omniture

Sumitomo Life Umum PoC Dengan VYMO

Vymo
2019-05-16 11:12 219

- Pemecutan Inovasi Digital sasar tingkat kecekapan dan produktiviti aktiviti jualan - 

SINGAPURA, 16 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Sumitomo Life Insurance Company ("Sumitomo Life", Ibu Pejabat: Osaka; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Masahiro Hashimoto) dan ABeam Consulting Ltd. ("ABeam Consulting", Ibu Pejabat: Tokyo; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif: Toshinori Iwasawa) akan menjalankan kajian pembuktian-konsep (PoC) terhadap aplikasi telefon pintar baharu dengan VYMO (Ibu Pejabat: Bangalore, India; Ketua Pegawai Eksekutif: Yamini Bhat), sebuah syarikat baharu yang mana hab Asia Pasifiknya terletak di Singapura.

Penyelesaian VYMO memanfaatkan maklumat letakan daripada GPS bagi merealisasikan aktiviti-aktiviti jualan yang cekap oleh wakil-wakil jualan korporat. Ia juga meningkatkan produktiviti pemasaran melalui pengurusan maklumat terpusat tentang syarikat-syarikat pelanggan dan aktiviti-aktiviti jualan. Di samping itu, penyelesaian VYMO menawarkan fungsi yang mencadangkan laluan dan tindakan jualan yang paling sesuai menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang dirancang untuk ditentusahkan dengan mengambilkira pelaksanaannya pada masa depan. 

VYMO telahpun diterima pakai oleh pelbagai syarikat insurans global di Singapura manakala Sumitomo Life merupakan yang pertama di Jepun yang melaksanakan PoC bersama VYMO. Rakan kongsi Jepun VYMO, ABeam Consulting, yang mempunyai banyak pengalaman perundingan dalam industri insurans akan menyokong proses pelaksanaan. 

Latar Belakang Sumitomo Life Digital Innovation Labs 

Pada April 2018, Sumitomo Life membuka Sumitomo Life Digital Innovation Labs di Tokyo dan Silicon Valley sebagai hab-hab untuk mempercepatkan inovasi perniagaan dan menawarkan perkhidmatan dalam era transformasi digital. Di A.S., mereka berkolaborasi dengan subsidiari milik penuh mereka Symetra untuk mempercepatkan pembinaan rangkaian di wilayah berkenaan. Menuju masa depan, Sumitomo Life terus menyasarkan penciptaan perniagaan dan perkhidmatan yang inovatif dengan mengumpul teknologi terkini dan melaksanakan PoC dengan pantas.

Untuk maklumat lanjut, sila layari siaran berita Sumitomo Life di

http://www.sumitomolife.co.jp/english/newsrelease/pdf/nr20180213.pdf  

Latar Belakang ABeam Consulting 

ABeam Consulting menyediakan perkhidmatan transformasi perniagaan yang mencipta kelebihan strategik, meningkatkan proses perniagaan, memanfaatkan inovasi teknologi dan meningkatkan prestasi organisasi untuk syarikat-syarikat multinasional dan domestik yang terkemuka di seluruh dunia. ABeam bekerjasama dengan pelanggan-pelanggan untuk mendiagnosis dan menyelesaikan cabaran sebenar mereka dengan penyelesaian yang menggabungkan amalan terbaik industri dan operasi dengan kepakaran teknikal. Pendekatan pragmatik memastikan pelanggan mendapat nilai yang boleh diukur dengan lebih pantas. Beribu pejabat di Tokyo, 6,000 ahli profesional ABeam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh Asia, benua Amerika dan juga Eropah.

  • Untuk maklumat lanjut tentang VYMO, sila kunjungi laman sesawang mereka di https://getvymo.com/
  • ABeam dan logonya ialah tanda dagangan berdaftar ABeam Consulting, Ltd., di Jepun dan negara-negara lain.
  • Semua syarikat dan nama produk yang muncul dalam siaran akhbar merupakan nama berdaftar, tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar pemilik masing-masing.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman sesawang ABeam di

https://www.abeam.com/jp/en

Ketahui lebih lanjut tentang Vymo 
Laman sesawang - 
https://www.getvymo.com
Lihat Vymo beraksi - 
http://bit.ly/2HbE54x
Jadualkan demo - 
https://www.getvymo.com/demo

Hubungi:
hello@getvymo.com
+65-800-492-2421

Video: https://www.youtube.com/watch?v=9saePnvir4M

 

Source: Vymo
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Insurance Contracts Data Analytics