omniture

Bittrex International dan Vodi X Jalin Kerjasama untuk Tawaran Bursa Awal

Vodi X
2019-05-16 22:33 250

Pengguna-pengguna Bittrex International yang Dibenarkan Akan Berpeluang Beli Token Vodi X pada Kos Tetap Terus pada Platform Bittrex International bermula pada 21 Mei   

VALLETTA, Malta, 16 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Vodi X dan Bittrex International hari ini mengumumkan bahawa platform dagangan aset digital Bittrex International akan mengehoskan Tawaran Bursa Awal (IEO) akan datang untuk token Vodi X. Dana yang terkumpul daripada tawaran berkenaan akan membantu pasukan Vodi X untuk terus membangunkan teknologi kontrak pintar, pembangunan tugasan mikro, ekosistem dApp serta pembangunan operasi keseluruhan mereka bagi mencipta berjuta-juta peluang pekerjaan di seluruh dunia. Kesemua ini akan dilaksanakan berkisarkan infrastruktur sedia ada mereka melibatkan lebih 5 juta pengguna Vodi sedia ada di lebih 200 negara seluruh dunia.

IEO akan bermula secara rasmi pada jam 14:00 GMT hari Selasa, 21 Mei dan berakhir pada jam 14:00 GMT pada 22 Mei 2019 kecuali bekalan jualan telah tercapai. Vodi X akan disenaraikan dalam Bittrex International pada 22 Mei 2019 pada jam 17:00 GMT

Pengguna-pengguna Bittrex International yang dibenarkan akan berpeluang membeli token VDX menggunakan  Bitcoin (BTC) terus melalui Bittrex International, platform aset digital yang terjamin, andal dan canggih yang berpangkalan di Malta. Sebagai persediaan untuk IEO, Vodi X telah menyelesaikan proses penilaian ketat yang melibatkan tinjauan semula terhadap aspek teknikal, pematuhan dan kawal selia yang komprehensif.

"Kami teruja untuk bekerjasama dengan Vodi X untuk IEO mereka melalui Bittrex International. Dana yang dikumpul akan membantu mereka membangunkan teknologi dan operasi kontrak pintar mereka untuk beberapa senarai tindakan yang inovatif," kata Bill Shihara daripada Bittrex International. "Menginkubasikan projek-projek seperti Vodi X merupakan sebab kami menubuhkan Bittrex International dari awal lagi dan mengapa platform IEO merupakan pembangunan yang begitu meyakinkan dalam industri rantaian blok. Kami tidak sabar-sabar menantikan perkongsian ini dan memperkenalkan kumpulan pengguna kami kepada Vodi X berserta projek-projek menarik lain yang memacu revolusi rantaian blok ke tahap seterusnya."

"Kami teruja IEO kami berada di Bittrex International! Vodi X bertujuan untuk membaik pulih industri kerja-mikro dengan menempatkan projek kami di rantaian blok. Penciptaan peluang pekerjaan menjadi tumpuan dalam misi Vodi X dan kami percaya kami mempunyai segala penyelesaian yang kami perlukan. Berkedudukan strategik di rantaian blok, dengan memanfaatkan kontrak pintar, Vodi X akan memupuk pengagihan kekayaan yang sama rata. Vodi X sudahpun bersiap sedia menuju ke arah masa depan dan pembangunan komuniti yang selanjutnya."

Latar Belakang Vodi  X 
Vodi X diletakkan pada aplikasi pembayaran mudah alih yang telahpun diterima pakai secara meluas, Vodi, mempunyai lebih 5 juta pengguna di lebih 200 negara. Vodi X membangunkan platform berunsurkan permainan yang kreatif-Fasa 1; memanfaatkan penggunaan kontrak pintar, boleh didapati dengan mudah pada mana-mana telefon pintar dan mudah diakses melalui aplikasi mudah alih Vodi. Vodi X bertujuan untuk mencipta berjuta-juta peluang pendapatan buat pengguna Vodi (Vodeer) di seluruh dunia untuk memperoleh mata wang kripto (VDX) dengan melakukan tugas kecil (tugas-tugas mikro). Pengguna aplikasi Vodi semasa telahpun teruja melakukan tugas-tugas kecil bagi memperoleh mata kesetiaan dan ganjaran (Mata Vodi) agar mereka boleh memohon mata untuk membeli terus pada Vodi; seperti kad eGanjaran, isian semula mudah alih (tambah nilai) dan pelan panggilan jarak jauh, antarabangsa. Mata ini mudah diperoleh melalui Vodi, dengan hanya membuat pemindahan wang, membeli tambah nilai, malah berbual atau menghubungi insan tersayang menggunakan aplikasi ini dan mata Vodi boleh digunakan serta merta. Ketahui lebih lanjut di https://vodix.io/  

Latar Belakang BittrexInternational  
Bittrex International mengendalikan platform aset digital yang terjamin, andal dan canggih, dibangunkan menerusi teknologi dagangan terkini Bittrex. Misi kami adalah untuk menjadi daya penggerak dalam revolusi rantaian blok, meningkatkan penggunaan teknologi inovatif ini di serata dunia. Platform dagangan antarabangsa ini beroperasi dalam rangka kerja pengawalseliaan yang diwujudkan oleh Kesatuan Eropah dan Kerajaan Malta termasuk Akta Aset Kewangan Maya Malta. Syarikat akan membuat permohonan kepada Lembaga Perkhidmatan Kewangan Malta untuk menjadi bursa Aset Kewangan Maya yang dikawal selia. Ketahui lebih lanjut di https://International.Bittrex.com. 

Maklumat Perhubungan: media@vodi.io

Source: Vodi X
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Blockchain Future Events