omniture

Karnival Jalan Jarak Jauh Antarabangsa Musim Bunga Beijing diadakan di Fangshan

Fangshan District
2019-05-15 00:03 332

BEIJING, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Karnival Jalan Jarak Jauh Antarabangsa Musim Bunga Beijing 2019, dianjurkan dan dihoskan oleh Daerah Fangshan, telahpun diadakan di Fangshan, Beijing pada Sabtu lalu.

Bertema "Integriti, Beijing Fund Town", pihak penganjur acara ini menyediakan tiga laluan iaitu "Jalan Patriot" dan jumlah jarak sejauh enam kilometer, "Jalan Integriti" dengan jumlah jarak sejauh 16.5 kilometer dan "Jalan Impian" dengan jumlah jarak sejauh 21 kilometer. Acara ini bermula dari Muzium Taman Geologi Global Fangshan China dan berakhir di Pusat Persidangan Antarabangsa Beijing Fund Town.

Berpakaian warna merah, emas dan biru, lebih 12,000 peminat aktiviti berjalan kaki jarak jauh menyertai acara ini. Sebab-sebab mengapa mereka mengambil bahagian dalam aktiviti ini bukan sahaja melibatkan senaman, tetapi juga termasuk bersantai dan menghayati alam semula jadi, kata Liu Yumin, penduduk tempatan Fangshan.

Elemen-elemen berteknologi tinggi merupakan sorotan acara tersebut. Di titik mula, kereta pandu sendiri dengan teknologi 5G memimpin jalan untuk pejalan-pejalan kaki jarak jauh. Robot pintar berasaskan awan bernama Xiao Da, yang dibuat oleh CloudMinds, pembangun dan pengendali robot awan, menunggu peserta-peserta di penghujung laluan pejalan kaki, memperlihatkan mata besarnya, berjabat tangan dan berkomunikasi dengan orang ramai. 

Dengan mengadakan Karnival Jalan Jarak Jauh Antarabangsa, Daerah Fangshan berharap dapat menunjukkan pencapaian pembangunan ekonomi dan sosial serta mempromosikan tempat tarikan dan reputasi daerah berkenaan, menurut seorang pegawai daripada Jabatan Publisiti Daerah Fangshan.

Karnival Jalan Jarak Jauh Antarabangsa Beijing telahpun diadakan untuk 11 sesi dan sejumlah lebih 100,000 orang mengambil bahagian dalam acara ini.

 

Source: Fangshan District
Keywords: Sporting Events Sports Trade show news Outdoors/Camping/Hiking