omniture

Pengalaman Ujian TOEFL® Semakin Baik

Educational Testing Service-TOEFL
2019-05-22 15:45 231

Pengambil ujian akan mendapat manfaat daripada penambahbaikan termasuk skor MyBestdan masa ujian yang lebih pendek

PRINCETON, New Jersey, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Bermula pada 1 Ogos 2019, semua pengambil ujian TOEFL iBT® akan mendapat manfaat daripada penambahbaikan pada format ujian dan laporan skor, dan pendaftaran yang lebih mudah.

Sebagai permulaan, masa ujian TOEFL® akan dipendekkan sebanyak 30 minit — kepada hanya tiga jam — tanpa perubahan kepada format ujian keseluruhan atau jenis soalan. Ia merupakan ujian yang sama, adil, andal dan menjadi pilihan, namun dengan soalan yang dikurangkan dalam bahagian Membaca, Mendengar dan Bertutur.

Di samping itu, ciri skor MyBest™ baharu akan menggabungkan skor terbaik pengambil ujian bagi setiap bahagian daripada kesemua skor TOEFL iBT yang sah daripada dua tahun sebelumnya. Skor-skor MyBest membolehkan pengambil ujian untuk menunjukkan prestasi ujian keseluruhan terbaik mereka kepada institusi-institusi yang membuat keputusan kemasukan yang penting. Semua laporan skor TOEFL iBT yang dihantar selepas tarikh 1 Ogos 2019, tanpa mengira tarikh pelaksanaan ujian, akan menyertakan skor-skor MyBest secara automatik berserta skor-skor sedia ada daripada tarikh ujian pilihan pengambil ujian.

"Semakin banyak institusi yang mengiktiraf nilai dalam melihat skor bahagian terbaik pemohon apabila mereka menduduki ujian yang diseragamkan lebih daripada sekali," kata Srikant Gopal, Pengarah Eksekutif ETS bagi Program TOEFL. "Kami juga sedia maklum bahawa pengambil ujian kami inginkan ujian berbahasa Inggeris yang dapat membantu mereka menonjol kepada pegawai-pegawai kemasukan. Perubahan ini menyediakan pengalaman ujian yang jauh lebih baik untuk pelajar-pelajar, manakala institusi-institusi dapat meluaskan himpunan pemohon berkelayakan mereka yang memenuhi keperluan bahasa Inggeris mereka. Ia merupakan situasi yang saling menguntungkan."

Bagi melengkapkan pengalaman pengambilan ujian yang lebih baik, ETS membangunkan sistem pendaftaran dan pengurusan akaun baharu. Hasilnya, pengambil ujian akan dapat melihat fungsian yang lebih hebat, pengalaman pendaftaran yang diselaraskan, akses mudah kepada persediaan ujian dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut tentang penambahbaikan pada format ujian TOEFL, laporan skor dan pendaftaran, sila kunjungi https://www.ets.org/toefl/better_test_experience. Untuk maklumat umum tentang ujian TOEFL atau untuk mendaftar bagi menduduki ujian tersebut, sila kunjungi http://www.ets.org/toefl.

Latar Belakang Ujian TOEFL® 
Ujian akademik bahasa Inggeris TOEFL diterima oleh lebih 10,000 institusi di lebih 150 negara seluruh dunia dan diterima secara sejagat di destinasi-destinasi popular seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan New Zealand serta oleh lebih 98 peratus universiti di U.K. termasuk 100 peratus daripada institusi-institusi Russell Group. Ujian ini lebih diutamakan berbanding ujian-ujian bahasa Inggeris yang lain di Amerika Syarikat dan destinasi-destinasi Eropah utama seperti Perancis dan Jerman. Di Kanada, TOEFL menjadi pilihan pegawai-pegawai kemasukan siswazah. Dengan pemarkahan tumpuan ujian oleh pelbagai penilai manusia tanpa nama, TOEFL menawarkan 100 peratus alternatif yang adil dan tidak berat sebelah. Maklumat lanjut berhubung ujian TOEFL termasuk pendaftaran, panduan belajar dan soalan-soalan contoh, disediakan di laman sesawang TOEFL Go Anywhere di www.toeflgoanywhere.org 

Latar Belakang ETS
Di ETS, kami meningkatkan kualiti dan ekuiti dalam pendidikan untuk orang ramai di serata dunia dengan menghasilkan penilaian berasaskan penyelidikan yang teliti. ETS menyediakan perkhidmatan buat individu, institusi pendidikan dan agensi kerajaan dengan menyediakan penyelesaian yang disesuaikan, bagi tujuan pensijilan guru, pembelajaran bahasa Inggeris serta pendidikan rendah, menengah dan setelah tamat sekolah menengah, dan dengan menjalankan penyelidikan pendidikan, analisis dan juga kajian dasar. Ditubuhkan sebagai pertubuhan bukan untung pada tahun 1947, ETS membangunkan, mengendalikan dan memberi markah kepada lebih 50 juta ujian setiap tahun — termasuk ujian TOEFL® dan TOEIC ®, ujian GRE® dan penilaian The Praxis Series ®— di lebih 180 negara dan di lebih 9,000 lokasi seluruh dunia. www.ets.org

Source: Educational Testing Service-TOEFL
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Children-related news Not for profit