omniture

Luis R. Gonzalez Black Bull Advisors Sampaikan Ucaptama di Sidang Kemuncak Dana Rantaian Blok NYC Sambil Jelaskan Dana Lindung Nilai bertumpu Kripto berasaskan AI Firma

Black Bull Advisors
2019-05-15 23:55 219

AUSTIN, Texas, 15 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Minggu Rantaian Blok New York berlangsung dengan permulaan yang membuahkan hasil. Lebih 170 acara dirancang di seluruh Manhattan yang disesuaikan untuk industri-industri rantaian blok, teknologi kewangan dan mata wang kripto. Black Bull Advisors, yang mengurus dana lindung nilai bertumpu kripto, membantu melancarkan minggu tersebut dengan menaja Sidang Kemuncak Dana Rantaian Blok yang diadakan di Standard High Line Hotel, terletak di kawasan pembungkusan daging NY, pada 9 Mei lalu.

Rakan Kongsi Black Bull Advisors, Luis R. Gonzalez, menyampaikan pembentangan ucaptama di acara tersebut. Beliau menyebutkan tentang asas dan sejarah 10 tahun teknologi perdagangan proprietari Black Bull Advisors dan kaedah-kaedah perdagangan mata wang kripto Black Bull Advisors yang telah menunjukkan keputusan unggul berbanding strategi-strategi pelaburan yang lebih bersifat tradisional.

"Black Bull Advisors (BBA)," kata En. Gonzalez, "Ditubuhkan berdasarkan andaian bahawa peserta-peserta pasaran tercari-cari penyelesaian alternatif untuk strategi beli dan tahan dengan pulangan rendah yang biasa." Kelebihan kompetitif BBA, jelas beliau, ialah hasil daripada penggabungan kecerdasan buatan (AI) proprietari BBA dan algoritma data raya untuk mengurus turun naik dalam pasaran perdagangan kripto untuk kelebihan BBA.

En. Gonzalez menjelaskan bahawa strategi-strategi perdagangan semasa BBA terdiri daripada perdagangan jangka pendek harian. "Kunci untuk mencapai pulangan yang kami perolehi," tegas beliau "Adalah dengan menganalisis maklumat pada waktu nyata dan menggunakan alatan canggih yang sudahpun kami miliki."

Menurut En. Gonzalez, "Algoritma Black Bull menganalisis turun naik dalam pasaran, yang membantu kami melakukan perdagangan yang lebih baik dan mencapai pulangan yang unggul."

Salah satu graf dalam pembentangan tersebut menggambarkan bagaimana algoritma BBA telah mengatasi S&P 500 dan Bitcoin dari segi pertumbuhan sejak Januari 2018, apabila pengurus-pengurus BBA mula mengaplikasikan kaedah perdagangan berasaskan AI mereka kepada pasaran mata wang kripto.

Matlamat Sidang Kemuncak Dana Rantaian Blok adalah untuk mendidik pejabat keluarga dan pelabur institusi tentang strategi-strategi dan peluang-peluang pelaburan melalui lensa beberapa pengurus dana dan pemimpin pemikiran yang paling berpengaruh dalam industri rantaian blok.

Black Bull Advisors, LLC menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) proprietari untuk mengarahkan dan mengurus perdagangan teknikal dalam dana lindung nilai bertumpu kriptonya. Pengurus-pengurus Black Bull Advisors melabur dalam portfolio mata wang kripto yang pelbagai dan aset-aset digital lain menggunakan berbagai-bagai strategi perdagangan.  

Untuk Maklumat lanjut, sila hubungi Luis R. Gonzalez, Rakan Kongsi di talian +1-512-289-7004, emel luis.gonzalez@blackbulladvisors.com atau kunjungi laman sesawang Black Bull Advisors (BBA) di www.blackbulladvisors.com.

 

Source: Black Bull Advisors
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Blockchain Data Analytics Financial Technology Future Events