omniture

"A Brand New Day," Lagu Kedua Daripada Muzik Asal BTS WORLD, Dilancar pada 14 Jun

Netmarble Corp.
2019-06-14 23:49 253

- "A Brand New Day" daripada muzik asal permainan BTS WORLD termasuk j-hope dan V daripada BTS

- Netmarble perkenal "Another Story" dan kandungan interaktif daripada BTS WORLD

LOS ANGELES, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Netmarble mengumumkan "A Brand New Day," lagu kedua yang tersedia daripada muzik asal BTS WORLD, dilancarkan pada 14 Jun jam 2 pagi PDT/6 petang KST.


"A Brand New Day" ialah lagu hip-hop elektronik oleh j-hope dan V, yang menampilkan Zara Larsson, bintang pop generasi seterusnya dari Sweden. Lagu ini dihasilkan oleh penerbit muzik elektronik hip-hop British dan pencipta irama Mura Masa.

Irama dan bunyi unik Mura Masa daripada alat muzik Asia Timur menyerlahkan perasaan yang berani dan harmoni dalam lagu tersebut. Alat muzik tradisional Korea daegeum memimpin lagu tersebut, menonjolkan bunyi yang paling bercirikan Korea namun mengikut trend dan kombinasi vokal Timur dan Barat menghasilkan nilai harmoni yang sempurna.

"Dream Glow", dilancarkan pada 7 Jun dan lagu baharu "A Brand New Day" merupakan lagu-lagu asal yang dicipta untuk BTS WORLD sebagai muzik baharu yang segar agar bertepatan dengan kisah permainan tersebut dengan alam semesta yang selari. Muzik asal dan penuh daripada BTS WORLD, termasuk yang ketiga yang bakal diperkenalkan pada 21 Jun, akan dilancarkan pada 28 Jun.

Menerusi lagu baharu tersebut, Netmarble memperkenalkan "Another Story" BTS WORLD, yang mana setiap anggota BTS muncul sebagai watak utama, melalui laman sesawang rasminya. Dua kisah RM dan Jin dibuka pada 10 dan 12 Jun, dan lebih banyak kisah anggota-anggota lain akan muncul secara berturutan.

Netmarble turut memperkenalkan prebiu pesanan teks dengan anggota-anggota BTS yang merupakan salah satu komponen kandungan interaktif utama daripada permainan tersebut, melalui laman sesawang BTS WORLD. Reaksi anggota-anggota BTS berbeza mengikut respons yang dipilih oleh pemain dan watak-watak individu boleh dilihat dari segi bagaimana mereka menunjukkan reaksi.

Permainan ini akan dilancarkan di seluruh dunia (kecuali beberapa negara) untuk peranti iOS dan Android. Untuk maklumat lanjut tentang BTS WORLD, sila kunjungi https://btsw.netmarble.com. Perkembangan terkini juga disediakan dengan mengikuti BTS WORLD di Twitter dan Instagram.

Latar Belakang Netmarble Corporation

Netmarble Corporation berusaha untuk menghiburkan penonton daripada semua peringkat umur di seluruh dunia dengan menyediakan pengalaman permainan mudah alih yang hebat. Ditubuhkan di Korea pada tahun 2000, Netmarble ialah salah satu syarikat permainan mudah alih yang paling pesat berkembang dan secara konsisten berada pada kedudukan sebagai pemaju mudah alih dan penerbit terkemuka di seluruh dunia. Dengan lebih daripada 6,000 pekerja, Netmarble telah menghasilkan dan menyelenggara beberapa permainan mudah alih yang paling berjaya termasuk Lineage 2: Revolution, Blade & Soul Revolution, MARVEL Future Fight, Everybody's Marble dan Seven Knights. Sebagai syarikat induk kepada Kabam, pemaju permainan mudah alih terkemuka dalam permainan berbilang pemain bebas secara besar-besaran dan pemegang saham terbesar Jam City, pemaju permainan sosial kasual terkemuka, Netmarble mempunyai perkongsian strategik dengan CJ ENM Corporation, syarikat hiburan terbesar di Asia, Tencent Holdings, syarikat internet terbesar Asia dan NCsoft, sebuah syarikat MMORPG yang terkenal. Maklumat lanjut boleh didapati di http://company.netmarble.com

Latar Belakang Big Hit Entertainment

Ditubuhkan pada Februari 2005 di Korea Selatan oleh Ketua Pegawai Eksekutif dan Penerbit Bang Si-Hyuk, perniagaan utama Big Hit Entertainment memberi tumpuan pada pengeluaran muzik, pengurusan artis dan penerbitan. Usaha perniagaan Big Hit menggabungkan dan membangunkan pelbagai kandungan yang dihasilkan daripada IP artis terkemuka, termasuk band lelaki BTS dan tambahan terbaharu TOMORROW X TOGETHER. Dengan misi 'Muzik & Artis untuk Penyembuhan', Big Hit berusaha untuk memberikan pengaruh positif melalui kandungan sambil memberikan keselesaan dan inspirasi kepada penggemar muzik di seluruh dunia.

Latar Belakang Takeone Company

Takeone Company Corp ialah sebuah syarikat kandungan inovatif yang menggunakan budaya-pop dalam persekitaran permainan. Ditubuhkan pada tahun 2016, Takeone mengetuai genre baharu permainan mudah alih yang dikenali sebagai 'Cinematic Games' yang menggabungkan elemen permainan interaktif dalam konsep cerita berdasarkan kedua-dua budaya pop dan IP asli. Permainan ini termasuk video gerakan penuh dan pelbagai kandungan visual yang menerobos sempadan penglipurlaraan generasi akan datang. Pengalaman dan pengetahuan selama bertahun-tahun dalam bercerita dan pembangunan permainan telah membawa kepada penciptaan permainan sinematik seperti Take Urban, BTS World. Takeone kini sedang membangunkan satu siri permainan sinematik masa depan untuk tajuk seterusnya dan akan datang. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk www.takeonecompany.com.

Korea (Seoul)
Ibu Pejabat Pasukan Perhubungan Awam
Jinho Lee
globalpr-g@netmarble.com
82-2-2271-7444

Amerika Utara
Perhubungan Awam Netmarble AS
Chastity Irizarry
chastity.irizarry@netmarble.com

Rogers & Cowan
Joe Schneider
jschneider@rogersandcowan.com 

Big Hit Entertainment
Irene Choi 
irenechoi@bighitcorp.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/901511/PR_BTSWORLD_02_EN.jpg  

Source: Netmarble Corp.
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Music