omniture

Bahan Ringan Terobos Sempadan Perbatuan EV ditampilkan di Aluminium China dan Lightweight Asia 2019

Reed Exhibitions
2019-06-04 11:38 303

SHANGHAI, 4 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Bagi memenuhi keperluan untuk meningkatkan perbatuan pemanduan Kenderaan Elektrik (EV), Aluminium China dan pameran saudaranya Lightweight Asia pada bulan Julai ini, diadakan di Shanghai oleh Reed Exhibitions, akan mempamerkan jenama-jenama auto-aluminum terkemuka yang komited untuk mengurangkan berat EV generasi seterusnya.

Meskipun diramalkan bahawa menjelang tahun 2020, output tahunan EV di China sahaja akan mencecah 2.42 juta menerusi 244 model berbeza, yang memperlihatkan kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 41%, 'kebimbangan terhadap perbatuan' masih menjadi penghalang untuk banyak pengguna berpotensi.

Pengurangan berat EV merupakan cara terbaik untuk menerobos sempadan perbatuan dan mendorong pengguna untuk menggunakannya dalam jumlah yang lebih besar. Dianggarkan bahawa bagi setiap 100kg yang dijimatkan, EV dapat meningkatkan perbatuannya sebanyak 10-11%, mengurangkan kos bateri sebanyak 20% dan menjimatkan kos kerosakan harian sebanyak 20%. Selain itu, faktor paling penting untuk mencapai apa yang dikategorikan sebagai ringan adalah dengan membangunkan bahan-bahan ringan.

Aluminium dianggap sebagai salah satu bahan ringan yang paling penting untuk digunakan pada kereta. Pada tahun 2016, SAE-China melancarkan pelan tindakan kecekapan tenaga dan EV, yang menunjukkan bahawa purata berat kereta akan dikurangkan sebanyak 20% menjelang tahun 2025, dengan purata penggunaan aloi aluminium sebanyak 250kg bagi setiap kereta.

Penggunaan aloi aluminium dapat membantu mengurangkan berat kereta sebanyak 30-50% berbanding keluli, di samping turut menjamin kekuatan dan ketegapan. Bahagian aloi aluminium mampu bertahan daripada karat, dapat disesuaikan kepada pengeluaran, pemprosesan dan pembaikan serta mudah dikitar semula. Semua ciri ini memudahkan proses dan mengurangkan kos, dapat dilihat dalam peningkatan penggunaan aloi aluminium oleh syarikat-syarikat seperti Tesla, BMW dan Audi serta pembuat-pembuat kereta Cina termasuk BYD, JAC dan BAIC.

Dalam tahun ke-15nya, Aluminium China dan Lightweight Asia akan membawakan syarikat-syarikat global seperti Constellium, Novelis dan Nikkeikin. Di samping itu, pembekal-pembekal aluminium Cina terkemuka akan turut ditampilkan termasuk Chalco, Alnan, PMI, Kam Kiu, Giant, Hoshion, Mingtai, Qianliang dan Runhua.

Lebih 600 syarikat akan mempamerkan bahan ringan auto terkini mereka, teknologi dan penyelesaian pemprosesan di Aluminium China dan Lightweight Asia mulai 10 hingga 12 Julai di Shanghai. Pengunjung-pengunjung antarabangsa boleh mendapatkan tiket VIP, pemadanan perniagaan secara percuma dan lawatan ke kilang tempatan yang disediakan oleh pihak penganjur Reed Exhibitions, dengan mendaftar di laman sesawang rasmi www.aluminiumchina.com/en atau www.lightweightasia.com/en/

Perhubungan Media:
Julia Zhu
Tel: +86-10-5933-9054
Emel: julia.zhu@reedexpo.com.cn
www.aluminiumchina.com/en
www.lightweightasia.com/en 

Source: Reed Exhibitions
Keywords: Auto Environmental Products & Services Green Technology Machine Tools, Metalworking and metallurgy Transportation Trade show news