omniture

Merck Sertai Program TRANSVAC2 Majukan Pembangunan dan Pembuatan Vaksin

Merck
2019-05-20 20:00 129

- TRANSVAC2, sebahagian daripada program Horizon 2020 EU, menyediakan latihan untuk menyelaraskan pembuatan dan pembangunan vaksin

- Merck bakal menawarkan Pusat Kolaborasi M Lab™ di Molsheim, Perancis untuk latihan kemahiran pembangunan proses

DARMSTADT, Jerman, 20 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan penyertaannya dalam satu kolaborasi dengan Vaccine Formulation Institute dan European Vaccine Initiative. Usaha ini akan menyediakan kursus-kursus latihan pembangunan proses vaksin dalam TRANSVAC2, sebuah projek infrastruktur kolaboratif di bawah Horizon 2020

erck is advancing vaccine and development manufacturing through a collaboration with the Vaccine Formulation Institute and the European Vaccine Initiative.
erck is advancing vaccine and development manufacturing through a collaboration with the Vaccine Formulation Institute and the European Vaccine Initiative.

"Penglibatan dalam projek ini merupakan satu lanjutan biasa terhadap tumpuan sekian lama kami untuk mempercepatkan pembangunan dan juga pembuatan vaksin," kata Udit Batra, ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Melalui inisiatif TRANSVAC2, kami berupaya meminjamkan kepakaran kami dalam penyelidikan dan pembangunan vaksin untuk bidang yang amat penting ini."

Dibiayai oleh Suruhanjaya Eropah (EC), TRANSVAC2 wujud sebahagiannya untuk mempercepatkan pembangunan vaksin dengan meningkatkan penyelidikan dan latihan vaksin Eropah serta meningkatkan kemampanan projek-projek vaksin EC dengan melaksanakan infrastruktur penyelidikan kekal untuk pembangunan vaksi peringkat awal. Merck merupakan antara senarai kolaborator yang menyertai program TRANSVAC2.

Sebagai sebahagian daripada program, Merck akan mengadakan modul latihan dua hari pada tahun 2019 dan 2021 serta akan menjadi tuan rumah kepada pemohon-pemohon, yang dipilih oleh Panel Pemilihan Kursus TRANSVAC2, di Pusat Kolaborasi M Lab™ Merck yang dirasmikan baru-baru ini di Molsheim, Perancis. Peserta-peserta akan dapat mengalami proses-proses makmal bersimulasi, yang akan membantu mereka memperoleh kemahiran asas yang diperlukan untuk pembangunan proses serta akan membiasakan mereka dengan persekitaran guna sekali.

Tumpuan Merck, untuk mencari kaedah-kaedah berkesan bagi mempercepatkan pembangunan dan pembuatan vaksin, termasuk usaha kolaboratif dengan institut-institut penyelidikan terkemuka dan industri-industri bagi memperkenalkan teknologi baharu yang memajukan industri vaksin global. Untuk inisiatif ini, Merck memanfaatkan kepakaran pembuatan dalamannya serta pengetahuan proses dalam vaksin virus serta vektor.

Ikuti Merck di Twitter @Merckgroup, Facebook @merckgroup dan di LinkedIn.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui e-mel pada masa yang sama turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar secara dalam talian, menukar pilihan anda atau menghentikan perkhidmatan ini.

Latar Belakang Merck
Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, beroperasi merentas segmen penjagaan kesihatan, sains hayat dan bahan prestasi. Sekitar 52,000 kakitangan bekerja untuk membawa perubahan positif kepada berjuta-juta kehidupan individu saban hari dengan mencipta cara yang lebih menyeronokkan dan mampan untuk menjalani kehidupan. Bermula dengan memajukan teknologi penyuntingan gen dan menemui cara-cara unik bagi merawat penyakit yang paling mencabar hinggalah kepada mendayakan kecerdasan peranti, Merck berada di mana-mana jua. Pada tahun 2018, Merck menjana jualan sebanyak €14.8 bilion di 66 negara.

Penerokaan saintifik dan keusahawanan bertanggungjawab menjadi kunci kepada kemajuan teknologi dan saintifik Merck. Dengan cara inilah Merck berkembang maju sejak ditubuhkan pada tahun 1668. Keluarga pengasas kekal sebagai pemilik majoriti syarikat senaraian awam ini. Merck memegang hak-hak global untuk nama dan jenama "Merck". Satu-satunya pengecualian ialah Amerika Syarikat dan Kanada, yang mana sektor-sektor perniagaan beroperasi sebagai EMD Serono dalam bidang penjagaan kesihatan, MilliporeSigma dalam sains hayat dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/886936/transvac.jpg

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals