omniture

Surgical Specialties Corporation Lancar Divisyen Caliber Ophthalmics Tumpu Pertumbuhan Global Prosedur Pembedahan Oftalmik

Surgical Specialties Corporation
2019-05-22 23:44 140

WESTWOOD, Massachusetts, 22 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Surgical Specialties Corporation (SSC) hari ini mengumumkan pelancaran Caliber Ophthalmics, sebuah divisyen perniagaan baharu. Caliber Ophthalmics menggabungkan jenama Sharpoint™ SSC, yang telah meraih reputasi dipercayai dalam menyediakan perkhidmatan kepada pakar-pakar bedah oftalmik selama lebih 50 tahun, menerusi dua pemerolehan oftalmik terkininya, Unique Technologies, Inc. dan VPM Surgical, Inc.

Bagi memimpin Divisyen Caliber Ophthalmics, SSC menamakan Yong Sun, Pengurus Besar Oftalmologi dan Naib Presiden, Jualan Antarabangsa. En. Sun mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam industri peralatan perubatan dan sains hayat. Beliau pernah menyandang jawatan kepimpinan dalam operasi pengurusan dan komersial am bersama Harvard Bioscience, Beaver-Visitec International (BVI), BD Medical Ophthalmics dan Booz & Company. En. Sun berkelulusan MBA daripada Sloan School of Management MIT.

Paling terkenal dalam pasaran oftalmik dengan pisau mikropembedahan dan sutur pembedahan Sharpoint, SSC berkepakaran dalam reka bentuk dan pembuatan pisau pembedahan berprestasi tinggi dan produk penutupan luka sejak tahun 1969. Produk-produk Syarikat dijual di seluruh dunia dalam lebih sembilan puluh negara. Menerusi penambahan Unique Technologies dan VPM Surgical, Syarikat membuat pengembangan yang ketara dalam kepakaran pembangunan dan pembuatan dalam mata pisau oftalmik dan instrumen memotong, dan merancang untuk menambah pusat kecemerlangan pembuatan dan kejuruteraan oftalmologi di Pennsylvania.

"Kami berada pada titik lengkuk perubahan penting dalam industri oftalmik dengan ekonomi global yang berkembang dan populasi warga berusia yang semakin bertambah," kata Dan Croteau, Ketua Pegawai Eksekutif Surgical Specialties. "Terdapatnya kemajuan teknologi yang luar biasa dalam penjagaan mata dan pertumbuhan amat besar dalam pembedahan mata. Kami menubuhkan Divisyen Caliber Ophthalmics untuk menumpu pada keperluan yang semakin bertambah daripada pelanggan oftalmik di seluruh dunia."

En. Croteau menyambung, "Caliber Ophthalmics menghimpunkan legasi unik dan kukuh dalam memberikan kualiti, prestasi dan inovasi pada kos yang kompetitif. Dengan Yong Sun memimpin divisyen ini, kami berada pada kedudukan amat baik bukan sahaja untuk membawakan inovasi dan kualiti berterusan dalam rangkaian produk sedia ada kami, tetapi mempunyai kepakaran tambahan yang akan membolehkan kami berkembang ke dalam kategori-kategori produk oftalmik yang lain."

Latar Belakang Surgical Specialties

Surgical Specialties Corporation, beribu pejabat di Westwood, Massachusetts, telah membangunkan dan mengeluarkan peralatan pembedahan berjenama, berlabel persendirian dan OEM selama lebih 50 tahun. Surgical Specialties Corporation menawarkan salah satu portfolio yang paling komprehensif melibatkan mata pisau dan sutur yang tersedia, termasuk produk-produk inovatif seperti Alat Penutupan-Tisu Tidak Terikat Quill™. SSG berdeikasi untuk melangkaui keperluan pasaran pembedahan khusus, mengekalkan perkongsian dipercayai dalam bidang pengkhususan pergigian, oftalmik, pembedahan plastik, dermatologi, ortopedik, urologi, mikropembedahan, veterinar dan trauma. Kunjungi kami di www.surgicalspecialties.com dan www.caliberophthalmics.com.

Perhubungan media:
Matt Bastardi
Naib Presiden Kanan Komersial & Strategi
Surgical Specialties Corporation
mbastardi@surgicalspecialties.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/326014/Surgical_Specialties_Corporation_Logo.jpg

Source: Surgical Specialties Corporation
Keywords: Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Corporate Expansion