omniture

Collinson Teruskan Peluasan Bantuan Perubatan Dengan Perkongsian Bersama Aspen Medical

Collinson
2019-05-18 00:21 219

Khidmat bantuan komprehensif sepenuhnya untuk pengaturan antarabangsa yang kompleks

LONDON, 17 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Collinson, pakar bagi bantuan pengembara global, telah meningkatkan lagi keupayaan bantuan perubatannya melalui satu perkongsian dengan Aspen Medical, peneraju penjagaan kesihatan global milik Australia yang menyediakan penyelesaian perubatan jauh dalam pelbagai sektor.

Aspen Medical menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang inovatif dan disesuaikan, bermula dengan penyediaan paramedik tunggal kepada penyelesaian spektrum penuh yang melibatkan pasukan berbilang disiplin yang terdiri daripada ahli-ahli profesional penjagaan kesihatan. Perkhidmatan selanjutnya termasuk ambulans, kemudahan perubatan, peralatan, produk guna habis, produk farmasi, prosedur serta perkhidmatan pemindahan aero-perubatan (AME) termasuk klinik lokasi strategik dan aset penerbangan milik syarikat.

Seringkali beroperasi di lokasi-lokasi yang terpencil, mencabar atau kekurangan sumber, penyelesaiannya yang memenangi pelbagai anugerah menyediakan pelanggan dengan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia dalam sebarang persekitaran. Perkongsian ini akan membolehkan Collinson untuk meluaskan capaian bantuannya serta membantu pelanggan untuk mengakses perkhidmatan perubatan berkualiti di lokasi-lokasi yang terdapatnya kekurangan infrastruktur perubatan sedia ada. Dengan meningkatkan keupayaan peringkat bawah Aspen Medical dengan jaringan perubatan dan pemindahan global Collinson yang lebih luas serta pusat operasi perubatan dan keselamatan 24/7 yang sentiasa beroperasi, perkongsian ini akan mewujudkan perkhidmatan bantuan yang komprehensif sepenuhnya untuk pengaturan antarabangsa yang kompleks.

Perkhidmatan Aspen Medical juga melibatkan pengurusan projek-projek alam sekitar dan kesihatan awam, latihan dan perundingan perubatan, menyediakan kesihatan pekerjaan dan menyokong acara sukan utama serta persidangan yang memerlukan sokongan klinikal khusus.

Scott Sunderman, Ketua Bantuan di Collinson, mengulas: "Aspen Medical terkenal dengan kontrak berprofil tinggi bersama organisasi-organisasi pertahanan, perlombongan, minyak dan gas, kerajaan dan kemanusiaan. Bermula dengan mengendalikan hospital trauma di Mosul, Iraq, untuk WHO atau pengambilan kakitangan dan pengurusan kemudahan PBB untuk kakitangannya di Somalia sehinggalah kepada menyokong kerajaan UK, AS, Australia dan New Zealand untuk pembinaan dan pengurusan kemudahan Rawatan Ebola di Sierra Leone dan Liberia, perkongsian kami dengan Aspen Medical benar-benar memberi kami capaian dan akses penjagaan kesihatan global kepada kepakaran yang tiada tandingan dalam pasaran. 

"Pengalaman ini akan menjadi penting ketika kami meluaskan bantuan perubatan global kami dan perkhidmatan pengurusan risiko perjalanan bagi memastikan pelanggan mendapat perlindungan sebaik mungkin, di mana jua mereka berada."

Kerjasama strategik ini terus meningkatkan penyelesaian pengurusan risiko perjalanan bersepadu 24/7/365 baharu daripada Collinson melalui jalinan kerjasama dengan perunding risiko dan keselamatan global, Drum Cussac, selain pelantikan Pengarah Perubatan Global baharunya, Simon Worrell.

Glenn Keys, Pengerusi Eksekutif dan pengasas bersama Aspen Medical, berkata: "Collinson diiktiraf di seluruh dunia kerana menyediakan perkhidmatan bantuan perubatan yang luar biasa. Perkongsian dengan Collinson ini membangunkan lagi keupayaan global Aspen Medical dengan penyelesaian pengurusan risiko perjalanan bersepadu. Apabila digabungkan dengan kepakaran Drum Cussac, Aplikasi bantuan global, amaran keselamatan, penjejakan lokasi dan pengawasan mereka, kami bersama-sama dapat menyediakan keupayaan baharu yang amat hebat dalam pasaran untuk mereka yang mencari bantuan tatkala dalam kesusahan."

Catatan Editor:

Collinson ialah salah sebuah syarikat bantuan perubatan bebas yang terbesar dengan lebih 35 tahun pengalaman. Platform-platform bantuannya di UK, Ireland dan Afrika Selatan menyediakan perkhidmatan 24/7/365 kepada beberapa pasaran insurans dan juga entiti korporat. Collinson menerima lebih 1.2 juta panggilan daripada pelanggan seluruh dunia dan menjalankan lebih 3,000 penghantaran balik dan evakuasi setiap tahun.

Sumber dan kepakaran global 24/7/365 kami menyediakan suit komprehensif melibatkan perkhidmatan risiko perjalanan untuk kakitangan bergerak yang membantu organisasi-organisasi mengurus kewajipan penjagaan mereka terhadap kakitangan yang beroperasi jauh dari negara asal mereka. Sama ada anda memerlukan program pengurusan risiko perjalanan penuh untuk kakitangan anda, penyelesaian bantuan tersuai, perancangan pengurusan krisis atau analisis dan sokongan khusus untuk operasi tapak terpencil, Collinson dapat membina penyelesaian yang membolehkan anda melindungi aset yang paling berharga selain melindungi risiko organisasi anda.

Pelanggan-pelanggan termasuk Air France KLM, American Express, British Airways, Cathay Pacific, Diners Club, Easy Jet, Mastercard, Saga, RSA, Visa dan Vhi.

Aspen Medical ialah penyedia global milik Australia yang memenangi pelbagai anugerah bagi penyelesaian penjagaan kesihatan yang inovatif untuk pelbagai pelanggan dalam sektor Pertahanan, Perlombongan, Minyak dan Gas, Kerajaan serta Kemanusiaan. Kami merupakan peneraju dunia dalam menyediakan penyelesaian penjagaan kesihatan dalam sebarang persekitaran khususnya persekitaran yang terpencil, mencabar atau kekurangan sumber.

Kami menawarkan pelanggan kami dengan perkhidmatan yang tersuai dan fleksibel di mana-mana ia diperlukan, bermula dengan paramedik tunggal kepada penyelesaian spektrum penuh melibatkan pasukan berbilang disiplin yang terdiri daripada ahli profesional penjagaan kesihatan, ambulans, kemudahan perubatan, peralatan, produk guna habis, produk farmasi, prosedur, penyelesaian kesihatan dan pembedahan bergerak serta perkhidmatan pemindahan aero-perubatan termasuk aset-aset penerbangan milik syarikat.

Kelebihan kompetitif kami terletak pada pengurusan projek yang unggul serta kualiti pasukan kami. Kami berbangga dengan pendekatan bertumpu pelanggan dan sikap 'pasti boleh'. Hari ini, kami beroperasi di seluruh Australia, Pasifik, AS, Eropah, Afrika serta Wilayah Teluk dan kami menggaji lebih 2,000 ahli profesional yang berdedikasi, berpengalaman dan amat terlatih.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/795373/Collinson_Logo.jpg

 

Source: Collinson
Keywords: Banking/Financial Service Health Care/Hospital Health Insurance Insurance Medical/Pharmaceuticals Passenger Aviation Travel Joint ventures