omniture

Kemin Lancar Visi dan Logo Baharu untuk Masa Depan

Kemin Industries
2019-06-17 10:00 107

Pengeluar bahan global tetapkan matlamat untuk ubah 80 peratus dunia menjelang tahun 2042 dengan lestari  

DES MOINES, Iowa, 17 Jun 2019 /PRNewswire/ -- Hari ini, Kemin Industries, pengeluar bahan bertaraf global, memperkenalkan visi dan logo global baharu untuk menyelaraskan syarikat secara strategik untuk tahun 2042 dan selanjutnya.

Visi baharu ini, "Kemin berusaha untuk mengubah kualiti hidup harian untuk 80 peratus dunia dengan lestari menerusi produk dan perkhidmatan kami," meletakkan persediaan asas untuk pertumbuhan strategik dan keutamaan untuk syarikat dengan operasi-operasi di enam benua dan portfolio melibatkan lebih 500 bahan khusus. Terdahulu, Kemin telah menyentuh 3.8 bilion individu – lebih separuh daripada populasi dunia – saban hari melalui produk dan perkhidmatannya untuk manusia, haiwan dan haiwan peliharaan. Visi ini telahpun ditetapkan pada tahun 1998, dengan matlamat sasaran tahun 2019. Kemin meraih pencapaian berkenaan dua tahun lebih awal.

Menjelang tahun 2042, populasi dunia akan mencecah kira-kira 10 bilion orang. Untuk Kemin mengubah 80 peratus daripada penduduk dunia – kira-kira 8 bilion – orang ramai perlu menemui produk Kemin lima kali setiap hari. Bermula daripada terbit matahari hingga tenggelam matahari, seseorang individu mungkin menikmati telur untuk sarapan, memberi makan kepada haiwan peliharaan, memakai seluar jeans, mengambil makanan tambahan dan membeli barangan bakeri atau daging di pasar – semua peluang yang mempunyai bahan-bahan Kemin.

"Sewaktu kami mencipta visi terdahulu kami 20 tahun lalu, ia merupakan visi bercita-cita tinggi dan merangkumkan semua aspek perniagaan kami. Sejak itu, Kemin berkembang sepuluh kali ganda dan kini impak yang dapat kami hasilkan adalah jauh lebih besar," kata Dr. Chris Nelson, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Kemin. "Dengan menggunakan kepakaran saintifik kami pada peringkat asas dan terus menginovasi, kami berkebolehan untuk mengalami transformasi pada skala global dalam pasaran yang pantas berubah dan berkembang. Dengan visi baharu yang membimbing kami, kami kembali bersemangat untuk mendekati lebih ramai orang menerusi produk dan perkhidmatan kami untuk benar-benar mengubah kualiti hidup di seluruh dunia."

Berserta visi ini, logo Kemin yang baharu mencerminkan tumpuan syarikat terhadap pertumbuhan masa depan di samping menghargai sejarahnya melalui evolusi yang peka terhadap identiti jenama Kemin.

"Logo terdahulu kami dilingkungi bulatan merah yang tebal dengan warna merah istimewa Kemin. Kini, tanpa sempadan, logo baharu menonjolkan nilai ketelusan dan inovasi," kata Haley Stomp, Naib Presiden Kanan – Pemasaran Seluruh Dunia, Kemin. "'K' yang bergaya dikekalkan, bagi memperingati dua logo terdahulu Kemin. Lengkung merah menonjolkan gerakan ke hadapan dan menarik perhatian kepada 'I', menekankan inovasi Kemin. 'N' di sebalik lengkung merah mewakili keluarga Nelson yang berdiri di belakang Kemin pada masa kini, sebagaimana yang mereka lakukan sejak tertubuhnya syarikat dan akan terus kekal sebegitu untuk generasi-generasi akan datang."

Ditubuhkan pada tahun 1961 oleh R.W. dan Mary Nelson, tumpuan utama Kemin adalah untuk membangunkan produk-produk pertanian yang inovatif. Hari ini, Kemin kekal dimiliki-dan-dikendalikan secara persendirian oleh keluarga Nelson dan telah berkembang kepada kesihatan dan pemakanan manusia dan haiwan, akuakultur, makanan haiwan peliharaan, nutraseutikal, teknologi makanan, teknologi tanaman dan industri tekstil. Menerusi pertumbuhan dan pempelbagaiannya, Kemin berupaya mendekati lebih separuh daripada populasi dunia dengan menjadi elemen sains dalam produk-produk yang tidak terhingga banyaknya yang berinteraksi dengan pengguna setiap hari.

Inovasi-inovasi Produk Utama Kemin:     

  • Antioksidan: Dua daripada produk antioksidan pertama dalam industri makanan, Endox® dan Rendox® mengekalkan kesegaran dalam makanan haiwan. Produk-produk inovatif ini memperkenalkan Kemin ke dalam pasaran pertanian global. Berdekad-dekad kemudian, Kemin mencipta penyelesaian makanan pengguna termasuk rangkaian produk EN-HANCE® dan FORTIUM® untuk membantu pengoksidaan, hayat simpanan dan pengawetan warna.
  • Antimikrob: Bagi mengurangkan kemungkinan berlakunya pencemaran bakteria berbahaya dalam makanan haiwan, makanan manusia dan makanan haiwan peliharaan, Kemin melancarkan Sal CURB®, BactoCEASE® dan produk-produk lain untuk membantu mencegah kerosakan.
  • Perencat Kulapuk: Myco CURB®, pengawet makanan tidak mengkakis, merencat pertumbuhan kulapuk biasa yang terdapat dalam bijian komersial, yang turut membawa kepada penciptaan SHIELD® bagi mencegah pertumbuhan kulapuk dalam produk tortilla. Masih menjadi produk legasi untuk Kemin, Myco CURB® kekal sebagai perencat kulapuk yang paling banyak dijual di dunia.
  • Botani Kemin:
    • Bunga Marigold: Kemin merintis proses mengasingkan dan menulenkan molekul antioksidan daripada bunga ini. ORO GLO® menambah marigold oleoresin kepada makanan ayam untuk meningkatkan warna kuning dalam telur kuning secara semula jadi. FloraGLO® Lutein digunakan dalam makanan tambahan kesihatan bagi membantu kesihatan mata dan mengurangkan risiko degenerasi makular berkaitan usia. FloraGLO® ialah jenama lutein saranan doktor #1 dan mula-mula diperkenalkan ke dalam pasaran global.
    • Daun Rosemary: Bahan aktif daripada tumbuhan ini digunakan dalam FORTIUM® R untuk melindungi daripada kehilangan rasa dan warna dalam makanan pengguna dan dalam NATUROX® untuk memastikan makanan haiwan peliharaan kekal segar secara semula jadi.
    • Oregano: Sumber semula jadi bagi molekul-molekul carvacrol dan thymol, yang mempunyai faedah-faedah antimikrob, antiradang dan antioksidan, oregano ditunjukkan dapat berfungsi sebagai alternatif antibiotik dalam makanan haiwan.
    • Minyak Pooh: Kemin menggunakan ekstrak minyak pooh yang diperoleh secara semula jadi untuk menyasarkan ingatan kerja – bahagian pada otak yang membantu perhatian, tumpuan dan produktiviti – dengan Neumentix®, nootropika yang terdapat dalam makanan tambahan kesihatan yang meningkatkan fungsi kognitif, ketangkasan dan prestasi reaksi tanpa mengganggu tidur.
    • Ubi Kentang: Ubi memberikan ekstrak semula jadi yang menambah kekenyangan dengan ketara dan digunakan oleh Kemin untuk mencipta Slendesta® bagi membantu pengurusan berat yang sihat dalam manusia.

Dengan visi baharu, Kemin berusaha untuk mengubah kualiti hidup di seluruh dunia dengan lestari. Dengan membentuk visi dan logo baharu yang ditransformasi, Kemin memberi tumpuan untuk meluaskan capaian globalnya bagi mencapai matlamat ini. Dengan menggabungkan pendekatan tiga dasar utama kepentingan ke dalam semua aspek perniagaan Kemin dan kepakarannya dari segi cara untuk memelihara, melindungi dan menginovasi pada skala global, syarikat berdedikasi untuk mendorong individu yang sihat, bumi yang subur dan perniagaan yang maju. 

"Kami percaya bahawa industri-industri yang menerima khidmat kami dan sains yang didukung oleh kami menawarkan peluang yang berterusan bagi mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan meningkatkan sumbangan kami – kesemuanya sambil terus menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan kami untuk mengubah kualiti hidup di seluruh dunia," kata Dr. Nelson. "Dengan penyelesaian molekul terinspirasi, kami menggunakan sains untuk memberi jawapan kepada cabaran dunia yang berkaitan makanan, makanan ternakan dan kesihatan untuk manusia dan haiwan. Kami mengalihkan perhatian kami untuk memastikan apa yang kami lakukan di Kemin hari ini dapat mewujudkan hari esok yang lebih baik."

Latar Belakang Kemin Industries 

Kemin Industries (www.kemin.com) ialah pengeluar bahan bertaraf global yang berusaha untuk mengubah kualiti hidup harian 80 peratus dunia dengan lestari menerusi produk dan perkhidmatannya. Syarikat membekalkan lebih 500 bahan khusus untuk kesihatan dan pemakanan manusia dan haiwan, makanan haiwan peliharaan, akuakultur, nutraseutikal, teknologi makanan, teknologi tanaman dan industri tekstil.

Selama lebih separuh abad lamanya, Kemin berdedikasi untuk menggunakan sains gunaan bagi menangani cabaran industri dan menawarkan penyelesaian produk kepada pelanggan di lebih 120 negara. Kemin menyediakan bahan-bahan untuk membekalkan makanan kepada populasi yang terus bertambah menerusi komitmennya terhadap kualiti, keselamatan dan keberkesanan makanan, makanan ternakan dan produk berkaitan kesihatan.

Ditubuhkan pada tahun 1961, Kemin ialah sebuah syarikat pegangan persendirian yang dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga yang menggaji lebih 2,800 kakitangan global dan mempunyai operasi-operasi di 90 negara, termasuk kemudahan pembuatan di Belgium, Brazil, China, India, Itali, Rusia, San Marino, Singapura, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Perhubungan Media: Lauren M.G. Burt, Pengurus Komunikasi Seluruh Dunia, lauren.burt@kemin.com,
+1 (515) 249-4219

Kit Media: www.kemin.com/mediakit

© Kemin Industries, Inc. dan kumpulan syarikat 2019. Hak cipta terpelihara. ® ™ Tanda dagangan Kemin Industries, Inc., A.S.
Kenyataan tertentu, pelabelan produk dan tuntutan mungkin berbeza mengikut lokasi atau sebagaimana yang dikehendaki oleh keperluan kerajaan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/901853/New_Kemin_Logo.jpg

Source: Kemin Industries
Keywords: Agriculture Environmental Products & Services Environmental Issues