omniture

Peneraju AI pengimejan otak icometrix kumpul $18 juta dalam pembiayaan baharu

icometrix
2019-05-14 19:02 243

Teknologi syarikat akan mengubah penjagaan untuk pesakit yang mengalami gangguan dan kecederaan otak 

LEUVEN, Belgium dan GENEVA dan BOSTON, 14 Mei 2019 /PRNewswire/ -- icometrix, pakar global bagi penyelesaian Kecerdasan Buatan pengimejan otak, telah mengumpul sebanyak $18 juta melalui perkongsian yang dipimpin oleh Forestay Capital bersama-sama Optum Ventures dan pelabur sedia ada Capricorn Venture Partners.

Perisian icobrain icometrix, yang kedua-duanya bertanda CE dan mendapat kelulusan FDA, mengekstrak maklumat bermakna secara klinikal daripada MRI dan imbasan CT otak pesakit yang mengalami gangguan neurologi seperti Sklerosis Berbilang, penyakit Alzheimer dan demensia serta kecederaan otak traumatik. Penyelesaian AI icobrain telahpun digunakan di lebih 100 hospital dan jaringan pusat pengimejan seluruh dunia serta dalam kajian-kajian klinikal oleh 4 daripada 5 syarikat farmaseutikal Terkemuka.

"Dengan icobrain, ime-imej perubahan boleh dibaca dengan lebih pantas, lebih tekal dan dengan cara yang lebih diperibadikan dengan mengukur volum struktur otak dan keabnormalan," kata Wim Van Hecke, Ketua Pegawai Eksekutif icometrix. "Satu dalam tiga orang akan mengalami gangguan otak, seringkali disebabkan oleh penyakit kronik, yang menjurus kepada beban yang amat besar buat pesakit, rakan-rakan, keluarga, pengasuh dan juga masyarakat." Imbasan otak memainkan peranan penting dalam diagnosis dan pemantauan pesakit, mewujudkan keperluan yang besar untuk penilaian yang objektif dan khusus untuk pesakit daripada imej-imej imbasan otak MRI dan CT dengan instrumen seperti icobrain."

"Forestay berbesar hati untuk bekerjasama dengan pihak pengurusan icometrix bagi membantu mendorong kisah kejayaannya yang semakin berkembang. Teknologi ini mengubah cara kami mendiagnosis, memantau dan merawat individu yang mengalami gangguan otak dan kami dapat melihat potensinya yang besar untuk menambah baik diagnostik neurologi, lalu menjadikan proses yang rumit lebih pantas dan lebih berkesan untuk setiap pesakit. Pelabur kami sendiri, Waypoint Capital group, mempunyai warisan yang bertapak kukuh dalam sektor penjagaan kesihatan dan turut memiliki Affidea, jaringan pusat pengimejan yang terbesar di Eropah, yang bekerjasama dengan icometrix untuk membangunkan protokol pempiawaian bagi tujuan pengaturan berskala luasnya di seluruh Eropah. Ini memberi kami keyakinan tinggi terhadap potensi nilai masa depannya," kata Frederic Wohlwend, Rakan Pengurusan Forestay Capital.

"Kami benar-benar percaya dengan kuasa data untuk membantu mendiagnosis, memantau dan merawat gangguan neurologi," kata Heather Roxborough, Rakan Kongsi di Optum Ventures. "Dengan menyediakan penyelesaian pengimejan otak AI yang inovatif icometrix di tangan pakar perubatan dan pakar radiologi seluruh dunia, kami dapat membantu memperbaiki kehidupan berjuta-juta individu yang mengalami gangguan otak."

Perhubungan media:
Wim Van Hecke
Ketua Pegawai Eksekutif icometrix
wim.vanhecke@icometrix.com
+32 16 369 000

Kit Akhbar:
https://s3-eu-west-1.amazonaws.com/icometrix-files/Press-releases/Press-Kit-icometrix-20190514.zip

 

Source: icometrix
Keywords: Biotechnology Computer Software Computer/Electronics Electronic Design Automation Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Venture Capital