omniture

Hubung dan Perkasa Kerjasama Media China-ASEAN Melalui Sains dan Teknologi

Science and Technology Daily
2019-05-27 10:52 289

BEIJING, 27 Mei 2019 /PRNewswire/ -- Tahun 2019 ialah Tahun Pertukaran Media China-ASEAN. "Forum Kerjasama Media China-ASEAN 2019" telahpun diadakan di Beijing pada 14 Mei lalu yang menumpu pada tema "Pentas Baharu, Trend Baharu dan Kerjasama Baharu". Tetamu-tetamu yang menghadiri pertemuan ini berkongsi pengalaman mereka bagaimana untuk menceritakan kisah kerjasama yang saling menguntungkan di Asia secara jujur, objektif dan menyeluruh. Mereka juga membincangkan tentang kaedah-kaedah serta memberikan cadangan untuk menambah baik kerjasama media pada masa akan datang.

Menurut Science and Technology Daily (S&T Daily), forum ini diadakan bersama-sama China International Publishing Group (CIPG), Mission of the People's Republic of China to ASEAN dan ASEAN-China Centre. Ia bertujuan untuk meninjau peranan media yang tidak boleh ditukar ganti dalam proses pembinaan bersama Komuniti Masa Depan Bersama China-ASEAN.

AKP Mochtan, Timbalan Ketua Setiausaha ASEAN menekankan kepentingan media dalam masyarakat antarabangsa. Beliau menyatakan bahawa media telah menjadi kuasa yang amat diperlukan bagi menyebarkan ilmu pengetahuan, menghubungkan dunia dan menggalakkan kemajuan sosial.

Du Zhanyuan, Pengarah CIPG, memberi tiga cadangan di forum ini untuk mengukuhkan dialog, meningkatkan kerjasama dan menceritakan kisah Asia dengan bantuan media. Menurut Du, agensi-agensi berita dunia dapat bersatu dan mewujudkan mekanisme tetap bagi tujuan kerjasama dan pertukaran serantau, mengumpul dan menyebarkan tenaga positif daripada kisah kerjasama China-ASEAN dan turut berdepan dengan trend dalam revolusi media. "Kita seharusnya meneroka data raya dengan hasil revolusi dengan serta merta, menggabungkan kecerdasan buatan dan komunikasi antarabangsa serta menggunakan teknologi dalam media untuk membina sistem komunikasi media antarabangsa bertaraf tinggi," kata Du.

"S&T Daily boleh berkongsi sumber salurannya untuk memperkasa pembinaan media ASEAN," kata Fang Hanting, naib presiden S&T Daily.

Menurut Fang, S&T Daily telah mewujudkan pangkalan data teknologi termaju -- "Pangkalan Data Maklumat Sains dan Teknologi China". Bergantung pada surat khabar, Akaun Awam WeChat dan Weibo serta platform-platform lain, Science and Technology Daily dapat menyiarkan berita inovasi teknologi antarabangsa tepat pada masanya, komprehensif dan sistematik serta memperkasa kerjasama media ASEAN.

Source: Science and Technology Daily
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service STEM (Science,Technology,Engineering,Mathematics)