omniture

Sekisui Diagnostics Labur $1.9 juta dalam Perniagaan CDMO Biofarmaseutikal Mikrob

Sekisui Diagnostics
2019-05-15 23:46 178

LEXINGTON, Massachusetts, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Perniagaan Enzim Sekisui Diagnostics mengumumkan penyempurnaan Pusat Inovasi BioProses baharu di tapak yang terletak di Maidstone, Kent menjelang akhir tahun 2019, susulan pelaburan sebanyak $1.9 juta. Pelaburan ini merupakan sebahagian daripada strategi pelaburan jangka panjang untuk mengembangkan bahagiannya dalam pasaran CDMO Biofarmaseutikal Mikrob, dengan pelaburan masa depan dijangka menumpu pada peluasan keupayaan pembuatan cGMP.


Dahulunya merupakan sebahagian daripada Genzyme Diagnostics, perniagaan Enzim Sekisui Diagnostics melancarkan tawaran perkhidmatan CDMO Biofarmaseutikal Mikrob, BioProduction by Sekisui, pada tahun 2017, memanfaatkan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam bidang ini. Pusat Inovasi BioProses baharu akan meningkatkan ruang makmal pembangunannya lebih dua kali ganda bagi memudahkan Pemindahan dan Pembangunan Proses. Mengkhusus dalam ekspresi dan penulenan daripada penapaian mikrob, kumpulan ini mempunyai pengalaman yang luas, termasuk tetapi tidak terhad kepada sistem-sistem rekombinan seperti E. coli dan Pichia pastoris, dengan teknologi-teknologi penulenan dan analitik berkaitan. Kepakaran utamanya terletak pada penghasilan enzim. Walau bagaimanapun, keupayaannya juga sesuai untuk plasmid, serpihan antibodi dan penghasilan protein yang lain. Menerusi keupayaan penghasilan bermula daripada 20L hingga 5,000L, Sekisui mengendalikan projek-projek daripada peringkat praklinikal sehinggalah pengkomersialan.

"Selama bertahun-tahun, kami membina kecekapan dan kepakaran teknikal serta operasi dalam penghasilan enzim dan juga penapaian mikrob," kata Robert Schruender, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Sekisui Diagnostics dan Ahli Lembaga Sekisui Medical. "Tatkala pasaran CDMO Biofarmaseutikal berkembang, kami bermatlamat untuk terus memanfaatkan keupayaan ini bagi meningkatkan bahagian kami dalam pasaran ini. Pelaburan ini memperlihatkan komitmen kami untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami menerusi penyelesaian pembangunan proses yang inovatif." 

Latar Belakang Sekisui Diagnostics:
Sekisui Diagnostics ialah sebuah syarikat global yang komited untuk memperbaiki kehidupan pesakit dengan menyediakan diagnostik perubatan yang inovatif kepada pakar-pakar perubatan dan makmal-makmal melalui jaringan komersial global. Rangkaian produknya termasuk kimia klinikal dan sistem penggumpalan, reagen, kit ujian pantas, sistem titik-jagaan. Perniagaan Enzim membentuk sebahagian daripada kumpulan ini dan, di samping BioProduction by Sekisui, menawarkan portfolio luas Enzim diagnostik dan bahan mentah kritikal.

www.sekisuidiagnostics.com 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/887024/BioPro.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/412597/sekisui_diagnostics_logo.jpg

 

 

Source: Sekisui Diagnostics
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Corporate Expansion