omniture

Jiuye SCM Terima Pembiayaan C+ daripada CMH Growth Fund

Jiuye SCM Bersedia untuk Pertumbuhan Masa Depan Susulan Pembiayaan C+ daripada CMH Growth Fund
Jiuye SCM
2019-05-22 05:03 358

SHANGHAI, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Jiuye Supply Chain Management ("Jiuye SCM" atau "Syarikat"), penyedia perkhidmatan rantaian sejuk yang terkemuka di China, telahpun menyelesaikan pembiayaan Siri C+ yang dipimpin oleh CMH Growth Fund. Hasil daripada pembiayaan ini akan digunakan untuk pembangunan platform logistik rantaian sejuk dan Freshcn -- platform perkhidmatan langsung makanan segar global oleh Syarikat.

Zhang Bing, CEO of Jiuye SCM in Series C+ funding ceremony
Zhang Bing, CEO of Jiuye SCM in Series C+ funding ceremony

Pusingan yang disempurnakan baru-baru ini memperlihatkan suntikan pelaburan keenam Jiuye dalam 4 tahun. Pada Februari 2019, Syarikat menerima pelaburan strategik daripada Chia Tai Group Thailand. Pemegang-pemegang saham utama Jiuye SCM kini melibatkan Sino-Ocean Group senaraian Hong Kong, Chia Tai Group dan China Merchants Capital milik negara yang berpangkalan di Hong Kong. Pengumuman baharu ini menjadikan Jiuye sebagai platform logistik rantaian sejuk yang terbesar di China.

Ditubuhkan pada tahun 2014, Jiuye SCM ialah sebuah syarikat rantaian bekalan moden yang menyediakan perkhidmatan sehenti untuk hasil segar dan makanan untuk syarikat-syarikat dalam industri pertanian, e-dagang dan pemprosesan makanan. Syarikat ini telah membangunkan model-model perniagaan-kepada-perniagaan (B2B) dan perniagaan-kepada-pengguna (B2C).

Platform penghantaran B2B Jiuye SCM dikuasakan oleh 30 "gudang awan", lengkap dengan sistem pemantauan pengangkutan yang memanfaatkan teknologi GPS dan pengesan suhu bagi mencapai kebolehkesanan dan visualisasi suhu unutk simpanan dan penghantaran sejuk pintar. Dengan rangkaian dalam talian terurusnya, sekumpulan 2,000 kenderaan dan lebih 1,500 laluan yang ditetapkan, Jiuye dapat membuat pengedaran kepada beribu-ribu penjual di seluruh negara dalam tempoh optimum ke pintu pelanggan dalam masa 24 jam merentas 502 laluan di seluruh negara.

Perkhidmatan penyerahan B2C Syarikat mengendalikan sebanyak 200,000 pesanan harian, dengan kadar pertumbuhan tahunan mencecah 50%. Gudang perindustrian Jiuye dilengkapi dengan zon pelbagai suhu, bermula dengan malar, berubah-ubah dan rendah bagi tujuan pembekuan dan penyejukan antara -60 darjah C hingga 25 darjah C, seraya membolehkan simpanan produk yang selamat dan cekap.

"Kami akan menggunakan hasil daripada pusingan pembiayaan terkini untuk meluaskan pembangunan kami dalam teknologi IT dan pergudangan awan segar bagi membina platform perkhidmatan rantaian bekalan segar global," kata Zhang Bing, Ketua Pegawai Eksekutif Jiuye SCM. "Umumnya industri ini mengalami penyepaduan IT yang rendah dan kualiti hasil segar di bawah standard. Jiueye SCM menyasarkan untuk menaik taraf teknik-teknik rantaian bekalan kami untuk mendorong pembangunan seluruh industri. Pada masa kini, kami membantu lebih 1,000 pelanggan pertanian dan perniagaan makanan di dalam dan luar negara untuk mengurus inventori melibatkan hampir 15,000 SKU," kata Zhang.

Guo Dehong, pengurus besar CMH Growth Fund, berkata: "Pusingan baharu pelaburan ini dijangka dapat membantu Jiuye SCM untuk mengekalkan kedudukan utamanya dalam industri rantaian sejuk negara tatkala ia membangunkan sistem rantaian bekalan yang lebih canggih."

Latar Belakang CMH Growth Fund

CMH Growth Fund (China Merchants Mizuho Growth Fund), dibiayai bersama-sama oleh China Merchants Capital, ialah subsidiari milik penuh China Merchants Group milik negara, dan Mizuho Financial Group Jepun, institusi kewangan yang kedua terbesar di Jepun. CMH Growth Fund melabur khususnya dalam syarikat-syarikat dengan teknologi berkualiti tinggi, kualiti jenama utama dan peluasan pasaran yang meyakinkan di Rantau Besar China. China Merchants Capital mempunyai jumlah aset sebanyak lebih RMB 270 bilion (kira-kira US$39 bilion).

Latar Belakang Jiuye SCM

Jiuye Supply Chain Management, ditubuhkan pada tahun 2014, ialah platform perkhidmatan segar rantaian sejuk sehenti yang terkemuka di China yang menyepadukan teknologi terkini bagi memenuhi kehendak pengguna yang semakin berkembang. Jiuye membangunkan Platform Awan yang membolehkan semua pihak dalam rantaian bekalan untuk berhubung pada waktu nyata, yang membolehkan mobilisasi dan dan kolaborasi visual dijayakan.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi: http://www.jiuyescm.com

Pertanyaan Media:

Jocelyn Hsiung
T: +86-182-5258-5935 
E-mel: xiongshujian@jiuyescm.com

Cory Guo
T: +86-138-1820-4022 
E-mel: guojingqi@jiuyescm.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190520/2471806-1

 

Source: Jiuye SCM
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Food/Beverages Transportation Venture Capital