club Open 2019 (Liga SEA PMCO 2019) bermula pada 8 Mei 2019. Telefon pintar rasmi Vivo akan menjadi senjata rahsia untuk pemain-pemain apabila mereka bertempur bukan sahaja untuk mendapatkan Chicken Dinner idaman, tetapi juga sebahagian daripada hadiah terkumpul sebanyak $2.5 juta USD dalam Liga SEA PMCO 2019 sulung.

Pentas pertandingan Liga SEA PMCO 2019
Pentas pertandingan Liga SEA PMCO 2019

Perkongsian global ini mengukuhkan komitmen Vivo untuk membawakan pengalaman permainan unggul kepada peminat-peminat, tetapi juga untuk merealisasikan cita-cita bagi menakrifkan semula daya kreativiti dan membentuk masa depan industri eSukan. Bermula dengan perlawanan-perlawanan individu Liga SEA PMCO 2019, Vivo telah mendepani usaha dalam meningkatkan pertumbuhan esukan di wilayah berkenaan dengan menyediakan produk-produk permainan yang amat kompetitif.

Perkongsian dengan PUBG MOBILE merupakan pencapaian penting memandangkan ia merupakan permainan mudah alih terkemuka yang dibangunkan oleh Tencent Games dan PUBG Corporation yang mempunyai lebih 200 juta peminat setiap muat turun tidak termasuk China, Korea dan Jepun. Vivo akan memperkasa pemain-pemain terbaik di wilayah ini dalam penaklukan mereka untuk kemenangan. Ia merupakan perkongsian bermakna untuk jenama ini, terutamanya memandangkan banyak peminat Vivo juga terdiri daripada kalangan pemain.

Vivo akan menyediakan telefon pintar rasmi untuk Liga SEA PMCO 2019 dan ini akan memastikan prestasi permainan yang unggul. Sebagai contoh, V15Pro didatangkan dengan Enjin Berbilang-Turbo yang memberikan prestasi optimum biarpun semasa bermain permainan mudah alih yang paling sengit. Ia menggabungkan beberapa turbo iaitu Center Turbo, Net Turbo, Cooling Turbo, AI Turbo dan Game Turbo bagi memastikan pengalaman pengguna yang berjalan lancar. Paling menarik, Paparan Ultra FullView™ V15Pro menyediakan pemain dengan paparan imersif tanpa gangguan semasa menewaskan musuh-musuh mereka.

Terdapat beberapa wajah yang dikenali antara pasukan-pasukan yang layak ke Liga SEA PMCO 2019. Sebagai contoh, RRQ Athena dari Thailand telah mendapat sokongan padu dan kita akan melihat sejauh mana mereka beraksi.

Liga SEA PMCO 2019 melibatkan 5 hari pertandingan sepanjang tempoh 5 minggu. Terdapat 20 pasukan daripada Pusingan Akhir Kebangsaan berserta 4 pasukan 'wildcard' yang dibahagikan kepada 3 kumpulan melalui acara cabutan (8 pasukan dalam satu kumpulan). Dalam fasa Liga SEA PMCO 2019, 4 pasukan berkedudukan teratas dari wilayah-wilayah berbeza akan melayakkan diri untuk mara ke Peringkat Akhir Liga SEA PMCO 2019. Tidak termasuk 4 pasukan Nombor 1 serantau, 12 pasukan terbaik bagi Liga SEA PMCO 2019 akan mara ke Peringkat Akhir Liga SEA PMCO 2019.

PMCO 2019 akan berakhir pada Julai ini, dengan 16 pasukan terbaik akan bersaing dalam Pusingan Akhir Global Musim Bunga Terpisah di Berlin, Jerman. Satu lagi Musim Luruh Terpisah dirancang pada lewat tahun ini.

PMCO 2019 Musim Bunga Terpisah bermula pada bulan Mac, dengan lebih 30,000 pasukan dari seluruh dunia mengambil bahagian dalam pusingan kelayakan dalam-permainan rasmi untuk berpeluang mendapat tempat dalam Peringkat Kumpulan Musim Bunga Terpisah di wilayah masing-masing.

Maklumat lanjut tentang PMCO 2019 boleh didapati di sini.

Latar Belakang Vivo

Vivo ialah sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka, komited untuk mencipta produk dan perkhidmatan mudah alih pintar penetap trend. Vivo berdedikasi untuk mewujudkan ekosistem internet mudah alih yang meriah dan kini memiliki dan mengendalikan rangkaian luas operasi penyelidikan, menerusi pusat-pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di AS (San Diego) dan China (Dongguan, Shenzhen, Nanjing, Beijing dan Hangzhou). Pusat-pusat ini menumpu pada pembangunan teknologi pengguna termaju termasuk 5G, AI, fotografi mudah alih dan reka bentuk telefon pintar generasi akan datang.

Vivo mempunyai lebih dua ratus juga pengguna yang menikmati produk dan perkhidmatan mudah alihnya di seluruh dunia. Vivo berada dalam 18 pasaran seluruh dunia dan mempunyai kedai-kedai jualan luar talian di lebih 1,000 bandar serata dunia.

Latar Belakang PUBG MOBILE

PUBG MOBILE dibangunkan oleh Tencent Games serta PUBG Corporation dan berdasarkan PLAYERUNKNOWN'S BATTLEGROUNDS, fenomena permainan PC dan Xbox One asal yang amat popular dalam dunia hiburan interaktif pada tahun 2017. Seramai 100 pemain terbang dengan payung terjun ke pulau terpencil untuk bertarung dalam pertembungan bagi menentukan pemenang keseluruhan. Pemain-pemain perlu mencari dan mengumpul senjata, kenderaan dan bekalan mereka sendiri serta menewaskan setiap pemain dalam medan pertempuran yang beraneka visual dan taktikal yang memaksa pemain memasuki zon bermain yang mengecil.

PUBG MOBILE sedia dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi akaun PUBG MOBILE rasmi di Facebook, Twitter dan YouTube.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190509/2461632-1 
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20190220/2380477-1LOGO

Source: Vivo
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Consumer Electronics Entertainment Telecommunications Telecommunications Equipment