omniture

Mainstream Renewable Power: Keputusan Kewangan Diaudit 2018

Mainstream Renewable Power
2019-05-22 21:51 110

DUBLIN, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Mainstream Renewable Power ("Mainstream" atau "Syarikat"), pembangun global yang terkemuka bagi loji kuasa angin dan solar, hari ini mengumumkan keputusan diaudit untuk tempoh dua belas bulan berakhir pada 31 Disember 2018 ("tempoh").

Sorotan Utama

Kewangan – Tahun yang transformatif untuk Syarikat

  • Keuntungan mencatat rekod sebanyak €487.5 juta (2017: kerugian €5.5 juta) susulan jualan yang membuahkan hasil untuk projek ladang angin Neart na Gaoithe 450 MW di Scotland kepada EDF Group
  • Semua Hutang Korporat dibayar semula (€73 juta)
  • Kemudahan perdagangan €90 juta dijamin dengan DNB Bank ASA dan HSBC Bank PLC yang boleh dilanjutkan kepada €200 juta, tertakluk kepada perjanjian, menawarkan kebebasan untuk meneruskan peluang-peluang pembangunan berskala luas di seluruh dunia
  • Mainstream dijadualkan untuk mengumpul tambahan €700–€800 juta dalam pembiayaan projek pada tahun 2019
  • Syarikat kembali kepada struktur pemilikan ekuiti terasnya, dimiliki secara persendirian oleh pengasas Eddie O'Connor, kakitangan dan kumpulan pelabur runcit kecil, susulan pembelian semula oleh pemegang saham institusi pada September 2018

Operasi – Menyediakan lebih banyak megawatt berbanding mana-mana pembangun bebas yang lain dengan mampan

  • Lebih 10.5 GW projek baharu dalam pembangunan
  • 707 MW sedang dibina
  • 804 MW diserahkan untuk beroperasi
  • Pengiktirafan Projek Pendedahan Karbon: Dianugerah A- (Kepimpinan)  
  • Anggaran bersih 998,340 tan metrik CO2 dielakkan pada tahun 2017
  • Jejak diperluas agar sepadan dengan cita-cita global – pejabat-pejabat baharu dibuka di Edinburgh, Colombia, Singapura dan Australia

Prospek – Bersedia menjadi Penyedia Utama Tenaga Boleh Diperbaharui Global

  • Mainstream amat berkedudukan baik untuk memacu peluasan dan pertumbuhan dramatik dalam seluruh pasaran terasnya di Asia Pasifik, Amerika Latin dan Afrika, selain sektor angin luar pesisir global

Amerika Latin:

  • Telahpun menjadi pembangun tenaga boleh diperbaharui yang terbesar di Chile dengan 100 pasukan Chile yang mantap
  • Menumpu untuk menyediakan platform Andes Renovables 1.3GW untuk beroperasi secara komersial antara tahun 2021 – 2022  
  • Pembinaan projek-projek Sarco dan Aurora di Chile (299 MW) sebagai sebahagian daripada usaha sama dengan Actis (Aela Energía) sedang dilaksanakan – operasi komersial dijangka menjelang Separuh Kedua tahun 2019
  • Ladang Angin Cuel 33 MW telah menjalani operasi komersial selama lima tahun

Asia Pasifik:

  • Perkongsian dengan Phu Cuong Group bakal menyerahkan projek angin terbesar Asia – Ladang Angin Luar Pesisir Phu Cuong Soc Trang 800 MW di Vietnam – fasa pertama dijangka mencapai penutupan kewangan pada tahun 2020
  • Memorandum Persefahaman dimeterai untuk menyediakan tambahan 1 GW solar di Vietnam, Kemboja dan Laos
  • Dua ladang angin sedang dibangunkan di Filipina dengan gabungan kapasiti 120 MW

Luar Pesisir: 

  • Mainstream menubuhkan Pusat Kecemerlangan Luar Pesisirnya di Edinburgh
  • Projek-projek diteruskan secara aktif di UK, India, Vietnam dan AS

Afrika:

  • Tambahan 408 MW projek yang sedang dibina; 250 MW yang dibangunkan oleh Mainstream di Afrika Selatan dan tambahan 158 MW yang sedang dibangunkan di Senegal
  • Platform Kuasa Lekela (satu usaha sama dengan Actis) mempunyai projek-projek tambahan di Mesir (250 MW menerusi Perjanjian Belian Kuasa) dan Ghana (150 MW)

Andy Kinsella, Ketua Eksekutif Kumpulan Mainstream, berkata: "Mainstream berkedudukan baik untuk menjadi salah satu kelas Pembangun Utama Tenaga Boleh Diperbaharui tatkala pemindahan modal daripada bahan api fosil kepada tenaga mampan dipercepatkan.

Susulan tahun yang transformatif yang mana kami berjaya menyempurnakan jualan ladang angin luar pesisir kami di Scotland, kini kami mempunyai kunci kira-kira yang mantap dan tidak terbatas dalam cita-cita kami untuk membantu ekonomi pertumbuhan berkembang melalui penyerahan kapasiti tenaga boleh diperbaharui.

Kami bersedia untuk memulakan peluasan penting dalam pasaran-pasaran teras kami di Asia Pasifik, Amerika Latin dan Afrika, selain kembali kepada sektor angin luar pesisir UK yang mana sebelum ini kami telah menyerahkan 3.45GW angin luar pesisir.

Kembalinya kepada struktur pemilikan teras kami bermakna kami bersedia untuk memberikan pertumbuhan material dan pulangan kepada pemegang saham sepanjang dekad akan datang."

Latar Belakang Mainstream Renewable Power 

Mainstream Renewable Power ialah pembangun yang paling berpengalaman bagi loji kuasa angin dan solar berskala utiliti di seluruh dunia.

Syarikat menumpu untuk menyediakan portfolio berkualiti tinggi melibatkan lebih 10.5 gigawatt aset angin dan solar di seluruh Amerika Latin, Afrika dan Asia Pasifik.

Di peringkat global, Mainstream menyediakan lebih 800 MW aset angin dan solar untuk operasi komersial dan kini membina tambahan 707 MW di seluruh Amerika Latin dan Afrika.

Di Chile, Mainstream memiliki sepenuhnya projek angin dan solar berkontrak penuh 1.3 GW yang dijadualkan untuk mencapai operasi komersial bermula pada tahun 2021.

Mainstream ialah peneraju dunia bagi pembangunan loji angin luar pesisir. Ia berjaya membangunkan 4.5 GW projek angin luar pesisir di UK daripada konsep awal, kepada persetujuan dan ke peringkat sedia untuk dibina. Ini termasuk ladang angin luar pesisir yang terbesar di dunia; projek-projek Hornsea 1 dan Hornsea 2 yang kini sedang dibina di UK.

Projek angin luar pesisir Phu Cuong Soc Trang 800 MW Mainstream ialah pembangunan tenaga boleh diperbaharui tunggal yang terbesar di Asia Tenggara, sementara itu Syarikat juga mendapat prakelayakan baru-baru ini untuk menender pembangunan angin luar pesisir pertama India, tender angin luar pesisir 1,000 MW Gujarat. Syarikat juga mempunyai dua ladang angin yang sedang dibangunkan di Filipina.

Mainstream telah mengumpul lebih EUR1.8bn bagi pembiayaan projek setakat ini dan menggaji 200 kakitangan merentas empat benua.

www.mainstreamrp.com 

Hubungi: 

Emmet Curley, Ketua Komunikasi & Kedudukan
Telefon: +353-86-2411-690
Emel: emmet.curley@mainstreamrp.com

Jack Holden, FTI Consulting
Telefon: +44 (0)20-3727-1200
Emel: jack.holden@fticonsulting.com

 

Source: Mainstream Renewable Power
Keywords: Alternative Energies Construction/Building Electrical Utilities Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities Accounting news, issues New products/services