omniture

Bitfinex dan Ethfinex Lancar Platform IEO - Tokinex

Bitfinex; Ethfinex
2019-05-22 21:51 134

ROAD TOWN, Kepulauan Virgin British, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Bitfinex dan Ethfinex, dua bursa aset digital yang terkemuka di dunia, hari ini mengumumkan pelancaran Tokinex, platform Tawaran Bursa Awal (IEO) baharu mereka.

Tokinex, membolehkan pengguna-pengguna berkelayakan untuk menemui dan mengambil bahagian dalam jualan token yang disusun atur dan diperiksa terlebih dahulu daripada projek-projek baharu yang mengujakan. Platform ini dibina dengan kemudahan pengalaman pengguna sebagai aspek utamanya, dengan KYC untuk setiap jualan disempurnakan menggunakan aplikasi mudah alih Blockpass dan dana disumbangkan terus daripada dompet pertukaran peribadi.

Faedah-faedah pelanggan termasuk:

  • Akses kepada projek-projek token diperiksa terlebih dahulu menurut terma-terma yang telus dan sama rata
  • Keupayaan untuk menyumbang aset-aset sedia ada terus daripada dompet pertukaran mereka sendiri dan untuk menerima kembali token ke dalam dompet yang sama, bersedia untuk perdagangan yang lancar dalam pasaran sekunder
  • Keyakinan penuh bahawa data identiti mereka selamat; Tokinex menggunakan perkhidmatan KYC Blockpass dan tidak menyimpan data peribadi selepas jualan token berakhir
  • Jaminan bahawa semua projek melalui beberapa peringkat ketekunan wajar teknikal dan komersial
  • Akses kepada laporan penyelidikan komprehensif yang disediakan oleh pihak-pihak ketiga bebas

Tidak seperti bursa-bursa lain, para pengeluar token mendapat manfaat daripada ketiadaan bayaran pendahuluan untuk penyenaraian, dan projek-projek yang berjaya meningkatkan modal pada platform tersebut kemudiannya disenaraikan pada bursa-bursa Bitfinex dan Ethfinex, lalu mendedahkan token tersebut kepada salah satu himpunan terbesar kecairan dalam kripto.

Jean Louis van der Velde, Ketua Pegawai Eksekutif Bitfinex dan Ethfinex, mengeluarkan kenyataan berikut. "Makna sebuah bursa telah berevolusi seiring dengan kematangan pasaran kripto. Ia menjadi sebuah ekosistem keseluruhan, bukan sahaja terhad kepada bidang kuasa mendagangkan aset-aset digital. Tokinex membawa peluang kepada sesiapa sahaja untuk mengambil bahagian dalam jualan token berkualiti dalam persekitaran yang saksama dan agar token-token mendapat pendedahan kepada pengguna-pengguna Bitfinex dan Ethfinex tanpa kos pendahuluan."

Jualan token pertama pada Tokinex akan diumumkan pada 23 Mei, dengan pelanggan-pelanggan boleh memulakan proses pengesahan pada hari yang sama. Jualan token ini akan bermula pada jam 13:00 GMT+1 pada 13 Jun. Untuk mengambil bahagian dalam penawaran pertama, pengguna-pengguna hanya perlu melog masuk atau mendaftar, mendapat pengesahan melalui aplikasi BlockPass dan kemudian menyumbang aset-aset yang diingini apabila jualan bermula.

Kunjungi http://tokinex.ethfinex.com/ untuk bermula hari ini.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi partners@ethfinex.com

Untuk Pertanyaan akhbar: press@ethfinex.com

Source: Bitfinex; Ethfinex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Mobile Entertainment Telecommunications New products/services Blockchain Financial Technology