omniture

edelkrone Perkenal Produk ORTAK Pertama Mereka

edelkrone USA
2019-06-17 13:38 112

ORLANDO, Florida, 17 Jun 2019 /PRNewswire/ -- ORTAK ialah pendekatan pembuatan bersama unik yang membolehkan sesiapa sahaja untuk memiliki produk berteknologi tinggi fungsian penuh pada harga yang lebih rendah. Dengan kaedah ORTAK, pelanggan edelkrone kini boleh membeli komponen aluminium dimesin CNC yang diperlukan secara dalam talian, dengan memuat turun model 3D yang dihasilkan oleh edelkrone, mencetak model dan memasang produk berkenaan dengan mudah di rumah tanpa perlu mengorbankan kualiti produk dengan kebolehan untuk menyesuaikan reka bentuk, bentuk dan warna mengikut keperluan pelanggan.

FlexTILT Head 3D (PRNewsfoto/edelkrone USA)
FlexTILT Head 3D (PRNewsfoto/edelkrone USA)

edelkrone ingin menekankan bahawa pencetak 3D akan berada di setiap rumah pada masa terdekat, maka dengan rangkaian ORTAK, mereka menyasarkan untuk menjadikan pembuatan lebih mudah dilaksanakan, merendahkan kos untuk pelanggan dan syarikat serta mengurangkan masa pulangan pelaburan secara drastik.

FlexTILT Head 3D ialah produk pertama daripada rangkaian ORTAK yang baru dilancarkan untuk pembikinan filem yang mesra penjimatan.

Ia merupakan versi boleh cetak 3D FlexTILT Head 2, kepala tripod paling laris terjual daripada syarikat sebagai penyelesaian pendar & condong utama.

Syarikat menekankan bahawa produk-produk ORTAK akan bercirikan fungsian penuh, tahan lasak dan tahan lama sebagaimana produk asal pada harga yang jauh lebih rendah. Pelanggan akan berupaya menyesuaikan warna komponen dan mendapat pulangan pelaburan yang lebih baik untuk pencetak 3D mereka. Berita baiknya ialah sekiranya berlaku kerosakan komponen atas sebarang sebab, pengguna akan dapat mencetak alat ganti mereka sendiri.

Syarikat turut mengumumkan bahawa produk ini bukan satu-satunya atau produk ORTAK yang terakhir dan lebih banyak lagi produk akan menyusul.

FlexTILT Head 3D kini boleh didapati pada harga $29 di http://edel.kr/ortak3d dengan penghantaran percuma pada hari yang sama ke seluruh dunia.

------

Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman sesawang edelkrone di www.edelkrone.com.


 


 

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/902430/1_edelkrone.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/902431/2_edelkrone.jpg
Foto - https://mma.prnewswire.com/media/902432/3_edelkrone.jpg

Source: edelkrone USA
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Computer Accessories New products/services