omniture

UL Dinamakan Penyelesaian EHS Terkemuka dalam Laporan Green Quadrant Terkini

UL
2019-05-24 19:38 126

Firma Penganalisis Bebas Sorotkan Keupayaan, Kandungan, dan Kehadiran Global EHS UL

NORTHBROOK, Illinois, 24 Mei 2019 /PRNewswire/ -- UL sekali lagi dinamakan pemimpin pasaran dalam laporan Green Quadrant terbaharu oleh firma penganalisis bebas Verdantix. Kedudukan ini meletakkan UL dalam kalangan firma perisian EHS dan kemampanan paling elit di dunia dan membezakan penyelesaian UL kerana keupayaan mereka untuk bersama-sama menguruskan keperluan EHS dan aliran kerja dengan objektif pelaporan, serta kehadiran global UL dan kepakaran bidang yang mendalam. Laporan Green Quadrant mengikuti proses penilaian bebas yang ketat dan boleh didapati di http://info.insights.ul.com/verdantix-report-2019.html.

UL telah dipuji secara khusus kerana keupayaannya dalam pengurusan kemapanan. Pelaporan GHG dan latihan, pengesanan dan pengurusan kandungan EHS. UL meneraju kategori "pengurusan pelepasan GHG", mengatasi 22 firma lain yang dinilai. UL juga memperoleh prestasi tertinggi dalam kategori pengurusan kemapanan untuk "fungsi kemapanan komprehensif - termasuk pengurusan program."

Verdantix menonjolkan lagi penawaran UL yang tidak termasuk dalam analisis, termasuk perkhidmatan perundingan alam sekitar dan kemapanan untuk inisiatif ekonomi kitaran dan usaha untuk menetapkan sasaran GHG berasaskan sains. Firma ini juga menyerlahkan pengurusan latihan EHS UL yang meluas, menyebutnya sebagai "salah satu perpustakaan kandungan latihan EHS yang paling komprehensif" untuk 800 judul dan 11 bahasa, bersama-sama dengan keupayaan UL untuk mencipta perisian kursus untuk pelanggannya.

"Kami gembira bahawa Verdantix sekali lagi menamakan penawaran UL sebagai peneraju pasaran. Kami komited sepenuhnya untuk menyokong para pelanggan kami dengan keupayaan kami yang luas dan kepakaran bidang yang mendalam untuk mengurangkan risiko, mengesahkan pematuhan, dan mempertingkatkan kemampanan," kata Gitte Schjotz, presiden unit perniagaan Runcit dan Industri UL. "UL telah membuktikan bahawa kita boleh memberi khidmat yang konsisten kepada pelbagai pihak berkepentingan dengan tumpuan pelanggan yang jelas terhadap keperluan EHS dan kemampanan mereka."

Verdantix menyoroti beberapa kelebihan unik UL. UL mempunyai kefungsian merentasi alam sekitar, kesihatan, keselamatan dan pengurusan maklumat kemampanan. Sejarah kepimpinan dalam pengurusan dan latihan keselamatan, bersama-sama dengan langkah-langkah kemapanan terbaik dalam kelasnya, menawarkan pelanggan satu cara untuk menguruskan EHS dan program kemapanan secara bersama.

"Laporan Green Quadrant tahun ini mengiktiraf kekuatan UL dalam kemapanan dan pengurusan pelepasan gas rumah hijau, yang semakin menjadi tumpuan bagi syarikat yang melaporkan kemapanan dan prestasi karbon mereka," kata Alberto Uggetti, naib presiden dan pengurus besar Bahagian Alam Sekitar & Kemapanan UL. "Seperti yang ditunjukkan oleh laporan itu, perisian kemapanan UL ialah penyelesaian komprehensif, berskala global dan merupakan pilihan utama bagi syarikat-syarikat."

UL telah menjadi salah satu syarikat sains keselamatan terkemuka di dunia selama 125 tahun. Warisan itu, digabungkan dengan personel di 38 negara, menjadikannya pilihan semulajadi bagi firma antarabangsa yang besar yang mencari perisian dengan kehadiran global.

Laporan Quadrant Green penuh boleh diakses melalui http://info.insights.ul.com/verdantix-report-2019.html.

Latar Belakang UL

UL memupuk kehidupan yang selamat dan keadaan kerja bagi orang-orang di mana-mana melalui penerapan sains untuk menyelesaikan cabaran keselamatan, sekuriti dan kemapanan. UL Mark mencambahkan amanah yang membolehkan penggunaan produk dan teknologi baharu yang inovatif dengan selamat. Semua orang di UL berkongsi keghairahan yang sama untuk menjadikan dunia tempat yang lebih selamat. Kami menguji, memeriksa, mengaudit, memberi pensijilan, mengesahkan, menentusahkan, memberi nasihat dan melatih dan kami menyokong usaha ini dengan penyelesaian perisian untuk keselamatan dan kemapanan. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kami, kunjungi UL.com.

HUBUNGI:
Johnathon Briggs
UL, Komunikasi Korporat
T: (847) 664-8268
E: johnathon.briggs@ul.com

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325015/ul_enterprise_logo.jpg

Source: UL
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Environmental Products & Services Machine Tools, Metalworking and metallurgy Mining/Metals Environmental Issues Data Analytics