omniture

Khidmat Penstriman Global ZEE5 kini Disediakan untuk Pelanggan Robi dan Airtel

ZEE5
2019-06-14 14:39 165

DHAKA, Bangladesh, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Penyedia perkhidmatan digital yang terkemuka di Bangladesh, Robi, hari ini mengumumkan perkongsiannya dengan perkhidmatan penstriman aneka bahasa global yang terbesar, ZEE5.

Zee5- Robi partnership
Zee5- Robi partnership

Pelanggan Robi dan Airtel kini akan mendapat akses kepada lebih 100,000 jam kandungan hiburan dalam 17 bahasa termasuk pustaka kandungan Bengali yang luas di ZEE5. Selain itu, kandungan alih suara Bangla di ZEE5 juga membolehkan pelanggan Robi dan Airtel menikmati yang terbaik daripada kandungan bukan Bengali.

ZEE5 Originals akan turut menjadi tarikan istimewa buat peminat-peminat hiburan di Bangladesh memandangkan kandungan ini hanya tersedia di ZEE5. Pustaka beraneka ZEE5 juga menyediakan lebih 60 saluran LIVE TV, berserta filem, rancangan TV paling digemari, video kesihatan dan gaya hidup serta banyak lagi.

Aspek tumpuan utama perkongsian antara Robi dan ZEE5 adalah untuk bekerjasama erat dengan pelakon lelaki/pelakon wanita Bangladesh utama untuk membawa kandungan Bangladesh kepada khalayak antarabangsa. Selain itu, Robi dan ZEE5 tidak lama lagi akan mengaturkan program pencarian bakat bagi mencari artis-artis Bangladesh tempatan untuk ZEE5 Originals.  

Pelanggan Robi dan Airtel juga dapat menikmati penstriman tanpa gangguan, tanpa sebarang iklan dengan langganan ZEE5 mereka.

Archana Anand, Ketua Pegawai Perniagaan, ZEE5 Global berkata, "Bangladesh ialah pasaran yang amat penting buat kami dan kami teruja dengan sambutan hebat yang diterima oleh kami daripada penonton kami setakat ini. Dengan membawa yang terbaik daripada rancangan Asal kami dan kandungan Bangla lain ke pasaran, kami juga akan berusaha menyediakan bakat tempatan di sini dengan platform global yang akan menayangkan karya mereka dalam lebih 190 negara. Kami teruja untuk mengumumkan perkongsian kami dengan Robi Axiata Limited di Bangladesh dan ini akan banyak membantu kami untuk mendekati setiap isi rumah di negara tersebut bagi menggembirakan mereka dengan kandungan kami yang terbaik."

Mengulas tentang pelancaran ZEE5, Ketua Pegawai Komersial Robi, Pradeep Shrivastava berkata: "Disrupsi digital dalam sektor hiburan telah menjadi dominan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dan ZEE5 muncul sebagai peneraju yang jelas dalam subbenua tersebut. Mereka bukan sahaja menghasilkan kandungan Asal yang terbaik, malah mereka turut menumpu untuk memberi peluang kepada bakat tempatan mantap kami di Bangladesh ini bagi mendapat pendedahan peringkat global. Kami amat berbangga untuk menawarkan ZEE5 kepada pelanggan kami. Dikuasakan oleh rangkaian 4.5G yang terbesar di negara, pelanggan Robi dan Airtel kini akan menjadi penetap trend apabila melibatkan gaya hidup digital."

Perhubungan media: 
Rashmi Punshi
rashmi.punshi@zee.esselgroup.com 

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/901614/Zee5_Robi_partnership.jpg

Foto: https://mma.prnewswire.com/media/818490/Archana_Anand_ZEE5_Global.jpg

 

Archana Anand, Chief Business Officer, ZEE5 Global
Archana Anand, Chief Business Officer, ZEE5 Global
Source: ZEE5
Keywords: