omniture

Apakah ROI Pemasaran anda: Memahami Impak Sebenar untuk Tingkatkan Pendapatan

CleverTap
2019-05-17 00:22 226

Platform pengurusan kitaran hayat pelanggan canggih, CleverTap melancarkan papan pemuka pelaporan yang hebat bagi memberikan fungsi kebolehukuran jangka lebih panjang untuk inisiatif-inisiatif pemasaran

SAN FRANCISCO, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- CleverTap, platform penglibatan pelanggan yang canggih, hari ini memperkenalkan papan pemuka pengukuran yang dikenali sebagai Real Impact, untuk membantu pemasar mengukur impak tergabung daripada kempen-kempen mereka dalam tempoh jangka panjang. Dengan Real Impact, mereka boleh mengaitkan ROI perbelanjaan pemasaran kepada metrik-metrik perniagaan utama seperti pendapatan setiap pengguna, penukaran, pengekalan, keberadaan lebih lama, baharuan dan kekerapan.

Pasukan pertumbuhan dan pengekalan mengukur kesan kempen-kempen individu dengan metrik seperti penukaran, kadar klikan dan kadar terbuka. Walau bagaimanapun, mudah untuk terlepas pandang apa yang berfungsi dalam tempoh suku tahun, enam bulan, malah setahun. Ini dapat dilakukan dengan mengenal pasti apa sebenarnya yang berfungsi dan mencari cara bagi meningkatkan metrik yang benar-benar penting untuk suatu perniagaan.

Papan pemuka Real Impact dicipta untuk menyelesaikan masalah ini menggunakan model atribusi yang mengumpul data secara terperinci namun memberi gambaran yang paling penting mengenai keberkesanan pemasaran. Menggunakan konsep kumpulan kawalan iaitu kumpulan pengguna yang tidak terdedah kepada mana-mana kempen, impak kempen-kempen diukur pada kumpulan sasaran atau audiens selebihnya mengikut sebarang tempoh masa.  

Dengan Real Impact, pasukan-pasukan boleh mengesan impak kempen-kempen menurut metrik perniagaan teras berikut dan KPI:

  • Pendapatan setiap Pengguna (ARPU): Mengukur ROI langsung yang dijana oleh setiap dolar pemasaran yang dibelanjakan dari segi peningkatan dalam purata pendapatan setiap pengguna (ARPU)
  • Penukaran dan Pengekalan: Mengukur peningkatan dalam metrik penukaran teras dan kohort pengekalan pengguna yang menerima kempen-kempen anda
  • Baharuan dan Kekerapan penggunaan: Mengukur penambahbaikan dalam baharuan dan kekerapan penggunaan bagi setiap pengguna yang menerima kempen-kempen anda
  • Pulangan Pelanggan: Mengukur secara jangka panjang penambahbaikan atau penurunan pulangan pelanggan yang menerima kempen berbanding pengguna yang tidak menerima kempen

Dengan Real Impact, pasukan pertumbuhan dapat memahami dengan jelas impak agregat semua kempen terhadap metrik perniagaan teras ini. Mereka dapat mengasingkan kempen atau promosi yang memberi impak negatif pada kumpulan pengguna anda dengan metrik seperti baharuan, kekerapan dan pulangan pelanggan.

"Kami ingin memperkasa organisasi-organisasi pemasaran hari ini dengan maklumat yang tidak dapat dinafikan lagi yang dapat dibentangkan kepada Ketua-ketua Pegawai Pengalaman (CXO) mereka. Real Impact membantu mencapai matlamat ini menerusi platform pengukuran hebat agar pasukan-pasukan dapat mengukur secara langsung ROI yang dijana oleh setiap dolar yang dibelanjakan untuk pemasaran. Mereka berupaya menilai kempen, pemesejan dan hasil kreatif yang memberi kesan jangka panjang terhadap metrik perniagaan mereka," kata Sunil Thomas, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif CleverTap.

Latar Belakang CleverTap 
CleverTap ialah platform pengurusan kitaran hayat pelanggan yang membantu jenama-jenama membawakan pengalaman pelanggan yang menarik secara meluas. Lebih 8,000 syarikat di seluruh dunia, termasuk Vodafone, Star, Sony, Domino's Pizza, GO-JEK, Cleartrip dan BookMyShow mempercayai CleverTap untuk membawakan pengalaman diperibadikan serta meningkatkan impak pemasaran omnisaluran dalam seluruh kitaran hayat pelanggan. CleverTap disokong oleh firma-firma modal usaha niaga utama termasuk Sequoia India, Tiger Global Management, Accel dan Recruit Holdings, serta beroperasi dari San Francisco, London, Singapura, Mumbai dan Bengaluru. Untuk maklumat lanjut, kunjungi clevertap.com atau ikuti di LinkedIn dan Twitter.

Perhubungan Akhbar 
Ketan Pandit
Perhubungan Awam untuk CleverTap
ketan@clevertap.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/559274/CleverTap_Logo.jpg  

Source: CleverTap
Related Links:
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Computer/Electronics New products/services Data Analytics