omniture

UST Global Umum Persaraan Ketua Pegawai Eksekutif dan Rancangan Pengganti

UST Global
2019-05-20 11:49 108

 - Krishna Sudheendra Dinamakan Ketua Pegawai Eksekutif UST Global

 - Sajan Pillai Umum Rancangan Bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif; Akan Kekal dalam Lembaga Pengarah

ALISO VIEJO, California, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ -- UST Global, syarikat penyelesaian transformasi digital terkemuka, hari ini mengumumkan bahawa Sajan Pillai akan bersara sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat. Ketua Pegawai Kewangan dan Presiden UST Global Krishna Sudheendra telah dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebagai sebahagian daripada rancangan penggantian syarikat. Pillai, yang telah bersama-sama UST Global selama lebih 20 tahun, akan kekal dalam Lembaga Pengarah syarikat dan terlibat secara aktif untuk satu tahun akan datang bersama Krishna dan pasukan kepimpinan dalam menyokong peralihan yang berjaya.

Pillai mengetuai pembentukan ekosistem syarikat baharu yang mantap di UST Global yang melabur dalam syarikat baharu dengan mengamati inovasi dan akan terus menumpukan perhatian kepada perkara ini menerusi dana usaha baharu tatkala berkhidmat dalam Lembaga. Ekosistem adalah ruang yang penting untuk membawa inovasi kepada pelanggan UST Global dan pertumbuhan bagi syarikat menuju ke hadapan.

"Di UST, saya mempunyai perjalanan yang sangat memuaskan dalam memupuk semangat teknologi dan inovasi yang canggih dengan menyatukan para pemula dan pelanggan untuk mewujudkan ekosistem untuk memberi nilai kepada mereka. Untuk meneraju dunia syarikat baharu yang dipacu usaha niaga, saya ingin mendedikasikan masa saya sekarang untuk menabur bakti dan memenuhi semangat itu, melayani perniagaan dan pengguna di seluruh dunia. Ini akan membantu UST meneruskan perjalanan inovasi bagi pihak pelanggannya," kata Pillai. "Saya amat berbangga kerana Krisna mengambil alih tugas dalam peranan ini sebagai generasi kepimpinan akan datang untuk syarikat. Dia ialah orang yang tepat untuk menerajui organisasi dalam tahap evolusi seterusnya."

Sebagai sebahagian daripada rancangan penggantian syarikat, Sudheendra telah berkhidmat sebagai Presiden pada tahun lalu. Semasa kerjayanya selama 15 tahun dengan UST Global, beliau telah berjaya membawa pengembangan pelanggan dan pasaran untuk memajukan pertumbuhan industri yang terkemuka. Beliau memainkan peranan penting dalam mendapatkan pelaburan ekuiti swasta untuk mendayakan UST Global menerusi evolusinya. Di samping memantapkan operasi global, beliau melaksanakan sistem, tadbir urus dan kawalan kewangan yang kukuh untuk mengoptimumkan prestasi dan produktiviti.

"Pengumuman ini merupakan kemuncak kejayaan rancangan penggantian berbilang tahun untuk memilih pemimpin terbaik bagi UST Global. Dengan rekod cemerlang sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Kewangan syarikat, kami menantikan apa yang akan dibawa oleh Krishna kepada syarikat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif," kata Paras Chandaria, Pengerusi Lembaga Pengarah, UST Global. "Bagi pihak seluruh lembaga, saya mengucapkan terima kasih kepada Sajan atas kepimpinannya dan banyak sumbangannya kepada kejayaan UST Global baru-baru ini. Kami menghargai perkhidmatan dan komitmennya kepada UST Global dan akan bekerjasama dalam usaha dipacu usaha niaga di masa depan."

"Saya berbesar hati kerana dinamakan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif UST Global yang seterusnya, dan ingin mengucapkan terima kasih kepada Sajan dan Lembaga atas keyakinan yang telah mereka letakkan kepada saya untuk memimpin organisasi yang mantap ini dan menyokong pekerja berbakat kami tatkala kami terus mengembangkan syarikat," tambah Sudheendra.

Latar Belakang UST Global

UST Global ialah sebuah syarikat penyelesaian teknologi digital terkemuka yang menyediakan perkhidmatan pengkomputeran dan digital yang maju kepada syarikat swasta dan awam yang besar di seluruh dunia. Pelanggannya termasuk syarikat-syarikat Fortune 500 dalam perkhidmatan perbankan dan kewangan, insurans, penjagaan kesihatan, runcit, perkilangan, penghantaran, teknologi dan telekom. UST Global percaya dalam pembinaan perkongsian perniagaan jangka panjang, perkongsian strategik melalui model penglibatan yang berpusatkan pelanggan yang menggabungkan pakar dan sumber tempatan dengan kelebihan kos, skala, dan kualiti operasi global. Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.ust-global.com.

Hubungan Media:
Leslie Schultz 
UST Global
Leslie.Schultz@ust-global.com
+1 949-204-4892

Suzanne Dawson
S&C Public Relations untuk UST Global  
sdawson@scprgroup.com
+1 646-941-9140

Source: UST Global
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Personnel announcements Data Analytics