omniture

Jualan Ampleforth 5 juta USD melalui Tokinex Selesai dalam 11 Saat

Ethfinex & Bitfinex
2019-06-14 23:53 254

ROAD TOWN, British Virgin Isles, 14 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Tokinex, Platform Tawaran Bursa Awal Bitfinex dan Ethfinex, hari ini mengumumkan kejayaan penyelesaian jualan pertamanya hanya dalam masa hanya 11 saat. Jualan Ampleforth sebanyak 5 juta USD menunjukkan sepuluh peratus bekalan token AMPL.

Peserta-peserta yang berjaya berpeluang untuk menyumbang terus daripada dompet pertukaran mereka dan akan menerima token AMPL sebagai pulangan dalam tempoh beberapa hari. Dengan pengesahan diselesaikan sebelum jualan melalui perkhidmatan Blockpass KYC, semua peserta mempunyai keyakinan tinggi bahawa data identiti mereka selamat dan tiada data peribadi disimpan oleh Ethfinex atau Bitfinex selepas jualan. 

"Kami berasa gembira dapat melihat kejayaan penyelesaian jualan pertama kami melalui Tokinex dalam masa mencatat rekod," kata Jean Louis van der Velde, Ketua Pegawai Eksekutif Bitfinex dan Ethfinex. "Permintaan terhadap jualan Ampleforth adalah amat tinggi dan kami teruja untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk menyumbang. Kami tidak sabar-sabar untuk melihat sejauh mana projek Ampleforth berkembang dan akan mengumumkan penyenaraian Bitfinex dan Ethfinex dalam masa terdekat."

Kertas putih Ampleforth, yang ditulis bersama-sama Manuel Ricon Cruz, penyelidik dari Hoover Institute, memperkenalkan protokol Ampleforth. Konteks selanjutnya untuk memahami implikasi AMPL sebagai jenis komoditi sintetik baharu dan teori ekonomi disediakan dalam Red Book sertaannya.

"Kami amat terharu dengan keterujaan yang dapat kami lihat berkisarkan IEO," kata Evan Kuo, Ketua Pegawai Eksekutif Ampleforth. "Kejayaan pengumpulan ini merupakan penunjuk penting pasaran yang memerlukan aset-aset yang lebih pelbagai berbanding aset-aset yang tersedia masa kini. Jalinan kerjasama dengan pasukan Tokinex memberi kami peluang untuk memperkenalkan Ampleforth dan kami berharap dapat terus memberi perkembangan terkini kepada komuniti tentang tahap kemajuan kami."

AMPL akan diagihkan kepada pemegang dalam tempoh beberapa hari berikutnya dan masa serta tarikh untuk penyenaraian Bitfinex dan Ethfinex akan menyusul segera.

Latar Belakang Tokinex 

Dilancarkan pada Mei 2019, Tokinex ialah platform IEO untuk Bitfinex dan Ethfinex yang membawa peluang yang saksama untuk mengambil bahagian dalam projek-projek token yang dipilih atur. Ia memberi peluang kepada semua orang untuk menyumbang kepada jualan token yang diperiksa terlebih dahulu terus daripada dompet peribadi mereka melalui aset kripto biasa dan tanpa data peribadi atau dana yang dipegang oleh bursa. Uniknya, Tokinex tidak memerlukan token untuk membayar bayaran pendahuluan bagi tujuan penyenaraian dan susulan pengumpulan modal yang membuahkan hasil kemudiannya disenaraikan dalam dua bursa sebagaimana yang dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi partners@ethfinex.com.

 

 

Source: Ethfinex & Bitfinex
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Blockchain Financial Technology